Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 23, 2011

Marah betoi Raja Azmi nih...

Salam,
Walaupun setelah penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dibebaskan atas tuduhan khalwat, kemarahan dia nampaknya bagai tak dapat dibendung lagi. Malah terkini beliau akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.

Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Mungkin terlalu marah dan teramat aib dengan apa yang menimpa dirinya dan Roslin, segala-galanya akan didedahkan pada hari itu.

Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh. Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu.

Kata Raja Azmi dia akan mendedahkan segala tuduhan yang dilakukan oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman yang membuat laporan kononnya mereka berkhalwat.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010.- mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails