Sahabat adalah perisai diri

Saturday, August 6, 2011

Dunia makin pelik

Salam,
Terbaca tajuk ja dah terkejut beruk... haha... dunia semakin pelik, dah tungging terbalik.

myMetro dengan tajuk 'Usah sentuh saya' memaparkan kisah sepasang pengantin baru yang tak boleh bersentuhan langsung sampai bila bila dan kini berakhir dengan isteri lari pulang ke rumah ibu bapanya dan tak mau pulang ke pangkuannya sehingga ke hari ni... hadoiihhh...

Mengikut kata Mazlan Mustaffa, bini dia bagi kejutan pada malam pertama bukan dengan kata kata romantis tapi menghiris.

"Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.

Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.

“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

Kesian kat budak budak zaman la ni yang kian berselerak habih kepala hotak depa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails