Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 5, 2011

Dunia dah terbalik kuang...

Teman lelakiku perempuan

MENIPU...Samantha menyamar sebagai lelaki bernama Lee.

CINTA SONGSANG...Nicole bersama Samantha satu ketika dulu.

LONDON: Impian seorang ibu tunggal untuk berumah tangga dengan kekasih hatinya berkecai selepas dia mendapati pasangannya itu sebenarnya seorang wanita.

Lebih mengejutkan, ‘lelaki’ yang bercinta dengan Nicole Lindsay itu pernah dipenjara kerana mendera seorang budak perempuan berusia 14 tahun dan diletakkan di bawah pengawasan selama 10 tahun.

Kata Nicole, sejarah hitam Samantha Brooks didedahkan polis selepas wanita terbabit ditahan kerana menipu identiti serta dua tuduhan menyerang.

“Apabila polis memberitahu kekasih yang selama ini saya kenali sebagai Lee sebenarnya seorang lesbian, saya memang tidak mempercayainya.

“Saya sangat terkejut dan kecewa,” katanya.

Memiliki dua anak perempuan berusia enam dan dua tahun, Nicole berkata, dia benar-benar berang apabila mengenangkan bagaimana Samantha menipu dia dan keluarganya.

“Ia bagaikan mimpi ngeri kepada kami,” katanya.

Mengenai hubungan intimnya, Nicole berkata, Samantha mendakwa malu berbogel ketika mereka berdua-duaan.

Kata Nicole, Samantha mendakwa kononnya dia pernah mengalami kanser zakar dan agak malu dengan keadaan fizikalnya.

Bagi melindungi payu dara, Samantha memakai lilitan dan memberi alasan kepada Nicole, tubuhnya berparut teruk “dicakar” pasangan terdahulu.

Ketika mengadakan hubungan seks pula, Nicole mendakwa, Samantha menggunakan pemegang tisu tandas yang diubah suai.

“Saya berhubung dengan Samantha kali pertama ketika dia berusia 14 tahun pada 2001, tetapi hanya bersemuka pada 2006, ketika saya membesarkan anak sulung - berusia 18 bulan - tanpa suami,” katanya.

Sejak itu, katanya, mereka semakin akrab dan bergilir-gilir mengunjungi rumah pada hujung minggu sebelum berpisah setahun kemudian.

“Pada akhir 2007, Samantha menulis surat mendakwa dia dipenjara kerana memukul seorang pedofilia,” katanya.

Selepas dibebaskan, Samantha menghubungi Nicole semula dan melamarnya.

Mereka sepatutnya berkahwin pada Mac tahun lalu. - DM

2 comments:

  1. aduh....tipah tertipu rupanya

    ReplyDelete
  2. Salam Anim,
    Tipah tertipu lagi... dan lagi... dan lagi... kerana lepaih ni pun akan ada lagi tipah tipah yang tertipu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails