Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 28, 2011

Kerabu daun selom dengan bunga kantan.

Salam ,

     Semalam mak Kak Ros ada bagi sikit daun selom..Kat rumah mak Kak Ros banyak daun selom ni,kalau kita selalu kerat lagi menjadi jadi rimbun dia. Daun selom ni selalunya orang makan buat ulam sambai belacan,makan dengan laksa atau pun buat kerabu.Daun selom ni jugak banyak khasiatnya,seperti penawar untuk demam selesema dan susah buang air kecil .caranya rebus dan minum air dia .biji selom ni pulak di guna kan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Dan buah selom ni jugak digunakan sebagai perangsang bila nak buang air dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.Daun daun hijau ni kan sememangnya  banyak khasiat dia dan bagus kalau di amalkan selalu.
 
    Jadi dengan adanya daun selom ni,pagi ni menu Kak Ros kerabu daun selom lah .....ni dia resepinya...


Bahan bahan:
 
Daun selom
4 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia.
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
10 biji cili api(kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara cara


Hiris daun selom dan ketepikan, kisarkan kesesemua bahan bahan dia
,kecuali bunga kantan  bawang besar dan buah limau ..kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan daun selom,masukkan garam,gula, perahan buah limau,hirisan bunga kantan dan bawang besar tu saja senang kan.

6 comments:

  1. tak pernah tahu pon khasiat daun selom. yg kita tahu, dulu2 kalau makan di cafe fakulti, mesti amik daun selom banyak2. suke makan ulam ni.

    ReplyDelete
  2. kak ros..saya pun suka daun ni buat ulam tapi tak tahu pun banyak khasiat macam ni..tq kak bg info berguna..

    tapi sejak saya gatai2 buat cabaran hidup 100hari tanpa nasi ni nampak nya tak dpatlah menikmati ulam ulam lagi buat masa ni...hemm boleh ka ratah ja kerabu tu kan...hemmm

    ReplyDelete
  3. ya Allah, nampak sedap betul.. macam nak buat sekarang jugak je.. hehe.. nak try lah nanti..:))

    ReplyDelete
  4. Salam Nuwairani,

    Ya ka bagus la suka makan ulam ulam ni,semua ulam ulam ni ada khasiat dia yang tesendiri..

    ReplyDelete
  5. Salam Saniah,

    Tak pa ka 100 hari tak makan nasik,habis tu Saniah makn apa...?

    ReplyDelete
  6. Salam Fatin,

    Memang pun sedap,buat la..kalu tak dak daun selom daun pegaga atau daun ulam raja pun boleh.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails