Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 17, 2011

Uweekkk.... depa sendiri pun tak lalu makan...

Ikan besar di kolam kumbahan

Oleh Mohd Yusoff Ahmad

MUHAMMAD Firdaus berjaya menaikkan keli seberat setengah kilogram dalam masa tidak sampai 20 minit.Pemancing tak hirau najis terapung untuk dapatkan keli di Permas Jaya

JOHOR BAHRU: Najis terapung pada permukaan kolam kumbahan yang tidak diselenggara dengan sempurna dekat Permas Jaya di sini, tidak menghalang kaki pancing mengunjungi kawasan takungan terbabit untuk memancing pelbagai jenis ikan, yang mampu diperoleh dengan mudah.

Berbekalkan umpan seperti perut ayam, pemancing yang mengunjungi empat kolam kumbahan berair hijau di situ, mampu menaikkan ikan keli, tilapia, haruan, malah ikan hiasan seperti flower horn yang membiak selepas dibuang ke situ.

Dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan mampu capai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6. Jika bernasib baik, saya mampu dapat lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari. - Muhammad Firdaus Ahad, Pemancing.Semua hasil pancing diperoleh bukan dimakan sendiri kerana pemancing turut jijik berikutan najis yang terapung di sekitar kolam terbabit, sebaliknya ikan besar itu dijual kepada peniaga pasar yang dikenali mereka untuk jualan kepada orang ramai.

Pemancing, Ibrahim Ali, 38, berkata kolam najis terbabit menjadi tumpuan dia dan rakannya memancing bagi mendapatkan ikan yang dijadikan makanan kepada ikan toman yang dipeliharanya di kolam sendiri.

"Biasanya, saya singgah memancing di sini bagi mengisi masa terluang. Berbekalkan umpan perut ayam, agak mudah untuk kami peroleh hasil lumayan di sini, cukup untuk dijadikan makanan ikan toman yang dipelihara di kolam saya,” katanya.

Rakannya, Muhammad Firdaus Ahad, 26, berkata dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan terbabit mampu mencapai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6.
"Biasanya, jika bernasib baik, saya mampu mendapat sehingga lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari dan semuanya dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui sejurus menaikkan seekor ikan keli seberat 500 gram.

Tiga pemuda dari Sri Alam, Nurul Azhar Razlan,28; Hafizuddin Zulkifli,24 dan Danial Ismail 25, sepakat menyifatkan kolam kumbahan terbabit sebagai lokasi memancing yang baik untuk mengisi masa terluang.

“Ikan yang kami peroleh dari sini bukan untuk dimakan sendiri, sebaliknya dijual kepada rakan yang berniaga di pasar. Daripada duduk membuang masa, ada baiknya memancing di sini kerana hasil tangkapan ikan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan harian.

“Tambahan pula, ikan dari kolam ini bukannya memudaratkan, sebaliknya boleh dimakan tanpa sebarang masalah," katanya.

Penduduk Jalan 5/6 Taman Permas Jaya, Leong Lee, 46, berkata sejak kolam kumbahan terbabit tidak diselenggara dan mempunyai penjaga, ia sering menjadi tumpuan pemancing dan peminat ikan air tawar yang sanggup menjala di kawasan itu.

"Setiap hari cuti atau hujung minggu, orang ramai berkunjung ke sini sama ada waktu siang atau malam untuk memancing atau memasang jaring.

"Memang ikan yang membiak dalam kolam kumbahan ini kebanyakannya bersaiz besar kerana banyak sumber makanan daripada bahan buangan yang kotor dan orang yang membeli ikan berkenaan tidak mengetahui dari mana hasil tangkapan itu diperoleh.

"Saya berharap, pihak bertanggungjawab dapat memasang kembali pagar yang sudah roboh daripada membiarkan kawasan kolam ini terus dicerobohi pemancing serta kanak-kanak yang bebas masuk bermain di tepi tebingnya, sebelum sebarang kejadian buruk berlaku," katanya.

3 comments:

  1. siapalah pembeli "malang" tu...ish..ish

    ReplyDelete
  2. yang suka makan ikan darat kot belah Johor tu kena hati hati laa... ikan darat yang terlebih besaq dan berkilat semacam ja jangan beli... hihi...

    ReplyDelete
  3. SALAM KENAL ROS... ADOILA SAYA NI PEMINAT IKAT DARAT GAK... PATUT LE SEDAP SESANGAT ...... (PSST: 2-3 KALI PIKIR LAK KALAU NAK MAKAN ) KALU CAMNI LE CARANYER...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails