Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 3, 2011

Mercun meletup kat muka

Sakit... Ezzwan terlantar di hospital, semalam.... myMetro

Salam,
Sakit... memang sakit la sampai melupas kulit muka camtu....

Ini yang kak Ros selalu pesan kat anak anak, jangan sesekali main mercun. Mercun tu bukan budaya kita. Memang dari dulu kak Ros cukup fobia dengan mercun ni sampai kan anak anak kak Ros tak pernah pun kak Ros dan suami kak Ros belikan mercun untuk depa. Sampai hari ni dah besaq panjang semua dah tapi depa tak tau pun mai mercun....

Ca tengok berita Metro hari ni, tindakan sorang remaja singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumahnya di Kampung Tabuan Melayu, Kucing mengundang padah apabila dia kini mungkin hilang penglihatan sebelah mata akibat terkena letupan mercun bola.

Pada jam 12 tengah malam menjelang 1 Syawal itu, Ezzwan Yuswan Jemat, 18, ke kedai runcit milik keluarga yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil barangan bagi persiapan Aidilfitri. Menurut ibu mangsa, Rosnah Umar, 57, anak bongsu daripada empat beradiknya itu singgah melihat sekumpulan rakannya bermain mercun ketika dalam perjalanan ke kedai.

Difahamkan ketika itu seorang rakan anaknya membakar mercun bola, namun tidak meletup dan Ezzwan membongkokkan badan untuk melihat mercun berkenaan sambil menyuluh menggunakan lampu telefon bimbitnya.

“Tiba-tiba mercun bola berkenaan meletup dan percikan api terkena seluruh muka serta mata kanannya menyebabkan anak saya meraung kesakitan. “Mujurlah beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu terus membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Menurut Rosnah, hasil pemeriksaan doktor mendapat kornea mata kanan anaknya mengalami kerosakan dan berkemungkinan menyebabkan penglihatannya terjejas atau lebih teruk lagi boleh mengakibatkan buta.
“Namun perkara itu belum dapat disahkan 100 peratus kerana doktor masih merawat kecederaan itu. Mujurlah kecederaan mata kiri anak saya tidak terlalu teruk kerana dia masih boleh melihat walapun penglihatannya agak kabur,” katanya.

Katanya, berikutan insiden itu, sambutan Aidilfitri keluarganya tidak meriah berbanding sebelumnya kerana terpaksa menjaga Ezzwan yang kini masih dirawat di hospital.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails