Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 10, 2011

Mesamah Daging

Salam,
       Nampak sedap dak resepi ni,...?Kak Ros pun nampak sedap jugak sebab tu la Kak Ros letak kat sini, kut2 la ada sapa2 yang nak mencubanya..Ni bukan resepi Kak Ros pun, Kak Ros dapat kat sini


Bahan-bahan:

1 kg daging lembu - dipotong 10 ketul & dibersihkan
1 paket kecil rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kas-kas
3 sudu besar kerisik
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
6 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
200 gm santan pekat
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Daging digaul dengan rempah kari daging, kas-kas dan kerisik, kemudian diperap selama 15 minit

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mayang, kulit kayu mais, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau sehingga naik aromanya.

3. Masukkan campuran daging dan kacau rata hingga pecah minyak.

4. Bila daging empuk, masukkan santan, garam dan gula. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah pekat barulah diangkat.

30 comments:

  1. Assalam Ros,
    memang nampak sedaplah resepi Ros hari ni... merah menyala membangkitkan selera!

    ReplyDelete
  2. serbuk kas2?ape tu kak?
    hehehee
    cm menarik hidangan ni
    sedap nyeeeee =]

    ReplyDelete
  3. ohh..dh tawu dh..dh tye mak,.,hehehe
    cm nak buat kurma tu
    hehehehe

    ReplyDelete
  4. kena la tumis lama sikit kan daging tu.. takut tak empuk lak.. saya kadang2 rebus dulu daging, kasi betul2 empuk baru digulai/digoreng...

    ReplyDelete
  5. terliur mama tgk lauk daging tu..he2x..thanks share resepi..nanti mama try masak !!!..

    ReplyDelete
  6. tumis itu enak. pasti kenyang saya makan

    ReplyDelete
  7. k.ros..jumpa resepi sama cam blog akak...tapi atas nama"sebutir aje"..
    blog k.ros gak ke?

    ReplyDelete
  8. Daging dalam fridge ada lagi nanti kak Zai nak cuba.

    ReplyDelete
  9. kak..bla lg nk hntr tu...nasi sy da siap msk...hehehe

    ReplyDelete
  10. sungguh menyelerakan! daging kalau masak dengan kerisik dah dapat agak macam mana kesedapannya...

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhhhhhhh. tq share yer. i lioke :)

    ReplyDelete
  12. memang nmpak sedap....boleh try buat jugak ni....

    ReplyDelete
  13. Memang sedapla bila dah tengok resepi tu.. rasanya bahan ada kat dapur tu.. ada can cuba ni..

    ReplyDelete
  14. Salam Amie,

    Masak samah ni memang sedap,sementara daging tengah banyak kan la ni..boleh la buat..

    ReplyDelete
  15. Salam aimie,

    Baru nak bagi tau,dah tau kan apa tu kas2,la ni boleh la try masak.....

    ReplyDelete
  16. Salam Anaa,

    Betoi tu kena masak lama sikit,kalau tak nanti daging tu tak empuk pulak....

    ReplyDelete
  17. Salam MaMa,

    sama2..try lah mama resepi ni memang menyelerakan...tambahan pulak la ni kan daging tengah banyak....

    ReplyDelete
  18. Salam rusydi hikmawan,

    Ya rusydi...semestinya enak,cuba la resepi ini,pasti perut sentiasa kenyang.

    ReplyDelete
  19. Salam Anim,

    Betoi tu ,Sebutir ni blog Kak Ros jugak...Masa sebutir dulu,selalunya che abang Kak Ros lah yang dok masuk,pasai Kak Ros sibuk...Tapi semenjak sebutir ditukar kepada Ros ni...memang Kak Ros lah sepenuhnya...tak dak campur ngan sapa2 dah....

    ReplyDelete
  20. Salam zaitun,

    tu yang Kak Ros boh resepi daging tu....pasai kita kan tengah banyak daging la ni.....try la sedap....

    ReplyDelete
  21. Salam Iffah,

    Memang pun,sekali tengok nampak macam rendang kan.......Tapi rendang ni kita masuk serai,lengkuas,halia,cili kering dan daun kunyit.rendang kita tak guna rempah kari daging..nampak sama kan tapi rasa dia tak sama....try la..sedap ni.

    ReplyDelete
  22. Salam Khairin,

    la...Khairin tak dan nak hantar,dah habis..he.he..sedap sangat..

    ReplyDelete
  23. Salam Nuwairani,

    Betoi tu nuwairani....ni mesti selalu dah dok makan masakan daging yang macam ni...tu yang boleh agak rasa dia macam mana tu....

    ReplyDelete
  24. Salam eB,

    Sama2,sedap ni...eB macammana...

    ReplyDelete
  25. salam Mulut Payau,

    Silakan MP,sementara daging tengah banyak ni...cuba la memang sedap....

    ReplyDelete
  26. Salam che mid,

    Apa dok tunggu lagi ..Kalau semua bahan dah ada lagi la senang,boleh terus masak ja....

    ReplyDelete
  27. salam.. 1st time dgr nama lauk nih..
    thanks for d recipe

    ReplyDelete
  28. Ros, kak ina dah follow blog jemputlah follow blog kak ina ye...terima kasih. dairisally.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. lama sy cari resepi ni, br jumpa.masa study kat usm dulu roommate selalu bawa dr kg.katanya masakan ni lauk istimewa org kedah.memg sdp.sampai skrg teringat2.x sbr nak cuba msk ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails