Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 27, 2011

Keajaiban Tuhan dalam bencana di Turki

Salam,

Hayatilah cerita ni,seorang bayi yang baru berusia dua minggu selamat dari tragedi gempa bumi.inilah kebesaran tuhan.Bertapa kita menghargai ciptaan dan anugerah nya ini, bukannya sesetengah orang tu bila dah ada, dok buang sana sini.Cerita ni Kak Ros dapat dari blog ni.



Gempa bumi itu yang berlaku di Ercis, Turki pada Ahad lalu telah meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh. Bagaimanapun, boleh dikatakan satu keajaiban telah berlaku bilamana bayi perempuan berusia dua minggu dikeluarkan dari celah-celah runtuhan sebuah bangunan apartmen 72 jam setelah gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda timur Turki.


Imej-imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat yang memakai pakaian berwarna oren bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah-celah runtuhan. Seorang anggota penyelamat mengendong bayi dalam keadaan bogel itu yang bernama Azra Karaduman.

Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota-anggota paramedik. Ibu bayi itu mendakap bayi tersebut di dada semasa para anggota penyelamat menemui mereka. Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.

"Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya perkatakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata seorang lagi nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. - Agensi


 



4 comments:

  1. Salam Nuwairani,

    Inilah yang dikatakan kebesaran yang maha esa..

    ReplyDelete
  2. Asssallam ros..ya allah..memang kuasa tuhan..

    ReplyDelete
  3. Salam Acik,

    Memang betoi tu Acik kuasa allah mengatasi segala galanya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails