Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 22, 2011

Majlis Persandingan Yasmin Hani, Sha'arin Meriah

Salam,
    Selamat pengantin baru  buat depa berdua ni..harap tu sampai ke akhir hayat lah.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Bagai Pinang Dibelah Dua: Shahrin dan Yasmin Hani ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung malam Jumaat.Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, di sini, malam Jumaat.
Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.

Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu 'chandelier' dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.

Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.
"Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

"Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar," katanya.
Sha'arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.
"Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan," ujarnya ringkas.
Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.
 
                                         Farid Kamil dan Diana Danielle antara artis yang hadir.

Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.

6 comments:

  1. ohh dh kawen ek ? smoga brbahagia lah hendaknye ye... xsuka laki dia. haha :P

    kak , kita ada tag akak 1 contest..

    http://budakpptembam.blogspot.com/2011/10/contest-daniel-adie-sispa.html

    ReplyDelete
  2. moga berkekalan hingga ke anak cucu lah buat kedua2 artis ni kan?..

    ReplyDelete
  3. semoga kebahagiaan berkekalan....

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Pipi Tembam,

    Ya la nak buat cammana kan dah jodoh dia.

    Tentang contes tu terimakasih banyak banyak lah pasai tag Kak Ros tapi maaf lah Kak Ros tak leh nak serta sama,Kak Ros malu la Kak Ros ni dah senja dah pun,bukan macam Cik Pipi Tembam,cantik.

    ReplyDelete
  5. Salam Animz

    Harap harap macam tu lah...kan artis ni kebanyakan nya depa ni kawin tak kekal lama.jadi depa ni harap tu kekal lah hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. Salam Mulut Payau,

    Sama samalah kita berdoa kearah kebaikan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails