Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 19, 2011

wanita nyaris maut

Salam, kesian kat adik ni ..., banyak dah Kak Ros tengok kes yang macam ni, terutama nya perempuan lah, kita sama sama guna jalanraya , jadi sama sama lah kita perihatin kepada semua pengguna jalanraya. kita naik pi lah baik  macam mana pun kalau ada segelintir manusia  yang tak pedulikan orang lain, sampai bila pun pengguna  jalanraya kita tak akan selamat.


TERLENTANG...Siti Qursiah cedera parah dalam kemalangan, semalam.

SEREMBAN
: Seorang wanita nyaris maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh di Jalan Forest Height, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Qursiah Mohd Zain, 21, dari Taman Desa Chembong, Rembau, cedera di muka dan tangan akibat terjatuh atas jalan.

Saksi dikenali sebagai Hashim, 25, berkata, dia melihat wanita itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Senawang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah Perodua Alza menghimpit motosikal mangsa menyebabkan wanita itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.

''Saya nampak mangsa berguling beberapa kali selepas terjatuh sebelum terbaring kesakitan di atas jalan.

''Saya terkejut melihat kejadian itu, namun kemudian berusaha menahan beberapa kenderaan bagi membantu wanita itu.

“Kami cuba membantunya, tetapi dia tidak dapat bergerak sebelum menghubungi ambulans kerana risau dengan keadaannya yang seperti tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dengan menaiki sebuah ambulans.

Sementara itu, sumber di HTJS berkata, mangsa mengalami beberapa kecederaan seperti luka di muka dan tangan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails