Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 23, 2011

Menantu biadap

 Salam,
       Sedihnya Kak Ros tengok bila ada warga emas diperlakukan sampai macam ni. Ni yang dikatakan bukan anak menantu tapi anak hantu. Tak dak peri kemanusiaan langsung.Sepatutnya kita yang muda ni menghalang orang tua tua ni daripada begaduh, ni dak kita yang lebih lebih lagi. Biasa la oarang tua tua ni, kadang kadang tu mulut depa ni lezer sikit, tapi takkan sampai patah kaki kut. Ingat... tak dak yang lama, tak akan ada yang baru.


Oleh ROSLI HASSAN

Kaki mertua patah dipijak menantu        

IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung
 Pengkalan Rama, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.

Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.

“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.

Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.

12 comments:

  1. hish...tak sanggup nak caba sampai habes...inilah yg orang kata menantu menatang ni....

    ReplyDelete
  2. ish... memang ketua segala hantu.. kalau lah cik pipi nmpak ni kak ros , siap la kene blasah... gila punye menantu...

    ReplyDelete
  3. ssh nk ckp... tp adakalanyer mertua nih mulut dier... haduyai... sgt2 kurang sopan. hu3

    ReplyDelete
  4. Salam Nuwairani,

    Tu la,mak pak mentua ni macam mak pak kita sendiri jugak,kalau kita tak hormat depa, macam kita tak hormat mak pak kita sendiri jugak.

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Pipi Tembam,

    Sabar Cik Pipi sabar,Kak Ros pun geram gak ni,patutnya kita yang muda ni kenalah bagi perlindungan kat orang tua tua,bukan nya aniaya depa.

    ReplyDelete
  6. Salam eB ezrin,

    Biasa la kan orang tua tua ni lebih lebih lagi mak mentua kita,walau macam mana lezer sekali pun mulut depa,tak bolehlah kita perlakukan depa sampai macam tu,sampai mencederakan depa,setiap masaalah tu ada jalan penyelesaian dia,jadilah kita orang yang bijak macammana nak menenangi satu satu masaalah.

    ReplyDelete
  7. ini kes takut mulut badan binasa ni.... apa2x pun memang zalim laa...

    ReplyDelete
  8. Salam Kazma &Sue,

    memang pun kerana mulut badan yang binasa,tapi nak ajar orang yang macam tu bukannya dengan keganasan.tambah lagi kat orang tua tua kan...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak ros...
    kesiannya....apa2 hal pun jngan ler sampai mnyiksa orang tuakan...mmng menantu hantu betul mcm ni..

    ReplyDelete
  10. Salam Mulut Payau,

    Tak dak orang tua tua mana nak mainya kita ni.Tak dak salahnya kita nak tegur depa tapi janganlah guna kekerasan,tu yang Kak Ros tak bekenan tu...

    ReplyDelete
  11. Astaghfirullah..semoga keluarga kitavdijauhi dari perbuatan yang tidak elok ni ros..tah apalah yang merasuk menantu dia tu.

    ReplyDelete
  12. Salam Acik,

    Tula kan Acik,kita ni kena ingat kat tuhan banyak banyak jangan dok biarkan setan menguasai kita,bila setan dah kuasai kita ni lah yang jadinya,kita dah tak boleh nak pikir dah yang mana baik dan yang mana buruk.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails