Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 2, 2011

Pompuan ni kayuh beskal 70km sehari antar surat

 
Luo menyusun surat khabar sebelum menghantarnya ke kampung.

Kadang kala dia perlu berjalan kaki ke sesuatu destinasi yang terpencil.

Luo menghantar surat kepada penduduk kampung.

Kak Ros kagum betoi ngan kegigihan wanita ini... baca bawah ni kalau nak tumpang kagum sama... haha...


***********************************

Luo Xiying, seorang pekerja wanita di sebuah pejabat pos di Chinatelah mengayuh basikal sekurang-kurangnya sejauh 200 000 kmuntuk menghantar surat kepada penduduk luar bandar selama berkhidmat di pejabat pos itu.

Bertindak sebagai pekerja tunggal di Pejabat Pos Chenfang didaerah Jiangxi, Luo berkhidmat untuk kira-kira 20 000 orang darilapan buah kampung di sekitar daerah itu lapor China Daily.

Sejak 15 tahun lalu, wanita berusia 43 tahun itu telah menyerahkanlebih 500 000 pucuk surat, kiriman wang pos, dan bungkusan tanpasebarang kelewatan atau menyebabkan kerugian kepada penduduk kampung. Tugas itu bukanlah sesuatu yang mudah keranaChenfang merupakan sebuah bandar pergunungan yang terletak dikaki Gunung Wuyi.

Untuk menjalankan tugasnya setiap hari, ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ini mempunyai pilihan dua pilihan, sama ada mengayuh basikal basikal sejauh 70 km atau berjalan kaki sejauh 40 km. Di sesetengah kawasan, Luo terpaksa melalui laluan tanah tinggi dan terpaksa menyeberangi sungai untuk sampai ke sesebuah destinasi.

Dalam beberapa kes, Luo mendakwa beberapa kali jatuh pengsan sewaktu dalam perjalanan menghantar surat di kampung-kampung terpencil. Namun kejadian itu tidak menghalangnya daripada menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Saya suka kerja ini," kata Luo.

Ketabahan dan dedikasinya terhadap tugas telah melayakkannyamemenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah pekerja posterbaik dalam pelbagai kategori. Beliau juga memenangi hati setiappenduduk kampung. Mereka mengganggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

"Walaupun sukar, saya akan tetap menjalankan tugas keranapenduduk kampung memerlukan saya dan saya tidak bolehmeninggalkan mereka," kata Loa mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails