Sahabat adalah perisai diri

Friday, August 12, 2011

Mai tengok bakal suami Noraniza Idris

Salam,
Kak Ros minat betoi ngan penyanyi etnik kreatif yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang nih. Dari dulu lagi sampai lah sekarang ni yang lebih ayu dan manis dengan gaya bertudung. Noraniza Idris, 43 telah memilih sorang bilal dari Singapura, Jeffri Hudi, 52 sebagai suami. Baguih la jugak tumpang ada yang sudi... hihi...

Noraniza memilih tarikh 29 September depan sebagai tarikh perkahwinan yang akan diadakan secara besar-besaran di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 12 tengah hari. Persandingannya itu boleh disaksikan orang ramai yang hadir.

Pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumahtangga biarpun pernah kecewa dengan dua perkahwinannya yang lalu dan memberitahu kesediaannya mendirikan rumah tangga kerana dia benar-benar mengenali hati budi bakal suaminya. Pa pun, kak Ros doakan yang terbaik dari Allah s.w.t untuk Noraniza dan bakal suaminya nanti.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ros!
    Alhamdulillah. Pakteh tumpang bersyukur. Sama2 matured. Sama2 faham. Keberkatan ramadhan ni, ada di mana2.

    ReplyDelete
  2. Salam PakTeh,
    Keberkatan ramadhan di mana2 dan macam2 cara... tak percaya tanya Noraniza... :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Ros!
    Ingat di hati tu, rasa nak jugak bersemuka bertanya. Tapi bimbang lidah jadi OKU, kelu tak terkata!! Kah! kah! kah!
    Sib baik tak imsak laei..takut batai posaa!!! Kah! kah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails