Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 8, 2011

Daging goreng bersos tiram

Salam,
      Baru hari ni Kak Ros dapat jengok mai kat sini,dari hari raya pertama sampai hari raya kedua memang Kak Ros sibuk sangat...Hari raya pertama sibuk dok melayan tetamu dekat rumah mak Kak ros, hari raya kedua sibuk pulak dok melayan tetamu dekat rumah sendiri...Hari raya haji ni ,kita kaya sungguh dengan daging kan, dalam peti ais rumah Kak Ros pun sampai sendad tak boleh nak isi dah....rezeki dari allah....jiran2 mai sedekah. Boleh dikatakan hari2 makan  lauk daging ni....Kak Ros tak boleh nak makan daging banyak2,pening...
        Hari ni ada ramai kat rumah Kak Ros,anak2 tak habis cuti lagi,mak dan adik2 Kak Ros pun pakat2 nak berkelah kat sini...daging pun banyak,jadi hari ni Kak Ros nak masak satu menu daging lembu,rengkas saja resepi dia, tapi insyaallah memang sedap.
 
  Bahan bahan:
  1 Kilo daging
  15 biji cili kering(di kisar)
  2 labu Bawang besar(potong bulat)
  6 ulas Bawang putih(di hiris)
   2 inci halia( potong ikut suka)
   1 batang serai (di ketuk)
   1/2 cawan sos tiram
    beberapa biji cabai melaka(ikut suka nak banyak mana ,di ketuk bagi pecah sikit)
    2 biji ubi kentang
    Kunyit serbuk
    garam
    gula(ikut suka nak bubuh ka tak mau)
    Daun sup
    
  Cara cara
   Bersihkan daging,gaul kan dengan garam dan kunyit.Panaskan minyak,setelah minyak panas,masukkan daging, goreng sampai garing.Lepas tu masukkan halia dan bawang putih goreng sebentar ,kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar tadi,masak sampai dia pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram dan serai biar sebentar, kemudian masukkan ubi kentang,bawang besar,cabai melaka(cili hijau yang kecik tu),gula dan garam.Akhir sekali masukkan daun sup.Senang ja kan...dah siap selamat mencuba pada sapa sapa yang nak mencuba.
    



43 comments:

  1. memang raya haji mewah dgn daging kan kak..tp kalau mkn byk2 takut BP naik pula :)

    ReplyDelete
  2. kak, daging tu nanti liat tak nak makan? ingat nak cuba lah..

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha kak ros..tahun ni tak banyak dapat daging..ada dalam sekilo je..alhamdulillah dapat gak merasa daging qurban.

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha kak..

    thn ni pun zana dpt banyak daging.. tp zana bg kat parents & patents in law jer.. zana ambik cikit jer sbb makan berdua jer kan..

    ReplyDelete
  5. salam kak ros,
    saya sampai sakit perut, byk sgt makan. hehe.lepas tuh mengomel2 sakit. huhu

    ReplyDelete
  6. kalau akak letak gambar, sure lagi saya terliur...

    ReplyDelete
  7. bleg try test ni?

    p/s do u believe it?

    u r my 229th follower n i'm ur 229th follower! ;-)

    ReplyDelete
  8. Dalam fridge kak Zai pun banyak daging,orang bagi lepas tu kak Zai pun buat korban.

    ReplyDelete
  9. boleh di cube resepi ni..raye hj ni menu kita msing2 daging je la..kn.. he..he..

    salam kenal..
    hoyahadis

    ReplyDelete
  10. nampak resepi ni snang ni.. nak cuba lah nanti.. haa tu la.. dlm peti ais saya tu pun dah sendat dgn daging... rezeki :-)

    ReplyDelete
  11. Salam Anim,

    Jangan kata sepinggan,berpinggan pinggan pun boleh....

    ReplyDelete
  12. Salam Kasihredha,

    Memang Kak Ros pun takut nak makan banyak2,nanti pening kepala...

    ReplyDelete
  13. Salam Anaa,

    Selalunya kalau daging goreng ni,Kak Ros potong nipis2 dan ambik isinya saja,yang lemak2 tu Kak Ros tak ambik,barulah tak liat..kalau tak mesti kena masak lama sikit.

    ReplyDelete
  14. Salam Acik,

    Syukur alhamdulillah jadi la, dapat jugak rasa daging korban kan...daging ni bukannya bagus sangat makan banyak2....

    ReplyDelete
  15. salam Zana,

    Ya la kan,dua orang ja nak makan,buat apa simpan banyak2...hari2 makan daging pun tak bagus jugak...

    ReplyDelete
  16. Salam Lya,

    Tu la kan dah hari raya nak buat macam mana,makanan banyak,makan ja lah..Kak Ros pun sampai malas dah nak bangun,punya sendak perut..lepas ni kena diet la pulak....

    ReplyDelete
  17. Salam Wahida,

    Bukan Kak ros tak mau nak boh gambar,tak dan nak ambik gambar lagi.... dah habis depa makan.he.he.tak dak lah....gambar tak dak pun macam mana Kak Ros nak bubuh kat sini....

    ReplyDelete
  18. Salam Khairin,

    Cuba la mesti tak menyesal punya....

    ReplyDelete
  19. Salam Zaitun,

    Memang daging ni pun untuk dikorban jadi kita korbankan lah.....

    ReplyDelete
  20. Salam hoyahadis,

    Kena cari resepi daging lah hari2 nampaknya kan....

    ReplyDelete
  21. Salam intaNBerlian,

    Memang tak susah pun resepi ni ....try la.masa daging banyak ni la kita boleh cuba macam2 resepi kan....

    ReplyDelete
  22. Salam rara pinkmafia,

    Memang sedap,cuba lah buat senang ja resepi ni....

    ReplyDelete
  23. ermmmm yumx3 dah rasa sampai ke tekak dahhh

    ReplyDelete
  24. Salam ieda,

    Tu la kan....resepi ni rengkas ja,malam ni cubalah buat....

    ReplyDelete
  25. menu macam ni buat pedas2, makan dengan nasik panas, memang sedappp

    ReplyDelete
  26. mender2 yg dimasukkan sos tiram mmg maveles, kak ros. tuh lom masuk air tgn kasih syg kak ros lg tuh...eheheh

    p/s: psl reunion tuh,maybe ahkak bole mula ngan create grup kt FB duluh. then slow2 cari ahli. sy pom buat mcm tuhlaa.. 1st step yg pntg, kak.

    ReplyDelete
  27. wah sedap masak daging gaya gini..anak2 mesti suka.sesekali ubah selera kan kak ros kan?..

    ReplyDelete
  28. kak ros..
    ayu nampak kelainan pada resepi kak..

    kena cuba nie..
    terima kasih kakakku sayang

    ReplyDelete
  29. assalam & slm aidiladha..mcm sedap je daging goreng tu..thanks share resepi ni..nanti mama try ya..

    ReplyDelete
  30. Salam Khairin,

    Akaaalaa... kak Ros baru perasan yang kita ni serasi kot... hihi...

    Kita sama2 follower yg ke 229... ishh... cam tak caya la plak...

    ReplyDelete
  31. Salam nuwairani,

    Betoi tu Nuwairani,kalau mak mentua lalu kat belakang puh tak nampak dah....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak ros...

    Nak cuba jugak resepi ni...tentu anak2 suka...

    ReplyDelete
  33. salam Ros, pcl BW sampai sini...yeah ada plk resipi masak daging...leh la cuba yg ni. .tq.

    ReplyDelete
  34. Salam akuzle,

    Betoi tu...yang penting masak ngan penuh kasih sayang,insyaallah masakkan kita akan sedap..

    ReplyDelete
  35. Salam Anymz,

    Ya la kan,selalu kita masak kari atau rendang,sesekali tu kita ubah stail pulak,resepi dia pun rengkas dan sedap.

    ReplyDelete
  36. Salam citarasa Rinduan,

    Sama2.... Cuba ayu jangan tak cuba rugi tau....

    ReplyDelete
  37. Salam MaMa AiNi,

    Sama2...daging goreng ni memang sedap ,try la....sesekali tu kita ubah selera kan...

    ReplyDelete
  38. salam Mulut Payau,

    Insyaallah anak2 akan suka,cuba la....

    ReplyDelete
  39. Salam PCL,

    Terima kasih sudi singgah kat sini,ya cuba la,senang ja resepi ni....

    ReplyDelete
  40. xde gambar ke kak.. ;p nak terai ni~

    ReplyDelete
  41. Salam Zureen,

    Kak Ros sibuk sangat..sampai terlupa nak ambik gambar, Nanti lain kali Kak Ros letakakkan gambar..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails