Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 1, 2011

Asam pedas

salam,
   Hari ni Kak Ros nak masak ringkas saja ,masak asam pedas ikan ,Kak Ros rasa semua orang dah tau macammana nak masak asam pedas ni kan, tapi tak pa la.... saja ja Kak Ros nak letakkan resepi ni kat sini.

Kak Ros ambik gambar ni dalam Google,Kak Ros tak dak gambar sendiri.......


Bahan bahan:
 Ikan  (tak kira lah ikan apa pun)Kak Ros guna ikan merah.
 15 batang cili kering (ikut kepedasan masing masing)
1 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
6 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar *  
Sedikit belacan yang telah di bakar.*
Danu kesum
Sebatang serai.
Bunga kantan,
Bendi.
Air asm jawa 
Gula 
Garam 

Cara cara:
Bersihkan ikan dan ketepikan.
Cili kering ni di buang bijinya dulu,kemudian di rebus sekejab,setelah dia lembut,angkat dan toskan,kemudian kisarkan  bersama dengan semua bahan yang ada tanda bintang tu, masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air,masak di atas api yang sederhana, Kak Ros tak timis asam pedas ni ,pada sapa sapa yang nak menumis tu terpulang lah. setelah mendidih masukkan ikan,air asam jawa,daun kesum bunga kantan,serai yang telah diketuk bendi,garam dan sedikit gula. Biar seketika, rasa dulu apa yang patut,kalau dah ok bolehlah tutup api, siap untuk di makan.



18 comments:

  1. alamakkk... baca time2x nak rehat makan tengahari ni terus lapar melanda...emmmmm....sedapnyaaa....

    ReplyDelete
  2. tgn mmmg gatai je ni
    ala xske asm pds

    ReplyDelete
  3. Ros..lapo ni..acik suka asam pedas..
    tapi masak..kurang pandai..
    nak makan asam pedas..acik beli kat kedai..

    ReplyDelete
  4. Febret ma jugak tuuu..! Suka yang pedas2...!

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas...tapi saya jarang2 buat..anak tak makan yg pedas2...

    ReplyDelete
  6. Salam Kazman,

    Asam pedas ni makan time tengah hari memang terangkat tambah pulak ada ulam ngan sambal belacan...

    ReplyDelete
  7. Salam Wan Habibih,

    Dah lapar tunggu apa lagi ..jum kita makan.

    ReplyDelete
  8. Salam Chit Att,

    Feberet Kak Ros jugak....Kak Ros memang suka yang pedas pedas menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. Salam Iffah Afeefah,

    Tak suka asam pedas....?rugi tau...

    ReplyDelete
  10. Salam Acik,

    Lapar ka...?jom makan..Kak Ros pun bukan nya pandai masak jugak main campak campak ja ...

    ReplyDelete
  11. Salam Kamariah,

    Yang pedas ni memang menyelerakan ,Kak Ros pun suka yang pedas pedas jugak,kalau makan tak pedas rasa macam ada yang tak kena ja....

    ReplyDelete
  12. Salam mulut Peyau,

    Ya la kan budak budak ni mana depa suka makanan yang pedas,anak Kak Ros yang sorang tu pun macam tu jugak,kalau Kak Ros masak yang pedas, mesti Kak ros kena masak satu lagi menu yang tak pedas..

    ReplyDelete
  13. sedap betul asam pedas tu..resepi lebih kurang asam pedas melaka....cuma belacan tak dibakar aje...pekat aje asam pedas tu kak rose...

    ReplyDelete
  14. Salam anitadiana,

    Ya ka..?Kak ros memang suka asam pedas yang pekat sikit...kalau makan ngan ulam dan sambai belacan lagi terangkat....

    ReplyDelete
  15. ni cam asam pedas johor plus melaka ek..

    sbb melaka suka bunga kanatn tpi belacan tak bakar..

    johor tak suka kantan tpi belacan nye di bakar..

    harus cuba ni...
    nmpak mmg mabeles!

    ReplyDelete
  16. Salam mama Noriz,

    Ya ka...ha.a mai sini campur ngan penang pulak,mesti terangkat punya.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails