Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 31, 2011

Jenis Jenis Kanser

Salam, 

      Semalam  Kak Ros  pi melawat seorang kawan Kak Ros yang sakit   Sebelum ni dia mengidap penyakit kanser buah dada,agak lama jugak dia merawat penyakit dia tu, kenser dia dah teruk kedua dua belah buah dada dia dah di buang, alhamdulillah selepas tu nampak dia sihat sikit,nampak tu macam ok dah tapi selang dua tiga tahun kanser dia serang balik ,tapi kali ni kanser otak pulak.,la ni dia lumpuh tak boleh berjalan ..,cakap pun dah  tak boleh dah, sedih sungguh Kak Ros tengok dia, tapi nak buat macammana kan ni semua nya ketentuan ilahi,.Kita cuma boleh ikhtiar apa saja tapi ...allah jua yang menentukan nya. Kak Roa Doakan semoga  dia cepat sembuh.

Disini ,saja Kak ros senaraikan sedikit jenis jenis kanser yang ada. Gambar gambar ni semuanya Kak Ros dapat dari Google.

 1. Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,          
 sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


  
2Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.


3. Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


4. Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.



5. Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


                                                           
6. Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

       
      
7Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.


    
8. Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

                                                              
   
9 Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


      
10 Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran air dan udara
10. Keturunan

27 comments:

  1. ya Allah.. seriau tengok picture ni kak ros.. yang paling terasa sekali, kanser payudara tu.. grr.. dashatnya..

    ~~tengah bayangkan kite dapat kanser..-_-"

    ReplyDelete
  2. tgh tunggu result. adeh. sgt2 takot...

    ReplyDelete
  3. mudah2an kita semua dijauhkan dengan penyakit ini... amin...

    dan juga untuk kawan ros semoga sembuh seperti sediakala... aminn...

    ReplyDelete
  4. ngeri saya tengok gambar2 tuh!!...
    semoga kita tak diuji sedemikian..
    semoga kawan akak tabah!!

    ReplyDelete
  5. Ngeri betul ma tengok gambar2 penyakit cancer tu. Sama2lah kita berdoa semoga Allah menjauhkan kita dari terkena bencana penyakit yang merbahaya ni yer Ros...

    ReplyDelete
  6. Ma juga mendoakan semoga kawan ros itu segera sembuh... Amiin..

    ReplyDelete
  7. Asslmkum k.Ros.ngeri tengok gambar2 serangan kenser kat atas tu.moga kwn k.Ros tabah dan cepat semboh

    ReplyDelete
  8. Ya allah mintak jauhkan penyakit yg merbahaya ni pada kite semua...

    ReplyDelete
  9. assalam ya allah..ngeri acik tengok..semoga allah melindungi kita semua dari penyakit merbahaya.

    ReplyDelete
  10. sy pon mana pndai msk, kak ros weh. cik abe yg pakar tp beliau x nak masuk. kenerlaaa sy yg msk...ehehehhe...tqvm 4 sharing psl kanser tuh. takot sungguh tgk...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Salam Fatin,

    ya la Kak Ros pun takut jugak,kanser ni kan pembunuh no 1 kaum wanita..

    ReplyDelete
  12. Salam eB,

    Memang patut pun kita kena buat pemeriksaan selalu,perempuan ni banyak terdedah pada kanser.

    ReplyDelete
  13. Salam Kazman,

    Ya la... mudah mudahan kita dijaukan tuhan dari semua penyakit,terimakasihlah doa untuk kawan Kak Ros.

    ReplyDelete
  14. Salam Lieynanilaz

    Kak ros pun ngeri jugak,harap kita dijauhkan lah ya...terimakasih doa untuk kawan Kak Ros.

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ros,
    Menarik baca n3 kat sini. Semuga kawan Kak Ros diberikan kekuatan utk terus mengharungi ketentuan Illahi ini, insyaAllah. Ngeri tengok semua gambar2 tu.

    ReplyDelete
  16. Salam Kamariah,

    Ya la kan...sama sama lah kita berdoa dan sama sama lah berusaha untuk mencegah dari semua penyakit ni..terimakasih doa untuk kawan Kak Ros.

    ReplyDelete
  17. Salam Namasya

    Tu la kan...kita tengok pun dah ngeri,jadi sama sama lah kita berusaha mencegahnya,kerana mencegah lebih baik dari mengubati.terimakasih doakan kawan kak Ros..

    ReplyDelete
  18. Sala Ainnoraini

    Sentiasalah berdoa kepadanya,kerana dia maha segala galanya..disamping tu selalu lah kita berusaha mencegah dari semua penyakit ni..

    ReplyDelete
  19. Salam Acik,

    Ya lah sama sama lah kita berdoa padanya dan selalu jugak lah kita kena ingat tentang kesihatan diri kita,jaga apa yang patut dijaga..

    ReplyDelete
  20. salam,

    minta dijauhkan dari
    penyakit merbahaya ini...amin!

    ReplyDelete
  21. Salam Akuzle

    Kak ros suka tengok Roshidayu ni,walau pun ada anak kecik,tapi bersemangat untuk masuk bertanding,tak jadi halangan pun.Ya la kan... sama sama lah kita berkongsi maklumat apa yang kita dapat.

    ReplyDelete
  22. Salam wattie,

    Tu la kan...Kak ros pun ngeri jugak,sama sama lah kita mencegahnya ya...harap tuhan jauhkan kita dari semuya ni.Terimakasih doakan kawan Kak Ros..

    ReplyDelete
  23. Salam Ati,

    Baik tu... doa dan ingatilah selalu padanya, kerana dia maha segala galanya,

    ReplyDelete
  24. ya Allah...takutnya baca ni... kalau lambat kesan, selalunya dah peringkat akhir, dah xleh nak wat pape dah...

    ReplyDelete
  25. Salam nuwairani,

    Memang pun..kanser ni kalau di peringkat awai susah kita nak tau,tu yang selalu kita kena pi buat pemeriksaan..

    ReplyDelete
  26. Info yg sgt baik.. Doakan saya .. Saya penghidap kanser paru2.. Btw info yg berguna

    ReplyDelete
  27. sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails