Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 11, 2011

Anak Sapa Ni....

Salam ,
   Anak sapa ni ha......tak kan mak pak dia buang kut, Kak Ros tengok elok  comel ja budak ni tak dak kesan dera tang mana2 pun....kalau dia terpisah ngan mak pak dia, Kak Ros doakan supaya dia dapat berjumpa balik ngan mak pak dia ....Kesianya Kak Ros tengok budak ni,.mujur tak jadi apa2 kat dia  masa dia dok sorang2...Sapa la yang tinggai budak ni kan....taka dak hati perut langsung...

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

                     COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu                                         
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.a

51 comments:

  1. alahai..
    sampainya hati diorang ni...


    salam kenal. ;o)

    ReplyDelete
  2. laaaa.... kesiannya, udahle comel je muka dia...

    ReplyDelete
  3. Ros acik tengok gak beita tv..sape lah sampai hati tinggalkan budah ni..dah besar dan comel pulak tu..bayangkan ketakutan dia masa ditinggalkan.kesian..

    ReplyDelete
  4. sy dgr psl bdk ni pg td dlm news...x berhati perut la sapa yg buat cm tu

    p/s sy ada wat entry utk akak..

    ReplyDelete
  5. aduhh...comelnyaa...macam tu pun di buang... naya betul sapa yang buat tu...

    ReplyDelete
  6. comel budak tu....kesiannya...mmng tak ada hati perut lngsung orng yg tnggalkan budak ni...

    ReplyDelete
  7. salam kenal..
    kenal blog kak ros dr blog anies.. ;)

    *mmg x patut la.. kecian bdk pompuan tue.. comel plak tue.. x der prasaan lgsung

    ReplyDelete
  8. Salam kenal dan tima kasih sudi berkongsi pendapat dgn saya... ada terbaca citer kanak2 ni kat blog yg lain... memang comel budak tu tapi tak tahulah sengaja di tinggalkan atau ia mangsa perculikan...sian budak yg sekecil dan secomel tu di biarkan sendirian..

    ReplyDelete
  9. cumilnya..
    sedihnya klu penjaganya meninggalkan budak tu..

    ReplyDelete
  10. Comelnyaa..sampai hati keluarganya tinggalkan anak camtu..

    ReplyDelete
  11. kak...comelnya dia,kalau yana yg jumpa terus ambil dan minta surat kat JKM...teringin nk baby girl :)

    ReplyDelete
  12. Singgah sini....bwk ciskek...salam kenal2 dari kak cek...:D

    ReplyDelete
  13. Salam...kalau anak sendiri takkan la sampai hati kan nk tinggal..mungkin ada reason tersendiri kut...harapnya cepatla adik ni bertemu semula keluarga dia kan

    ReplyDelete
  14. sian budak tu, bagi saya je lah, saya tak de anak pompuan..

    ReplyDelete
  15. ya allah...
    kesiannye dia...

    cantik budak tu, apalah dosa dia kena tinggal cam tu kan...huwaaaaa

    ReplyDelete
  16. t.tau ckp melayu? anak myanmar kot...

    ReplyDelete
  17. tu la.. sian betoi.. dahlah comel.. sape yg tiggalkan dia kat situ ek.. mesti mak pak dia risau..

    ReplyDelete
  18. sampai betul hati diorang tinggalkan budak sebesar tu di pusat belibelah yg besar mcm tu kan?alhamdulillah nasib baik tak jadi apa2..

    ReplyDelete
  19. orang ni kan tak sayang anak lah...ada anak gi biar macam tu..kalau tak nak bagi kat eita je....

    ReplyDelete
  20. kesiannya...comel macam tu boleh tinggalkan sorang2.

    ReplyDelete
  21. sedih lihat anak itu..
    tambah sedih sbb anak2 saya semua boys..
    kalau dapat kat saya, alhamdulillah..

    ReplyDelete
  22. comelnyer.jgn2 bkn anak dier x? alahai, cian mak bapak dier. hu3
    kiter doakan dpt jumper family balik la yer. aminnnnn

    ReplyDelete
  23. comelnyer.jgn2 bkn anak dier x? alahai, cian mak bapak dier. hu3
    kiter doakan dpt jumper family balik la yer. aminnnnn

    ReplyDelete
  24. kak ros.. ayu rasa bukan oang melayu..
    sebab si sofea tak pandai bertutur bahasa melayu

    ReplyDelete
  25. manusia semakin hilang sifat kasih sayang !!..hu2x..kesian kanak2 yg tidak berdosa itu bila dia ditinggalkan begitu....

    ReplyDelete
  26. Salam a.z.r.i.n.a 03.07,

    Manusia kebanyakkan la ni dah hilang nilai kasih sayang....tu yang dok jadi lagu tu....Salam kenai jugak dari Kak Ros...

    ReplyDelete
  27. Salam amie,

    Setiap insan yang ada perasaan kasih sayang ni mesti merasa kesian dengan budak2...pasai depa ni tak faham lagi apa2 pun...

    ReplyDelete
  28. Salam Acik,

    Kita yang tua ni pun,mesti takut jugak kalau ditinggal kan beseorangan di tempat yang sunyi,apatah lagi budak2 yang tak boleh nak pertahankan diri sendiri....

    ReplyDelete
  29. Salam Khairin,

    Memang pun ,orang yang tak dak hati perut saja yang sanggup buat kerja macam ni....binatang pun ada perasaan kasih sayang ni....Terimakasih banyak2 lah pasai Khairin susah payah buat N3 pasai Kak Ros....

    ReplyDelete
  30. Salam Kazman,

    Spisis apa pun tak tau la depa ni,nak kata binatang....binatang pun ada gak perasan sayang...Memang naya sapa yang buat ni,tapi budak tu lagi la naya kan...sib baik tak jadi apa kat dia....Allahhuakbar....

    ReplyDelete
  31. Salam Mulut Payau,

    Tu la kan memang tak dak hati perut,kalau dah tak mau pun pi la bagi kat orang yang mau ,jangan lah pi buang macam tu,tak dak akai sungguh....budak sekecik tu apa lah yang dia tau.....Kak Ros pun tak tau apa masaalahnya...kalau marah kat mak pak dia pun takkan lah anak yang jadi mangsanya.....Kak Ros harap bukan mak pak dia lah yang buang.

    ReplyDelete
  32. Salam NureeN,

    Ya ka...salam kenai jugak dari Kak Ros.Tu la kan,apa lah yang budak ni tau..Tak takut ka ngan allah ,manusia memang lah tak tau apa yang kita buat tapi allah tau...

    ReplyDelete
  33. Salam CT,

    salam kenai jugak dari Kak Ros..Kak Ros pun berharap ni bukan angkara mak pak dia...

    ReplyDelete
  34. Salam Sal,
    Anak orang lain pun kita tak sanggup nak buat macam tu,apatah anak kita sendiri kan... Memang kak Ros pun sedih kalau ni perbuatan dari orang tua dia.

    ReplyDelete
  35. Salam Rinna,

    tu la kan,kak Ros berharap sangat bukan mak pak dia yang melakukannya...

    ReplyDelete
  36. salam Maya Mayana,

    Selalunya la...kebanyakkan orang ni tak pernah bersyukur dengan apa yang allah bagi kat dia...bila allah bagi,lempar sana..buang sini...tak menghargai langsung...

    ReplyDelete
  37. Salam Cik Cek,

    Terima kasih ..sedapnya...salam kenai jugak dari Kak Ros.

    ReplyDelete
  38. Salam ladysirna,

    Kak Ros pun terfikir macam tu juga la....harap bukan perbuatan orang tua dia....

    ReplyDelete
  39. Salam Nuwairani,

    Memang jahat sapa yang buat kerja ni....Kak ros pun mau jugak comel sungguh budak ni....teringat anak menakan Kak Ros besar ni la jugak....

    ReplyDelete
  40. Salam sudipVSsenduk,

    Semua orang kesian kan dengan budak ni,orang yang buat ni ja tak dak hati perut....ramai orang yang mau,tapi dia ni senang2 ja pi buang....

    ReplyDelete
  41. Salam mamaNoriZ,

    Tu la kan...kalau kita pun takut gak dok sorang2 ni... Kak Ros pun Tak tau la,sapa yang bersalah dalam hal ni kan....tapi apa pun orang yang bersalah tu tetap akan terima balasan dari allah...

    ReplyDelete
  42. Salam So Shy Lady,

    Tak tau la pulak Kak Ros dia bangsa apa,tapi umur dia baru ja setahun setengah...dah pandai bercakap dah ka...?

    ReplyDelete
  43. Salam IntanBerliaN,

    Ya la,kalau terpisah ngan mak pak dia pun bawak la dia pi cari orang tua dia ,bukannya dok pi tinggal dia sorang2 kat tepi tandas tu....

    ReplyDelete
  44. Salam Anymz,

    Tak tau nak fikir Kak Ros....zaman la ni macam2 orang ada kat dunia ni....kasih sayang sesama insan pun dah pelan2 dok hilang dah lani....macam2 kita dok tengok...buang bayi la,buang orang tua sendiri la,tinggal budak macam ni la,colek orang la bunuh orang la dan macam2 lagi lah....

    ReplyDelete
  45. Salam eita

    Tu la...kalau dah tak mau,bagi ja dekat orang yang mau kan...ramai orang kat dunia ni yang tak dak anak,depa yang ada ,senag2 ja pi buang...harap2 tu ,ni bukan kerja mak pak dia lah....

    ReplyDelete
  46. Salam Zaitun,

    Kita tengok mata dia ja pun kita dah tak gamak nak apa2kan dia atau tinggalkan dia sorang2...orang yang buat kerja ni memang tak dak perasan langsung....

    ReplyDelete
  47. Salam Anim,

    Memang sedih,apa la yang dia tau....besar2 ni selalunya dok bermanja ngan mak pak ja....selalu dok dalam pelukan mak ja kan...tau2 tinggal sorang2 ...Harap Kak ros ni semua bukan kerja mak pak dia...dan dia cepat2 jumpa ngan family dia balik....Kak Ros doakan tahun depan Anim dapat baby girl he.he.....

    ReplyDelete
  48. Salam eB,

    Tu yang Kak Ros harapkan,ni semua bukan perbuatan orang tua dia...dan semoga dia dapat jumpa ngan keluarga dia balik....

    ReplyDelete
  49. salam Ayu,

    Kak Ros pun tak tau budak ni bangsa apa.....tapi nampak macam melayu ja...

    ReplyDelete
  50. Salam Mama,

    Betoi tu...kasih sayang ni penting,harus ada dalam diri semua insan....bila kita tak dak kasih sayang ,ni la jadinya...Dia tak dak perasan kesian langsung bila tinggal budak ni sorang2....tak fikir langsung apa akan jadi kat budak ni....Kalau hati kita penuh ngan kasih sayang,benda ni semua tak akan berlaku.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails