Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 1, 2011

Sam Bunkface bakal Beraksi Bogel

Salam,
Orang filem ni ngan kontroversi dah macam adik beradik. Tak kontroversi takut filem tak laku. Ambik pelakon kacak dan genit, cipta satu kontroversi... gerenti meletup. Produser filem gerenti dapat untung. Anak bangsa nak jadi camana belakang kira....

Ini yang kak Ros menyampah ngan filem Melayu ni... cari makan bukan kerana mutu tapi kerana nak kaut untung ataih kontroversi....

Nampak gaya macam Pengarah Kontroversi Raja Azmi tak serik serik nak keluarkan produk filem yang tampil berani setelah kontroversi filem ... Dalam Botol berjaya ditayangkan. 'Anak Ikan' merupakan filem terbaru yang bakal diarahkan oleh beliau dengan menampilkan realiti dunia luar pada era masa kini.

Namun Raja Azmi menafikan filem terbaru beliau merupakan pembawakan unsur-unsur gay kerana banyak kupasan di sebalik kehidupan seorang yang merelakan diri terjerumus di dalam kerjaya tersebut.

Setakat ini, beberapa pelakon utama telah disenaraikan termasuklah Penyanyi Vokal Kumpulan Bunkface, Sam yang bakal beraksi memegang watak anak ikan.

Apa yang lebih mencetuskan kontroversi, jika Sam menerima tawaran tersebut, beliau diarahkan untuk beraksi bogel dalam beberapa adegan filem terbabit.

Sebelum ini, Pelakon Utama ... Dalam Botol turut memberanikan diri beraksi bogel di dalam adegan mandi bagi menghidupkan watak.

Adakah tindakan Raja Azmi ini bakal sekali lagi mendapat kritikan hebat penggemar Filem tanah air?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails