Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 10, 2011

Istimewanya epal hijau


Salam,
    Kak Ros pi ke laman ni ,terjumpa lah  kisah mengenai epal hijau ,jadi Kak Ros letak lah kat sini untuk kita semua kongsi bersama...dua tiga hari ni kita dok makan daging ja kan,bagus jugak la kalau di sulam ngan buah epal hijau ni...bagus dan banyak khasiat dia,baca la kat bawah ni....

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah
:

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu kesihatan membran paru-paru.
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
Membantu mengekalkan berat badan.
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

32 comments:

  1. ms sy belajar dulu, cikgu ada kata, salah satu makanan yg boleh melumpuhkan ingatan ialah epal hijau...smpi skrg sy kalu nk mkn epal ni mesti tingat kata2 cikgu tu..wallahua'lam x tau betul ke x ;-)

    ReplyDelete
  2. Kakak suka kalau buat rojak buah masuk epal hijau banyak-banyak. Sedap dan rangup kan hihi...

    ReplyDelete
  3. KhaiRin..tentulah cikgu tu tak betul sebab..awak masih ingat pesan dia lagi..

    ReplyDelete
  4. kak ros, dulu masa saya dapat darah tinggi taim ngandung, ada sorang kenalan suh blend kulit epal ijau dan minum air nya..masam sangattt..

    ReplyDelete
  5. yhanx for the info... really like it... follow blog roa merah ini...

    ReplyDelete
  6. assalam ..thanks share info ni.. :)

    ReplyDelete
  7. saya bercadang nak diet dlm masa terdekat ni..hehe...

    tapi nak mkn epal hijau? huhu...masamnya....

    terus tak jadi nak diet...kehkeh...

    ReplyDelete
  8. air epal ni memang kegemaran anak2x kami..cuma kami je yg larat ke tidak nak order ...heee3x

    ReplyDelete
  9. Seorang guru tahfiz tak m'galakkan pelajarnya makan epal hijau krn makanan yg masam akan membuatkan kita cepat lupa... Wallahuaklam

    Salam ukhwah

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kongsi info.

    Kalau epal hijau ni kak Zai suka makan dengan garam hehehe...

    ReplyDelete
  11. sy kurag mkn epal hijau sbb masam.. tp kalau cicah dgn kuah rojak tu.. sedap..! hihii

    ReplyDelete
  12. salam kak ros...

    hehe epal hijau feveret tuu ! sbb dia masam2... kalau cicah kuah rojak tu meletop ! hahaha... suka suka !

    ReplyDelete
  13. kak ros..epal hijau ni kalu buat pai lyn suka tapi kalu makan gitu aje kurenngg sikit sbb lyn penakut massam hihihi dibuat jus lyn suke..

    ReplyDelete
  14. hehehehee
    epal ijau mang peveret!
    hehehe =]

    ReplyDelete
  15. Salam khaiRin,

    Mungkin ada betoi kata2 cikgu KhaiRin tu....Bagi pelajar2 yang nak menghafal kan,mungkin benda2 yang masam ni tak sesuai untuk pelajar...mungkin dia tak baik untuk minda tapi epal hijau ni banyak khasiat dia untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  16. Salam Kak zakie,

    Kalau bubuh dalam rojak memang sedap pasai dia masam...bila masuk ja dalam rojak, dia dah kurang masam dah...pas tu tetap rapuh pulak kan..tu yang lagi sedap tu....

    ReplyDelete
  17. Salam Puspawangi,

    Mungkin KhaiRin tak pernah makan kut epal hijau ni,sebab tu la dia ingat pesanan cikgu dia....

    ReplyDelete
  18. Salam Anaa,

    epal hijau ni memang sesuai sangat dengan darah tinggi.kalau kita ada darah tinggi amalkan selalu insyaallah darah akan turun macam biasa...

    ReplyDelete
  19. Salam Dwaty,
    sama2 terima kasih...

    ReplyDelete
  20. Salam MaMaAiNi,

    Sama2,kalau ada info yang baik insyaallah Kak Ros akan kongsi bersama, dengan semua....

    ReplyDelete
  21. Salam Wahida,

    Memang la masam,tapi yang masam ni la,bagi badan cepat turun....tak payah buang duit banyak2 dok pi beli ubat kurus dah.....

    ReplyDelete
  22. Salam Kazman,

    Ya ka....jus epal hijau ni memang sedap kan,kalau takat segelas tu memang tak cukup la....

    ReplyDelete
  23. Salam sudipVSsenduk,
    Ya mungkin ada betoi dia sebab benda2 yang masam ni tak baik untuk pelajar dan kita yang nak menghafal.....

    ReplyDelete
  24. Salam Zaitun,

    Sama2...Dengan garam atau pun buat rojak memang sedap....Kak Ros suka sangat.

    ReplyDelete
  25. Salam IntaNBerliaN,

    Kalau tak boleh nak makan macam tu saja, boleh makan dengan garam ka kuah rojak ka atau pun buat jus..kurang lah sikit masam dia tu....

    ReplyDelete
  26. salam Cik Pipi Tembam,

    Ooo...suka rupanya...Tu yang pipi pun dah macam buah epal tu....lincin ja.....

    ReplyDelete
  27. salam Lyn,

    Tu la... bagi sapa2 yang tak boleh nak makan macam tu ja pasai masam,epal ni boleh di pelbagaikan.....tapi kalau nak khasiat dia tu lebih,kena lah makan dia saja buah yang segar....

    ReplyDelete
  28. Salam aimie,

    Suka jugak..mesti kulit pun lincin ja ni....Kak Ros pun suka...

    ReplyDelete
  29. epal ijau ni sodap tpi penah baca yg klu ibu ngandung tak elok sgt sbb dia berasid sket pastu takut pd perkembanagn akal anak...wallahuallam..

    ReplyDelete
  30. thanks info ni... dela suka mkan dgn garam aja.....hhe

    ReplyDelete
  31. Salam MamaNoriz,

    Mungkin jugak...tapi ada seorang doktor beritau Kak Ros,masa kita mengandung ni selalunya kita rasa meloya,jadi kita nak cari benda2 yang masam,dia kata lebih baik kita makan epal hijau dari makan asam yang telah di jerukkan pasai dia semulajadi masam, tapi dengan syarat buang kulit dia dulu sebelum kita makan.Epal hijau ni jugak baik dari segi lain,seperti penjagaan kulit,menurunkan kolestrol,merawat sembelit,mengurangkan risiko barah,mengurangkan tekanan penyakit asma,mengurangkan risiko penyakit jantung dan banyak lagi khasiat dia....bagi anak2 yang tengah dok belajar ni ,bukan saja epal hijau ,malah semua benda yang masam ni tak boleh dimakan sebabnya mungkin mengurangkan daya ingatan depa...

    ReplyDelete
  32. Salam dalila,

    sama2...makan ngan kuah rojak pun sedap...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails