Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 4, 2011

Takut nangis, jangan nangiss...

Salam,
Kak Ros rasa kesian gak kat Abby ni, ya la kan... kaum sejenis bila dah kena penaya camni, sikit sebanyak rasa tak tenteram dalam hati kita tu tetap ada gak kan.... Kak Ros cuma nak pesan satu ja kat Abby nih, dah takut nangis... jangan nangis lahh....

Dok pi cari penyakit buat hapa dah tau kita tak tahan ngan penyakti tuh... Ikut kata Abby, dia tak dapat pun kad jemputan ke majlis perkahwinan ex hubby dia si Norman Hakim tu. Tapi dia pun tak tau nak pi ke tidak... hek ellehh... tak payah pi la dah tak dapat jemputan, buat hapa kita yang terhegeh hegeh sedangkan orang tak hingin jemput kita pun. Tak payah pi la dah tau takut kita spoil pulak orang punya majlis. Dok singkap kenangan lama buat hapa....

“Saya masih tidak tahu sama ada saya perlu datang atau tidak ke majlis perkahwinan Norman dan Memey. Saya masih berbelah bagi untuk hadir kerana saya takut saya akan menangis dan merosakkan majlis mereka,” kata pelakon, Abby Abadi, 33, yang juga bekas isteri kepada pelakon, Norman Hakim, 35

Abby berkata, sehingga kini dia masih belum mahu memberikan sebarang kata putus sama ada mahu menghadiri majlis yang digelar ‘wedding of the year’ itu selepas memberitahu emosinya akan terganggu dan pasti menitiskan air mata sekiranya melihat persandingan bekas suaminya bersama Memey Suhaiza, 23.

“Saya sudah maafkan mereka, saya tidak mendendami mereka lagi dan tidak cemburu melihat kebahagiaan mereka. Tetapi sekiranya saya hadir ke majlis itu nanti, saya yakin saya akan titiskan air mata seterusnya merosakkan detik bahagia mereka,” katanya. myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails