Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 17, 2011

Aishwarya, Abhishek dapat anak perempuan

Salam,
Tahniah buat Aiswarya Rai ngan suami dia Abhishek sebab dia dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. 
 

Aishwarya RaiMUMBAI: Pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan suaminya, Abhishek menyambut kelahiran bayi perempuan yang juga anak pertama mereka, semalam.

Bekas Ratu Dunia itu, Aishwarya Bachchan, 38, dilaporkan melahirkan bayinya itu di sebuah hospital swasta, Seven Hills di Mumbai, kata kakitangan hospital terbabit.
“Bayi perempuan!” tulis Abhishek, 35, dalam akaun Twitter @juniorbachchan, tanpa mendedahkan butir-butir lanjut.
Bapa Abhishek, yang juga legenda Bollywood, Amitabh Bachchan turut mengirim mesej melalui akaun Twitternya untuk berkongsi kegembiraan kehadiran cucunya.
“Saya jadi datuk...gembira!”, katanya sambil menyifatkan cucunya itu sebagai bayi perempuan comel.

Aishwarya dan suaminya yang disenaraikan sebagai pelakon senarai A di Bollywood bersama Amitabh dan isterinya yang juga aktres, Jaya Bachchan disifatkan sebagai ‘keluarga pertama’ Bollywood.

Amitabh sudah bergelar datuk kerana anak perempuannya, Shweta Nanda turut mempunyai dua orang anak.
Amitabh membincangkan kehidupannya kerana menjadi penulis blog dan Twitter. Beliau sebelum ini mempunyai hubungan dingin dengan media dan sering mengkritik mereka memberikan gambaran salah atau menceroboh keperibadian keluarganya.

Sebelum kelahiran berkenaan, penyiar India bersetuju untuk tidak membuat pengumuman awal mengenainya.

Malah, kenderaan untuk tujuan laporan dari luar studio juga tidak dihantar ke kediaman beliau atau hospital selain tiada ramalan nujum yang biasanya popular di India, disiarkan untuk meramal masa depan.

Malah, berita mengenai perkara itu juga terhad kepada hanya antara satu minit kepada 90 saat.

Kebanyakan rangkaian berita televisyen India semalam dilihat mematuhi perjanjian berkenaan tanpa membuat sebarang liputan.

Aishwarya meraih takhta Ratu Dunia pada 1994 dan mula muncul di Bollywood pada akhir 1990-an. Beliau sejak itu membintangi lebih 40 filem. – AFP

44 comments:

  1. salam kak ros
    wah mesti baby dia cantik jugak macam mak eh

    ReplyDelete
  2. Wa ni anak dia besa nanti mesti lawa giler punya ah

    ReplyDelete
  3. tak sabar pulak rasa nak lihat anak dia..

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tgk anak dorang...

    ReplyDelete
  5. gituler jadi orang terkenalkan.... bertuahler anak itu...

    ReplyDelete
  6. mesti anak dia cantik bila dh besar nnti kan..

    ReplyDelete
  7. mahu anak tu lahir je terus glamour...

    ReplyDelete
  8. dok t'pikiaq...mesti bila anak dah besaq, lawa macam mak dia :D

    ReplyDelete
  9. tahniah ..mesti ank diapun cantik mcm aishwarya !!!..

    ReplyDelete
  10. mesti baby dia comel kan.. sbb dia cntik ;-)

    ReplyDelete
  11. dia ni mmg cun, anak dia conform comel ek

    ReplyDelete
  12. tahniah buat ratu bollywood ni:)

    salam kunjung balas kak Ros....tq sudi singgah my blog..akak dok BM ke? kg nieza kat Nibong Tebal jer:)

    ReplyDelete
  13. syukur, wlu umur byk tpi selamat semua...

    ReplyDelete
  14. mata maknya mengancam habis...hehe

    ReplyDelete
  15. mesti babynya comel dan cute

    tq.. singgah dan folo blog ibuintan

    ReplyDelete
  16. komfom cun sebab dia cantik....

    ne buat xsabar naktgk anak dia neh...heheh

    ReplyDelete
  17. Ros... agak dah berusia jugak nampaknya yer... 38 tahun, baru lahirkan anak sulung... Semoga cepat2 dia menambah zuriat kedua dan ketiganya.... Agaknya bila diboleh bergambar untuk tatapan peminatnya yer..?

    ReplyDelete
  18. hehe konfem jelita mcm mummynya.. untungnya dia kan... hehe.. anak kepada ratu cntik doniaaaaaa.... :P

    ReplyDelete
  19. Salam Lya,


    Waalaikumsalam...Tu la...kalau dah mak dia cantik ,anak dia pun mestilah cantik nooo....

    ReplyDelete
  20. salam Wan Habibah,

    Orang banyak duit ni macam tu la.... nak nampak tua lagu mana kalau kerja dia dok jaga kulit muka 24 jam....

    ReplyDelete
  21. salam KizZ,

    Tu la...dah mak dia cantik.....

    ReplyDelete
  22. Salam Eye_nee,

    Emmm,Kak Ros pun....

    ReplyDelete
  23. Salam eB,

    Kak Ros tengok la,kalau baby ni... semuanya comel2 belaka.....

    ReplyDelete
  24. salam Wahida,

    Selalunya macam tu la ...kalau anak2 artis ni,mesti kita tak sabar nak tengok kan....

    ReplyDelete
  25. Salam Cho zila,

    memang pun...dah keluar2 mai tu dalam keluarga terkenal dah kan...Tapi Kak Ros rasa dia bertuah atas dunia ni ja....

    ReplyDelete
  26. Salam Zana,

    emmm tu la,mak dia cantik kan....

    ReplyDelete
  27. Salam Kazman,

    Tu la.....Dari mak pak sampai ke tok ngan tokwan pun dah glamor....habis tu..mana tak glamornya....

    ReplyDelete
  28. Salam Hanih,
    Tak payah dok pikiaq dah Hanih oi....teqang2 dah, besaq nanti mesti segak punya....

    ReplyDelete
  29. Salam Mama aini,

    Ya la mama..dah mak dia tu ratu cantik dunia..jadi anak dia pun mesti la cantik kan....

    ReplyDelete
  30. Salam IntaNBerliaN,
    Yang tu dah semestinya la Intan...kalau mak dia tu dah lawa ,anak dia pun mesti la lawa ....

    ReplyDelete
  31. Salam ikatankasihku,

    Emmmm..tak dinafi kan lah..pasai mak tu dia memang cantik....

    ReplyDelete
  32. salam Nieza,

    Sama2...Betoi tu Kak Ros dok Kat BM.....jadi Nieza ni dok kat Nibung Tebal ya,tak la jauh sangat ngan tempat Kak Ros....Bila2 lalu kot ni tu singgah la....

    ReplyDelete
  33. Salam mamaNoriz,

    Ya la....,selalunya kalau umur dah lebih ni,banyak risikonya masa nak bersalin Kan....Syukurlah dia ngan baby dia selamat.....

    ReplyDelete
  34. Salam Daddylicious,

    Emmmm...kalau dah cantik tu,tengok tang mana pun nampak cantik kan.....

    ReplyDelete
  35. Salam ibuintan,

    Sama2....mesti comel kan,dah mak dia pun cantik...

    ReplyDelete
  36. Salam Ila,

    Betoi tu.....mesti cantik...Kak Ros pun tak sabar jugak nak tengok baby dia ni....

    ReplyDelete
  37. Salam Kamariah,

    Betoi tu kamariah,kalau dia nak anak lagi,dia tak boleh dok tunggu lama lagi dah,pasai tak elok kan bagi orang yang melahirkan anak di usia yang lebih ni.....

    ReplyDelete
  38. Salam Cik pipi tembam,

    Betoi tu..tapi Cik pipi Tembam pun cantik jugak....

    ReplyDelete
  39. mesti cumil anak dier.agaknya kalau besar mcm aish tak??

    ReplyDelete
  40. Salam Wan nurul hezrina,

    Tu la kan.....mesti la macam mak dia..pasai anak mak dia kan he.he...

    ReplyDelete
  41. anaknya mesti comel sokmo ek...mak ayah dah sempurna rupanya

    ReplyDelete
  42. salam ann Ishak,

    emmm.. mesti la kan...dah mak pak dia elok...anak dia pun mesti la cantik..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails