Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 21, 2011

Geli Gelemannya.....

Salam,
Ni yang Kak Ros geli geleman nak makan kat luar ni, kat depan kedai kita tengok elok ja..tapi kat dalam masyaallah kotornya .apa salah nya kita jaga kat luar ka kat dalam ka semuanya kita bagi bersih. tuhan sayang pada orang yang suka jaga kebersihan. tambah tambah lagi bila kita masak nak bagi oarang makan,
Kita makan kat kedai ni bukan nya percuma, jadi tak patutlah depa buat lagu tu. Bagi orang yang tak bekerja macam Kak Ros ni tak pa la jugak boleh makan kat rumah, macammana bagi orang yang bekerja kat luar sana tu,depa tentu tak dak pilihan kan, ingat lah tuhan tau apa  yang kita buat.

JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun   perniagaan  baru beroperasi.
                     JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun perniagaan baru beroperasi. 

KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.
Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.
Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.
Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.

“Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.
“Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.

“Antara syarat perlu dipatuhi semua pengendali makanan ialah perlu mendapatkan suntikan, memakai apron, topi dan menghadiri kursus asas pengendalian makanan,” katanya.

Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan.

2 comments:

  1. ayat "saya tak pernah sakit perut@ keracunan makanan pulak",fuhh..kebal betul perut dia...

    ReplyDelete
  2. Salam Anim,

    Tu la..kalau tak pernah kena keracunan makanan pun, kita boleh telan ka makanan kotor macam tu..Apa la dia ni, kedai dia kut..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails