Sahabat adalah perisai diri

Friday, August 5, 2011

Shahir nak berdakwah pulak

Salam,
Kak Ros tak ikut sangat si Shahir ni sebagai penyanyi, cuma tau la sikit sikit yang dia ni penuh dengan kontroversi dan warna warni... haha...

Perkembangan terbaru penyanyi popular Shahir ni ialah ada ura ura dia nak tamatkan misteri kehilangannya selama ini dengan membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat. Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

Dan kak Ros lagi sokong si Shahir ni bilamana terdengar jugak ura ura yang bila sesudah dia berhenti nanti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan. Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media serta pengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Dunia seni adalah dunia yang penuh kepura puraan, tak dak sapa yang tenang jiwanya bergelumang dalam dunia seni nih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails