Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 8, 2011

Kisah yang tak dak penghujung...

Salam,
Kak Ros rasa kisah along si ceti haram ni bukan benda baru malah dah berkurun dah kisah berkenaan ceti haram ni diceritakan. Kerja mereka hanyalah menindas orang ramai terutama sekali peniaga peniaga kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan mengharap belas ikhsan si along nih.... akhirnya, yang dikejar belum tentu dapat tapi hutang bertimbun timbun.

Biasa la.... bank bank dan pusat kewangan lainnya terlalu menekan dengan kerenah birokrasi yang tak habis habis menyesakkan lagi dada si pengusaha yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Lalu, along ja la tempat yang paling senang dan cepat untuk menungkat dagu... :-)

Sebuah kisah dibawah yang dipaparkan oleh myMetro baik sebenarnya untuk dijadikan teladan bagi semua...

Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.

Jerat ceti haram atau along bukan sekadar memerangkap peniaga kecil-kecilan yang ingin mengembangkan perniagaan, malah seorang usahawan bergelar Datuk turut menjadi mangsa apabila berhutang RM24 juta daripada 64 along.... mak aihh... RM24 juta tu bukan sikit datuk oiii....

Akibatnya, lelaki berusia 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis itu kini dihimpit pelbagai ancaman dan tekanan daripada along terbabit serta konco mereka sehingga dia kini terlantar di hospital sejak lebih sebulan lalu selepas serangan penyakit jantung.

“Lebih menyeksakan, along serta konco mereka bukan saja mengancam nyawa saya, tapi ada antara mereka mengugut mahu menculik anak bongsu saya yang berusia dua tahun,” katanya ketika ditemui.

Hafis berkata, sebelum ini dia terbabit beberapa perniagaan termasuk industri perfileman dan memiliki kira-kira 600 pekerja.

“Tapi kini, semua 600 pekerja itu terpaksa saya berhentikan dan saya tiada aset lagi melainkan hutang yang bertimbun,” katanya.

2 comments:

  1. ambil ikhtibar....kesian juga, tapi patutnya kena banyak kali fikir sebab memang dah tahu bahana along...

    ReplyDelete
  2. Betoi tu Amie, bukan sedikit cerita ganaih si along ni yang dipaparkan... tapi masih ada lagi yang berdegil tuk cari depa jugak sebagai penyelesaian...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails