Sahabat adalah perisai diri

Saturday, August 6, 2011

Menarik!!! Gambar gambar terbaik pernah dirakamkan seluruh Dunia

Benarlah kata orang, sekeping gambar yang kaku dan bisu mampu menceritakan 1001 kisah. Sekeping gambar yang kaku dan bisu juga mampu menimbulkan pelbagai perasaan pada yang melihatnya. Ada orang boleh jadi gembira, sedih, ketawa, kagum, simpati, marah, benci, dan sebagainya dengan hanya melihat sekeping gambar.

"Afghan Girl" - 1984

Info: Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar National Geographic. Gadis Afghanistan didalam gambar ini bernama Sharbat Gula. Dianggarkan berusia 12 tahun dan ketika itu sedang ditempatkan disebuah kem pelarian.

Gambar ini menjadi terkenal kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam gambar wanita Afghanistan pada masa itu. Identiti Sharbat Gula pula hanya diketahui pada tahun 1992.

Jurugambar: Steve McCurry.

"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994

Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan... menunggunya mati sebelum dimakan.

Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut.

Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan?

Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Kevin Carter

"Portrait of Winston Churchill" - 1941

Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu.

Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak.

Jurugambar: Yousuf Karsh.

"Omayra Sánchez" - 1985

Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa.
Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam.

Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.

Jurugambar: Frank Fournier.

"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963

Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.

Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing.

Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.

Jurugambar: Malcolm Browne

"Tank Man Of Tiananmen" - 1989

Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini.
Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi dipraktikkan sepenuhnya di China.

Jurugambar: Selain Jeff Widener, gambar diatas turut berjaya dirakam oleh 3 jurugambar yang lain.

"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932

Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu.

Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.

Jurufoto: Charles C. Ebbets

" Bliss" - 2000

Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka.

Jurugambar: Charles O'Rear

"The Plight of Kosovo Refugees" - 1999

Info: Gambar ini dirakam ketika seorang ibu muda pelarian Kosovo cuba memindahkan anaknya Agim Shala yang berusia 2 tahun dicelah pagar kawat berduri ketika perang Balkan.

Gambar ini juga pernah tercalon untuk menerima anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Carol Guzy

"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil.

Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan.

Tregedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula.

Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Stanley J. Forman

"bersih 2" - 2011

Info: Sewajarnya gambar Suwardi ini termasuk dalam katogeri gambar terbaik. Gambar ini dirakam di Kuala Lumpur ketika berlakunya rusuhan BERSIH 2.0 yang disertai rakyat Malaysia yang dianjurkan oleh Bersih dan berpuluh NGO. Meremang bulu roma kita bila kita melihat foto dan visual peristiwa tersebut.

Jurugambar : Tidak di ketahui

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails