Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 11, 2011

Murid mati makan juadah berbuka

Salam,
Memang la ajal maut tu ditangan Tuhan. Bukan kita nak melawan qada dan qadar Allah tu tapi persoalannya disini ialah tentang kebersihan dan disiplin diri yang sepatutnya ada pada setiap seorang umat Islam. Dah mengaku Islam, kena ikut la ajaran Islam terutama tentang kebersihan.

Kisah seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Para peniaga terutamanya peniaga bazar Ramadhan ni kena la beringat bab kesihatan, kebersihan dan disiplin diri terutama dibulan yang penuh barakah ni... kesian kat kaum keluarga depa nih...

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama patut dijadikan iktibar. Tak boleh tolak ketepi soal kebersihan dan disiplin diri para peniaga terutama sekali peniaga bazar ramadhan yang mengaut bukan sikit keuntungan dibulan mulia penuh barakah ini.Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

2 comments:

  1. Salam Ramadhan!
    Ya le, ajal maut ni merupakan ketentuan Tuhan. Namun kita di beri kuasa utk berfikir & berikhtiar. PakTeh selalu tanamkan dlm jiwa anak2, makanan yg paling selamat & berkhasiat serta lazat ialah yg kita masak sendiri. Jika terpaksa sekalipun, kita beli la dpd peniaga yg kita dah kenal & biasa membeli dpdnya.
    Ketentuan yg sepatutnya diterima dgn reda, adakalanya membuatkan kita di timpa penyesalan yg tak sudah. Anak2, apa yg depa tahu! 100% di letakkan atas bahu kita sebagai pemegang amanah.
    Kpd keluarga yg terlibat, bersabar lah & terima suma ini sebagai ujian dari AllahSWT. Insyaallah, ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. Salam PakTeh, betoi tu... Ros pun dah terajaq ngan suami Ros yg tak suka beli kat luaq kecuali terpaksa...

    Ros ni menjahit, kdg2 tu terpaksa gak beli kat luaq tp mcm yg PakTeh kata la... beli kat org yg kita kenai ngan kebersihan depa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails