Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 30, 2011

Bau badan tengik

Salam,
  Salah satunya masaalah orang orang kita ni adalah bau badan,adakalanya kita tak sedar pun yang badan kita ni berbau, kalau orang tak mau dok kat kita tu paham paham sendirilah...Jaga kebersihan diri ni penting dalam hidup kita,kalau tidak cammana nak dirikan solat.Kak Ros pernah duduk dalam situasi yang sungguh kurang menyenangkan,nak lari pun dah tak boleh sebab kat dalam lif,nak tegur, takut dia kecik hati pulak.Apa pun jagalah kebersihan diri. kalau diri kita bersih insyaallah badan kita pun tak berbau.

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

CUACA panas dan terik bukan hanya membuatkan kulit terasa seperti ‘dibakar’ tetapi juga badan berpeluh dan lebih merumitkan apabila timbul bau kurang menyenangkan.

Peluh dan bau badan dianggap saling berkaitan walaupun hakikatnya peluh bukan penyebab utama timbulnya bau badan yang membuatkan kita tidak selesa.

Sama ada kita sedar atau tidak, bau badan sebenarnya berpunca daripada badan kurang bersih. Peluh tidak mempunyai bau, sebaliknya bau timbul apabila ia kering dan dipengaruhi tindakan bakteria yang wujud secara semula jadi pada kulit.

Bakteria ini menguraikan peluh dan bau badan hanya menjadi medium untuk pengeluaran bau, jadi walaupun hanya sedikit peluh, ia mampu mendedahkan kita kepada risiko bau badan.

Hasil kaji selidik dilakukan No Sweat menunjukkan, 65 peratus rakyat Malaysia sering menjadikan faktor bau badan rakan mereka sebagai bahan berseloroh.

Lebih mengejutkan, 60 peratus rakyat negara ini sanggup menahan nafas daripada menegur secara berterus terang mengenai bau badan orang lain.

Badan manusia menghasilkan dua jenis peluh iaitu apocrine dan eccrine. Peluh jenis eccrine menurunkan suhu badan, terutama ketika bersenam, manakala apocrine ialah pengaliran keluar peluh di ketiak, tangan, kaki dan pangkal paha.

Bukan hanya kepanasan, banyak faktor lain mempengaruhi pengeluaran peluh, antaranya aspek pemakanan, gaya hidup, emosi, tekanan, pergerakan ringan dan kelembapan.

Mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein merangsang sistem saraf pusat dan mengaktifkan sistem kelenjar peluh. Semakin banyak kandungan kafein diambil, semakin banyak peluh anda keluar.

Makanan pedas turut menjadi faktor kerana ia mengeluarkan haba yang boleh mempengaruhi tubuh untuk berasa panas, sekali gus menyebabkan anda mengeluarkan peluh secara berlebihan.

Pemilihan bahan pakaian juga mempengaruhi kerana fabrik sintetik memangkinkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Fabrik itu menghalang peluh mengewap dan menyebabkan tubuh bekerja sendiri untuk menyejukkannya.

Ada lima mitos berkaitan peluh dan bau badan:
1. Mitos: Kita hanya berpeluh pada hari panas

Hakikat: Kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal.

2. Mitos: Berpeluh sedikit tidak menyebabkan bau badan

Hakikat: Peluh tidak berbau tetapi bakteria bertindak dengan peluh dan menyebabkan bau badan. Jadi, hanya sedikit peluh mampu menyebabkan bau badan.

3. Mitos: Wangian dapat melindungi daripada bau badan

Hakikat: Tidak. Hanya deodoran anti-peluh berupaya membasmi bakteria pada permukaan kulit, justeru melindungi bau badan.

4. Mitos: Saya tidak mempunyai bau badan

Hakikat: Kajian menunjukkan kita tidak berupaya mengesan bau badan sendiri. Malah, rakan kita juga segan untuk memberitahu kita mengenainya.

5. Mitos: Deodoran tidak selamat digunakan kerana menyumbat liang roma

Hakikat: Penggunaan deodoran selamat kerana membantu menghalakan peluh ke bahagian badan lain di mana peluh dapat menyejat dengan cepat.

Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Bakteria tidak akan singgah di tempat bersih.

Gunakan deodoran yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bakteria daripada bertindak balas atas permukaan kulit.

Kebanyakan produk deodoran di pasaran hanya bertindak menghalang bahagian ketiak berbau, jadi bagi yang mempunyai masalah ini, guna produk mengandungi bahan anti-bakteria.

Berdasarkan kajian, enam daripada 10 individu tidak menggunakan deodoran kerana beranggapan mereka tidak berpeluh hanya kerana bekerja di tempat berhawa dingin serta tidak banyak bergerak.

Hakikatnya, anggapan itu tidak benar kerana pengeluaran peluh juga dipengaruhi perubahan emosi, suhu dan pergerakan fizikal.

Aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan kafein, coklat serta makanan mengandungi unsur zink kerana ia mampu bertindak balas dan menghasilkan peluh apocrine.

Produk berasaskan asid borik juga boleh mengawal bau badan kerana ia berupaya menghalang pertumbuhan bakteria pada badan.

Bagaimanapun, dinasihatkan supaya menggunakannya dalam kadar diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit.

Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

23 comments:

  1. Ros..acik setuju..ramai yang badan berbau...tapi nak tegur..tak mampu walau pun kawan satu opis.
    tak semua orang boleh menerima teguran..

    ReplyDelete
  2. Seorang kawan saya (pompuan)pun ada masalah macm ni...tapi saya tak berani nak tegur..Rasa macam kesian pulak kat dia...

    ReplyDelete
  3. malu nak tegur.nanti ada pulak yg berkecil hati..

    biasanya budak2 yg sedang remaja, badannya kuat berbau..mungkin perubahan hormon kot..apabila dah dewasa sikit, mrk dah pandai jaga dan bau pun berkurang..

    ReplyDelete
  4. Salam acik,

    Betoi tu Acik,masaalah bau badan ni sensitif sikit payah nak tegur.

    ReplyDelete
  5. Salam Mulut Payau,

    Selalunya macam tu lah kita ni,
    bukan nya tak mau tegur tapi tak sampai hati.

    ReplyDelete
  6. Salam Sal,

    Betoi tu Sal,budak budak yang baru nak besar ni jugak banyak aktiviti depa,lebih dari kita ni orang dewasa.Boleh dikatakan depa ni sentiasanya berpeluh.

    ReplyDelete
  7. k.ros, saya pernah berhadapan dgn masalah seorang teman sekerja (junior) yg meminta saya "menasihati" isterinya yg peluh berbau ni krn sbg suami, dia sdri x terkeluar ayat memberitahu isterinya krn takut dia kecil hati.
    swaktu berbual2 dgn isterinya, sy memberitahu dia keistimewaan "ubat ketiak" yg saya pakai(kasi up ckt cerita - suami suka ciumlah, langsung tak baulah...hihi) alhamdulillah...masalah itu selesai akhirnya tanpa ada yg bkecil hati..

    ReplyDelete
  8. Salam Anim,

    Pandai dan kreatif Anim ni,kalau kita tegur terang terang dah memang depa terasa,Kak Ros pun boleh ikut cara ni jugak lah.

    ReplyDelete
  9. Tak boleh tahan itu bau...kadang2boleh buat kite peningkan...

    Pernah kene mase msk jer surau dh ade bau badan hamba Allah ni tapi orgnye dah keluar...tapi dia ni berlainan dept...pastu dia ni jenis tak berapa mesra alam susah la skit nk bg tau...

    ReplyDelete
  10. kadang2 rasa serba salah nak tego ke tidak...yela, kot2 dia terasa la pulak kan...

    ReplyDelete
  11. Salam...segan nak tegur tapi kadang2 tu rimas juga terpaksalah tahan nafas.

    ReplyDelete
  12. Salam Ros,
    Pak Long tumpang lalu nih... amboi meriahnya... haha...

    ReplyDelete
  13. salam kak ros , heheh betul tu... peluh x berbau tp sbb badan kita kotor kan yg jd puncanya... kita pon prnah gak alami tahan nafas bila berdepan dgn org2 yg agak berbau ni , hahaha... tp nak x nak kene tegur jugak lah kan... thanks 4 sharing kak :D

    ReplyDelete
  14. Salam, Ros... Ma nak menyelit sikit bagi pendapat nii... Bagi ma sekarang ni tak jadi masaalah besar soal badan berbau... kan dah banyak pemakaian dari ubatan moden ada dijual dipasaraya2. Tapi kesian jugak pada yang bermasaalah tu yer.. Kalau nak tegur pun, takut jugak nanti terasa hati... Kenalah berhemah betul.., hihi...

    ReplyDelete
  15. salam. singgah sini pagi2.
    Bertuah kalau dapat cuti2 dgn family

    ReplyDelete
  16. Salm Ainnoraini,

    Kalau macam tu,lagi susah la kan.

    ReplyDelete
  17. Salam Nuwairani,

    Betoi tu,Kak Ros pun tak sampai hati nak tegur jugak.

    ReplyDelete
  18. Salam zaitun,

    Ya la kan,nanti bila kita tegur,malu pulak dia.

    ReplyDelete
  19. Salam Paklong,

    Silakan Pak Long...nampak meriah ka..?He.He..

    ReplyDelete
  20. Salm Cik Pipi Tembam,

    Betoi tu,nak tak nak kita kena tegur jugak,tapi biarlah jangan hati sapa sapa pun tersinggung.

    ReplyDelete
  21. Salam Kamariah,

    Betoi tu Ma,macam macam minyak wangi yang ada tapi dok ada lagi masaalah bau badan ni.

    ReplyDelete
  22. salam Nieda,

    Silakan Rajin rajin la mai.

    ReplyDelete
  23. lagi info tentang badan berbau di SIHAT SELALU - Badan Berbau

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails