Sahabat adalah perisai diri

Monday, August 8, 2011

Mr. Bean Kemalangan Jalan Raya


LONDON: Aktor Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean mengalami kemalangan apabila terbabas di bahu jalan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, Rowan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Seperti dipetik. TMZ, Rowan yang memandu kereta berkuasa tinggi F1 McLaren dipandu dalam keadaan laju di Cambridgeshire, London sekitar pukul 7.30 pagi.

Dia hilang kawalan dan kereta yang dipandunya berputar tiga kali sebelum melanggar bahu jalan. Namun begitu kereta tersebut remuk dibahagian depan dan Rowan dibawa ke hospital berhampiran.

Kereta jenis McLaren F1 merupakan salah satu kereta termahal dan ia hanya dikeluarkan sebanyak 100 buah di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails