Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 24, 2011

Ini lah orangnya...

Salam,
 Ha...ni la dia rupa2 nya orang yang sanggup tinggalkan anaknya  sendiri kat tepi tandas tempoh hari.... kak Ros  tak tau la apa masaalahnya  mamat ni,dia tak mengaku salah pun dengan apa yang telah dia buat ni...Dia mintak di bicarakan...Kak Ros pun tak berani nak kata apa lagi pasai kita tak tau cerita dia ni... ,jadi kita tunggu lah cerita selanjutnya nanti...

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

TERTUDUH...Hii dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

MELAKA
: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.

Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar.

Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar.

Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

28 comments:

  1. mungkin ada masalah kewangan atau masalah mental
    agaknya lah..tp kesian si kecil tu kan?

    ReplyDelete
  2. eee geramnya buat malu nogori den yo

    ReplyDelete
  3. dah takde perasaan kasih sayang lagi ke?..jika benar2 tak mampu blh hantar kerumah kebajikan bukan meninggalkan kanak2 itu ditempat2 yg tidak selamat..hu2x..

    ReplyDelete
  4. meh kita ikat n tggl kn dia dlm tandas...sbg hukuman!

    ReplyDelete
  5. apa sebab agaknya ya...
    nak buat si ibu merana ke..
    tak taulah apa nak jadi..

    ReplyDelete
  6. salam kak ros...

    tu diaaa... akhirnyee. tp atas sbb apa ye ? kita tggu je britaa psal nii

    ReplyDelete
  7. klau t.suka main buang je ank tu ye! cantik prangai


    moga mndapat hukumn yg s adilnya

    ReplyDelete
  8. kalau betul dia yg tinggal kan anak dia kat situ kira nasib baik jugak lah..dulu ingat tak kisah budak kecik yg dah di bunuh olh boyfren ibu dia dan ibu dia pulak buat laporan kata anak dia hilang pd hal dia tahu anak dia dh dibunuh olh boyfren dia sndr..ishh diaorg yg aniayakan anak ni memang kena hukum seumur hidup lah..takde hati perut

    ReplyDelete
  9. orang lain punyalah bersusah payah nak anak...dia boleh pulak tinggalkan anak...esok2 kalau anak tu berjaya, dia lagi terhegeh2 nak anak tu semula..

    ReplyDelete
  10. Kenapalah sanggup tinggalkan anak sendirian,perempuan pulak tu.

    ReplyDelete
  11. anak tu rezki ..
    alahai...ada pula orng tak nak ..

    ReplyDelete
  12. Salam eB,

    Tu la kan eB kita pun tak tau apa masaalah dia....tapi kan...kalau dah rasa tak mampu,bagi ja kat orang,jangan dok pi tinggal macam tu..iniaya namanya....

    ReplyDelete
  13. Salam Kasihibu,

    Kalau masaalah kewangan la...dia pi tinggal anak dia macam tu,rasanya Kak Ros tak boleh nak terima....pasai ada jalan lain lagi untuk menyelesaikannya,bukannya dok pi tinggal macam tu....

    ReplyDelete
  14. Salam Lya Colours,

    Betoi tu Lya...sabar ja lah, Kak Ros pun geram jugak ni......kita tunggu lagi cerita dia selanjutnya...

    ReplyDelete
  15. Salam Mama aini,

    Setuju sangat ngan mama....betoi tu...kalau disebabkan tak mampu....Kak Ros rasa la...bukan dia sorang saja,ramai lagi orang yang macam tu,tapi tak dak pun sampai nak tinggalkan anak depa lagu tu...

    ReplyDelete
  16. Salam Khairin,

    Emmm...bagus jugak la idea tu nooo Anies..baru la dia boleh rasa macam mana kena tinggal sorang2.....

    ReplyDelete
  17. Salam Anim,

    Kita tunggu cerita selanjutnya pasai mamat ni,Kak Ros pun nak tau juga apa masaalah dia ni...Cuma Kak Ros tak suka sangat dengan cara dan apa tindakan yang dia dah buat tu.....biar apa masaalah kita sekali pun,berpikir lah dengan waras...

    ReplyDelete
  18. Salam Idasm,

    Tu la kan Idasm...dia tak dak rasa simpati atau sayang sikit pun ka kat anak dia masa dia nak tinggalkan budak tu....

    ReplyDelete
  19. salam Cik Pipi Tembam,

    Waalaikumsalam...emmmm.kita tunggu saja la cerita mamat ni selanjutnya....tapi.....walau apa masaalah dia sekali pun,Kak Ros tak setuju sangat dengan tindakan dia macam tu...melainkan kalau dia gila....

    ReplyDelete
  20. Salam So shy Lady,

    Tu la kan,tak dak perasaan langsung..Tapi Kak Ros rasa mamat ni tak waras kut....

    ReplyDelete
  21. Salam saniah,

    Tu la kan Saniah...macam2 perangai manusia ni,dunia nak kiamat dah kut..sampai ada yang sanggup membela pembunuh anak sendiri..

    ReplyDelete
  22. Salam nuwairani,

    Kebanyakkannya manusia ni macam tu la nani.....bila masa menyusahkan depa tak mau,bila dah boleh bagi senang kat depa baru la depa sayang nak ambik balik....

    ReplyDelete
  23. Salam zaitun,

    Kak Ros pu heran jugak la zaitun..macam mana kita ni manusia yang tuhan bagi ada akal fikiran,perasaan kasih sayang,tapi sanggup buat perkara2 yang macam ni...

    ReplyDelete
  24. Salam Sal,

    Betoi tu Sal...rezeki yang paling tak ternilai sekali yang di anugerahkan Allah kat kita,patutnya kita bersyukur...

    ReplyDelete
  25. jangan la da orang seperti ini lagi di muka bumi ni..... sian anak tu ditinggalkan seorang diri...

    ReplyDelete
  26. Salam kazman,

    harapan kita macam tu la Kazman....nak kan semua orang ni baik2 belaka..semoga allah makbulkan niat kita ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails