Sahabat adalah perisai diri

Saturday, November 12, 2011

Daging Bakar Sempoi...

Salam ,
   Hari2 masak macam2 jenis dah  lauk daging kan ...jadi hari ni dengan daging korban  terakhir yang ada ,Kak Ros nak bakar lah pulak. Kak ros nak buat daging bakar cicah air asam... memang sedap ni..terangkat gila......kalau  Kak Ros la....tak makan ngan nasik dah,meratah ja ...ni resepi dia kalau sapa2 yang teringin nak mencuba tu..

Gambar hiasan dari Google
Bahan bahan untuk daging:
1 kilo daging (Kak Ros agak2 la sekilo)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih.
sedikit serbuk kari daging.
1 inci halia.
garam.

Cara cara:
Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan rempah,kemudian gaulkan bersama dengan daging,jangan lupa masukkan garam secukupnya,jangan masin sangat,tak bagus untuk kesihatan.Kemudian perap dia lebih kurang 2 jam.lepas tu bakar .......ikut suka lah nak bakar ngan apa pun,janji dia masak kan....

Gambar hiasan dari Google
Bahan bahan untuk air asam:
10 biji cili api(ikut kepedasan masing2 lah)
4 biji cili merah.
1 labu bawang besar.
2 biji buah tomato
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan air asam jawa.
sedikit belacan bakar.
 garam.
sedikit sos cili.
gula(pada sapa yang nak bubuh, tak mau pun tak pa)
kalau nak boh limau sikit pun boleh jugak.

cara cara:
  tumbuk cili api,cili merah dan jugak belacan sampai hancur(cili api ni nak potomg sikit pun boleh).Bawang besar dan buah tomato di potong dadu(nak potong macam lain pun tak pa,ikut suka).Masukkan bahan yang di tumbuk tadi kedalam bekas,kemudian masukkan bawang dan buah tomato,gaul sebentar,lepas tu masukkan kesemua bahan dia dan gaul lagi sehingga sebati. Dah siap, jom pi makan...



27 comments:

  1. Air asam tu mmng mnggoda ..cicah ngan ikan bakar pun sedap ni....

    ReplyDelete
  2. alamak sedap nyaa..saya memang suka apa2 pun yg dicicah ayaq asam buh tomato mcm ni..ishh makan dgn nasik putih saja pun sedap nih..ishhh dah dah tak mau terbayang dah ni duk pantang nasik lagi nii...daging korban ada dlm freezer tuu...:)

    tq k.ros bg resepi...blh cuba aa..

    ReplyDelete
  3. ros..acik ambik resepi ye..teringin jugak nak cuba..kalau ada daging lagi..sebab ada yang dah request nak rendang daging pulak dah.

    ReplyDelete
  4. Sedap ni.. bolehla ibu yusuf cuba. Stok daging banyak lg dlm esbox.. :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya.....memang sedap sangat makan dengan pencicahnya tu....leleh liur nih!

    ReplyDelete
  6. sedapnya Ros..harum baunya,kan.
    klu makan tentu bertambah2 yee..

    ReplyDelete
  7. Bestnya...daging panggang cecah ngan air asam...sedapnya...:D

    ReplyDelete
  8. sedapnya daging bakar kak ros nih..makan pulak dgn nasi daging atau nasi tomato..pasti terangkat..
    saya ambik resepi ya kak ros?

    ReplyDelete
  9. Kak Zai nak cuba ni sebab masih ada daging dalam fridge.

    ReplyDelete
  10. eee nyesal la plak x bw blk daging tempohari kalu x bleh da cuba resepi akk ni
    yummy! bla nk ajk sy mkn ni? ;-)

    ReplyDelete
  11. adoi! terus rasa mcm nak keluarkan daging korban tu dari freezer skrg...

    ReplyDelete
  12. Salam ezzyra,

    Memang sedap .....

    ReplyDelete
  13. Salam Mulut payau,

    Air asam ni memang sesuai sangat dengan lauk2 yang di bakar....sedap....

    ReplyDelete
  14. salam Saniah,

    Sama2...Kak Ros pun dok pantang jugak ni..pantang jumpak he.he..

    ReplyDelete
  15. Salam Acik,

    Ya silakan ,Kak Ros boh kat sini pun sebab nak kongsi ngan semua kawan2.

    ReplyDelete
  16. Salam Zefa NorAsmara,

    Tu la kan...la ni tengah dok banyak daging,bolehlah mencubanya..Memang sedap...Kalau Kak Ros tak makan ngan nasik dah.

    ReplyDelete
  17. Salam Amie,

    Ya la kan... kita makan daging bakar ngan air asam ni memang kena dengan gu dia dah la...air asam tu mau pedas sikit pulak,memang sempoi....

    ReplyDelete
  18. Salam Sal,

    Ha...betoi tu Sal,mak mentua lalu kat belakang pun tak nampak dah.he.he.....

    ReplyDelete
  19. Salam Cik Cek,

    Memang betoi cik Cek.....Daging bakar ni memang sedap ,tambah2 lagi cicah ngan air asam ni....

    ReplyDelete
  20. Salam Anymz,

    Silakan Anymz...Kak Ros memang nak kongsi ngan semua kawan2 pun...Makan dengan nasik daging atau nasik tomato ni,lagi kena lah dia...

    ReplyDelete
  21. Salam Zaitun,

    Sementara daging masih dok ada lagi tu,cuba jangan tak cuba..Kak Ros pun.. ni daging yang last dah.

    ReplyDelete
  22. Salam Khairin,

    Tak pa la...Khairin boleh cuba hari lain..Kak Ros dah ajak dah ni,mai la bila2 pun...

    ReplyDelete
  23. Salam fieda,

    Memang sedap...........

    ReplyDelete
  24. Salam Nuwairani,

    Teruskan niat yang baik tu..jangan tunggu lagi ayuhhhhh keluarkan daging tu sekarang....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails