Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 20, 2011

Resepi Sotong masak pedas

Salam, Kak Ros ada satu resepi nak kongsi ngan hampa semua,bukan resepi Kak Ros pun Kak Ros dapat dari kawan Kak Ros. Kak Ros dah cuba dah memang sedap. Pada sapa sapa yang teringin tu cuba lah .


Sotong Masak Pedas

300 g sotong
1 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh gula
11/2 cawan air
5 biji ubi kentang
2 biji cili merah di belah 4
3 biji bawang besar di potong besar

Bahan Kisar

1.2 cm halia
2 ulas bawang putih 
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis
1/4 cawan air

Cara Membuatnya

Sotong di bersihkan kemudian gaulkan dengan bahan yang di kisar tadi. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong, bila sudah mendidih masukkan pulu ubi kentang., kicap, gula, cili merah serta garam. tambahkan 11/2 cawan air masak sehingga ubi tadi empuk baru lah di angkat.Untuk hiasan tu tabur lah sedikit daun bawang.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails