Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 29, 2011

Sotong Bakar Berkuah

Salam,
       Kak Ros tak tau nak masak apa hari,jadi Kak Ros selak selak dalam buku resepi Kak Ros,terjumpa lah resepi ni nampat sedap ja...tak pernah cuba pun ni baru nak cuba,resepi ni Kak Ros dapat kat sini.
     

Bahan-bahan:

350 gm sotong segar
1 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
16 biji gajus - digoreng kering
3 tangkai cili kering - digoreng dan digunting kasar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/4 cawan sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Kuah:

1. Gaul serai dan halia. Asingkan 1 sudu besar campuran tersebut dan ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar termasuklah 1 sudu besar serai dan halia yang diasingkan tadi.

3. Masukkan sos tomato, air, garam dan gula. Biarkan sampai kuah agak pekat.

4. Masukkan gajus dan cili kering yang digunting kasar. Kacau dan angkat.

Cara Menyediakan Sotong Bakar:

1. Gaul sotong dengan perahan lebihan serai, halia dan garam.

2. Perap selama 20 minit. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak. Bakar sotong hingga masak sambil dialih-alihkan agar sotong masak rata. Setelah masak, letakkan sotong di dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Hidangkan.

10 comments:

  1. salam kak.baru beli sotong tadi.beli sekor sotong bsr ingt nk buat goreng tepung je.yang ni pun nmpak sdp.tk pe nnti leh try.

    ReplyDelete
  2. kak ros, bakar atas kuali tu yg berminat utk cuba...
    mudah dan pantas

    ReplyDelete
  3. saya tak makan sotong...tak pernah masak sotong kat rumah..anak2 ngn suami nak makan kat kedai jer lah..Tapi resepi ringkas dan senang nak buat...mngkin satu hari nnti boleh try buat...

    ReplyDelete
  4. Salam chempaka Aziz,

    Tak pa la boleh try lain kali, Sotong goreng tepong pun ok jugak tu.tapikan sotong yang besar besar ni buat ketupat sotong pun sedap.

    ReplyDelete
  5. Salam Anim,

    Ya la kan,selalunya kita guna kuali ni untuk menggoreng ja,kali ni kita cuba dengan membakar pulak.

    ReplyDelete
  6. Salam Mulut Payau,

    Ya ka tak makan sotong,MP ada alahan ka...?tak pa la resepi ni kita boleh pelbagaikan,mungkin MP boleh tukar ngan ikan ka...

    ReplyDelete
  7. malam minggu tetiba tengok resepi ni tu yang nak kuar cari makan sotong ni.... haaa3x...selere.....

    ReplyDelete
  8. Salam Kazman,

    Tu la, Kak Ros pun suka gak sotong ni menyelerakan,terutamanya kerabu sotong.

    ReplyDelete
  9. thanks kongsi resepi ni.. blh cuba.. mklumlah sy suri rumah.. kdg2 smpai xda idea nk masak apa. hihii

    ReplyDelete
  10. Salam IntanBerlian,

    Sama sama, Kak ros pun cam tu jugak,kadang kadang tak tau nak masak apa.sebab hari hari dok masak kan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails