Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 22, 2011

Stim ikan...

Salam,
Kak Ros ingat nak masak yang rebus rebus ja malam ni, sekali sekala tu kena la jaga kesihatan kan. Resepi ni jugak sesuai dengan orang yang nak kurus kan badan.

Siang tadi cik abang Kak Ros pi memancing ngan anak anak jantan dia, ada la dua tiga ekor ikan, tak bebaloi pun duduk dari pagi sampai petang.kalau pi endap kat market pun, belambak tak payah nak tunggu sampai petang. tapi nak buat cammana kan dah minat depa anak beranak. Malam ni Kak Ros nak masak stim ikan ja, ikan yang depa pancing tu la...


Bahan bahan:


Bahan A
2 ekor ikan (ikan apa pun tak pa)
2 batang serai (di ketuk ketuk ja nak potong pun boleh ikut suka hampa)
7 biji cili api (di ketuk bagi pecah ja)
4 helai daun limau purut (di carit carit ja)
3 keping asam keping.
3 sudu besar jus limau.

Bahan B
2 biji buah tomato (kalau suka boh la)
2 sudu besar sos ikan.
2 sudu teh gula.
1 cawan stok ayam.
daun sup dan daun bawang cili merah sebagai hiasan.

Cara cara:
Bersih kan ikan lepas tu kelar kedua dua bahagian,. Kukus selama 12 minit. Setelah siap kukus buang iar lebihan dia. Panaskan minyak tak payah banyak sangat, cukup sekadar untuk menumis, setelah minyak panas masukkan bahan A, agak dah niak bau masukkan bahan B, masak lebih kurang 5 minit, angkat dan terus tuang keatas ikan yang telah di kukus tadi. Akhir sekali hiaskan dia dengan daun sup dan daun bawang.

Siap dah boleh makan.

8 comments:

  1. seingat sy la kan..
    tak penah lagi makan ikan stim..huhuhu

    ReplyDelete
  2. peberat ayu anak beranak..
    kami mmg kalau tiap cuti (jumaat mmg off berniaga) ikan siakap stim kami masak..

    bukan tak suka yang minyak2.. jaga kesihatan..

    thanks syer resepi nie kak ros.. ada yang perlu ayu tambah bila baca menu kak ros.....

    ReplyDelete
  3. best nyeee..
    xpenah masak lagi ikan stim
    (sebab memang xpandai masak)

    suke blog kak ros sbb banyak resipi!!! :)

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Pulau,

    Ha...kalau tak pernah, cubalah garenti tak menyesal punya.

    ReplyDelete
  5. Salam Citarasa Rinduan,

    Sama sama, bagus la kalau Ayu dok ingat macam tu,makan makan jugak...kesihatan kita kena jaga.

    ReplyDelete
  6. Salam BeBe,

    Kalau tak pernah,nanti bolehlah cuba resepi ni...tak susah pun main campak campak ja,

    Terimakasihlah pasai suka blog Kak Ros.

    ReplyDelete
  7. ini memang sesuai utk org berdiet... adeh....tapi malas betol nak masak sekarang...main makan je apa yg ada...kan best kalau ada org masakkan mcm ni hari2...

    ReplyDelete
  8. Salam Nuwairani,

    Kak Ros kalau dah hari hari ada orang tolong masakan, mesti punah lah diet Kak Ros..tambah tambah orang yang masak tu sedap sedap pulak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails