Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 16, 2011

Negaraku dihina, apa tindakan kita...


Persenda Negaraku di YouTube

SALAH satu video mempersendakan lagu Negaraku yang boleh ditonton di YouTube.

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

“Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

“Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia,” katanya kepada Kosmo!.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap ‘kreatif tidak bertempat’ segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut.- Kosmo

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Ros!
    Pd satu majlis penyerahan notebook pd pelajar2. NegaraKu di mainkan, tapi yg berdiri tegak hanya ibubapa saja. Pelajar2, hampir kesemuanya kecuali pelajar2 sekolah Cina, jalan2 & bersembang buat tak kisah ja. Jadi Ros, apa punca suma ni ??

    ReplyDelete
  2. Salam PakTeh,
    Bebudak la ni pi sekolah nak pass periksa ja, tak dak langsung nak peduli pasai hormat menghormati satu sama lain... mak pak depa pun payah depa nak hormati, yg lain tu tok sah cakap laa PakTeh oii...

    Ros punya pendapat laa.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails