Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 9, 2011

Tahniah Nabil tapi...

PERTAMA sekali Joyah nak ucap tahniah pada pelawak yang tinggi lampai seorang ni. Amboi, tengok lagak dan gaya Nabil sahaja, Joyah dah tahu yang dia kini cukup bahagia melayari kehidupan berumah tangga.

Tak kisahlah apa orang nak cakap pasal dia, dengan siapa dia berkahwin sekalipun tidak menjadi isu besar pada Joyah. Yang penting Nabil bahagia menyulam hari-hari mendatang dengan keharmonian rumah tangga.

Punyalah ramai orang yang datang ke majlis Nabil sampai ada yang bercerita pada Joyah kehadiran tetamu di I-City Shah Alam minggu lalu cukup mengujakan.

Dalam pada itu ramai yang bising-bising apabila mengenangkan pengacara perkahwinan Nabil pada malam itu. Kata mereka gandingan Amyza Aznan, Didie Alias dan Jep Sepah memang ‘gila-gila’ tetapi over.

Ramai yang tak suka cara mereka mengendalikan majlis tersebut memandangkan banyak sangat perkataan ‘kotor’ yang keluar daripada mulut pengacara malam tu.

Joyah fikir sebagai pengacara mereka patut tahu siapa khalayak mereka sebab ada juga kanak-kanak yang hadir. Tak sesuailah guna bahasa macam tu. Jadi, cuba perbaiki di masa akan datang demi untuk kebaikan. Jangan kecil hati dengan teguran Joyah yer. -Joyah UM

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails