Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 21, 2011

Ezylnn bergelar isteri

salam ,
Tahniah dan selamat penganti baru lah...buat pasangan ni....

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

ADAM menyarungkan cincin di jari manis Ezylnn selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tempoh pertunangan penyanyi dan pelakon Ezylnn yang terkenal dengan lagu Hai Hai Bye Bye mungkin antara yang terpendek di dunia.

Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.

Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.

"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.

"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.

Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM20,020.20 sebagai simbolik kepada tarikh lamaran yang dibuat oleh Adam kepadanya pada 20 Januari 2010 serta tarikh lahir Adam pada 20 Januari di samping mas kahwin sebanyak RM80.

Ezlynn dan suami merancang untuk berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan Januari tahun depan.

14 comments:

  1. tahniah buat elynn & pasangan semuga berkekalan hingga akhir hayat..amin..

    ReplyDelete
  2. cantik...wane pish feveret kaler tuh :)

    ReplyDelete
  3. Oooo.... dah kawin rupanya.... memang ramai la yg kawin sekarang ni... semoga panjang berkekalan sepanjang hayatt....

    ReplyDelete
  4. Semoga Jodoh mereka berkekalan...

    ReplyDelete
  5. cantik..
    semoga berkekalan hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selamat moga berbahagia hendaknya

    ReplyDelete
  7. Salam mama aini,

    Harap2 macam tu la mama kan...semoga jodoh kekal sampai mati.....

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Ecah,

    Emm...ya ka feveret kaler....tapi kan kalau orang dah cantik ni pakai warna apa pun tetap nampak cantik kan...

    ReplyDelete
  9. Salam Kazman,

    Memang pun Kazman,la ni kan dah stat cuti sekolah..jenuh makan kenduri la kita kan...Kak Ros pun harap depa ni berkekalan lah hingga ke hujung nyawa.......

    ReplyDelete
  10. salam Eye_nee,

    Harap2 macam tu lah....

    ReplyDelete
  11. Salam ainnoraini,

    Emmm..,memang cantik,nampak sepadan ja depa ni kan....harap2 macam tu lah...

    ReplyDelete
  12. salam KakZakie,

    Emmm..kita harap ni macam tu lah kan Kakzakie...

    ReplyDelete
  13. salam Aishah Jahirah,

    Tu la....kalau dah suka sama suka ni,tak payah la dok tunggu lama2 kan...lebih baik kahwin terus.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails