Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 28, 2011

Sayangilah rambut kita

Salam,
 Sebahagian daripada kecantikan orang perempuan ni adalah rambut,walaupun kita memakai tudung tapi kita tetap nakkan rambut yang lebat,hitam berkilat,lembut dan sudah semestinya  kita maukan rambut yang sihat kan.....Jangan dok jaga kulit badan ngan muka ja,rambut dan kulit kepala pun amat penting  kena jaga jugak...
Keindahan kulit kita dari hujung kepala sampailah ke hujung kaki akan mencerminkan kesihatan kita. Rambut yang kusam tidak bercahaya dan bercabang di hujungnya menandakan rambut kita tak sihat. Masaalah rambut ni disebab kan pola pemakanan yang tidak baik,ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut yang kurang sesuai.
Secara amnya..rambut yang normal dia akan tumbuh diantara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut kita ni mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan,tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa dalam 100 hari.
Waktu rambut kekal kat kepala kita ia boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut yang luruh pulak sebanyak 40 hingga ke 100 helai sehari.Tapi ni boleh dikatakan masih normal lagi..Tapi kalau rambut kita luruh lebih daripada 100 helai sehari,memang ada masaalah lah ni....kita mesti lah buat sesuatu kat rambut kita....takkan la kita nak kera kut berapa lai rambut kita luruh tiap2 hari kan....kita agak2 sudah la...kalau segenggam tu ada la 100 lai kut nooo....

Rambut ni ada 3 jenis semuanya iaitu:


1. Rambut berminyak

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan,sehingga rambut kelihatan berminyak,basah dan melekit pasai minyak terlalu banyak,mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut,selalunya dia tak akan kekal lama pasai strukturnya cepat berubah. Satu cara nak jaga rambut yang macam ni dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara memcuci rambut dengan kerap.



2. Rambut normal
Rambut jenis ni pulak memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut kita tak kan cepat kotor dan kembang.Rawatan untuk jenis rambut ni juga cukup mudah,cuci saja dengan menggunakan syampo dan gunakan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.




3. Rambut kering
Rambut jenis ni pulak selalunya nampak kembang,kering,suram dan mudah rosak. Ni disebabkan kandungan minyak kat kelenjar lemak sangat sikit dan kurang aktif. Rambut jenis ni jugak cepak kusut,batang rambut rosak dan hujung rambut kita akan pecah apabila disikat dan jugak diikt dengan kuat.Terlalu kerap menggunakan syampo dan pengering rambut jugak menyebabkan  rambut menjadi rapuh. 
Selalunya la masaalah orang permpuan ni adalah kelemumur dan keguguran rambut,tapi ramai yang tak tau punca sebenar masaalah ni kan....Kelemumur ni selalunya terjadi kat kulit kepala kita yang sudah mati,kering dan bersisik. Terjadi pengelupasan kulit kepala normal sekitar 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur ni jugak boleh tumbuh kat semua jenis rambut. Ini bukannya penyakit,tapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur ni banyak dok terjadi kat remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tak dak langsung pada usia tua.
Selalunya perempuan selepas bersalin,akan mengalami keguguran rambut yang serius.Namun kehilangan rambut disebabkan faktor ni tak akan kekal lama dan ia akan berubah.
Rambut luruh ni selalunya disebabkan faktor keturunan dan genetik,perubahan hormon,serangan kulat atau pun  bakteria,menggunakan syampo yang tak sesuai ngan rambut,tekanan perasaan dan diet yang tak seimbang tampa pengambilan karbohidrat,vitamin dan protien,pengambilan vitamin A yang berlebihan,kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna,mencelup,melurus atau kerinting rambut.

Cara atasi rambut yang gugur.
Kalua rambut kita selalu ja luruh,ini bermakna rambut kita ni kering dan kurang vitamin E.Untuk mengatasi masaalah yang macam ni,lumurkan minyak bijan kat kulit kepala sebelum kita masuk tidur.Syampo dan basuh rambut sampai bersih pada keesokkan paginya.

Penjagaan rambut yang betoi
1. Setiap kali kita mencuci rambut,pastikan syampo benar2 bersih,pasai kalau cuci tak
    bersih boleh  menyebabkan rambut berkelemumur.
2. Urut kilit kepala perlahan lahan ketika bersyampo supaya aliran darah dapat    
     berjalan dengan lancar dan jugak menyihatkan akar rambut...
3. Menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah boleh menyebabkan kelembapan
    rambut hilang dan rambut menjadi kering.
4. Selepas kita bersyampo,gunalah perapi rambut .Tak kira lah  lelaki ka,                            
    permpuan ka semuanya harus menggunakan perapi rambut untuk
    melembabkan rambut..
5. Elak kan rambut kita dari terlalu kena cahaya matahari,pasai dia boleh merosakakn
    struktur rambut.
6. Makan makanan yang berkhasiat,bersenam dan jangan merokok.
7.Seminggu sekali amalkan mengguna daun bunga raya atau pun santan.Ramaskan  
   daun  bunga raya sampai keluar lendir dia,pas tu lumurkan rata di atas kepala
    hingga kena  kulit kepala  dan urutlah pelan2,biarka dua tiga jam
    barulah di bilas ngan air yang bersih.Santan pun buat macam tu la jugak...        



36 comments:

  1. salam kak ros. bagus sgt tips ni. saya pon tak tau rambut saya kategori apa. hehe normal kot. alhamdulillah takde masalah sgt

    ReplyDelete
  2. betul tu kak, kadang2 wanita bertudung selalu lupa nak jaga rambut. tp ida setakat ni alhamdulillah selain muka, rambut pun sentiasa dititikberatkan...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,bagus tips ni...tapi cara jaga rambut yang paling afdal ialah dgn pakai tutup kepala,
    terhindar dari dosa dan azab api neraka....

    ReplyDelete
  4. rambut gugur dlm 100 helai sehari tu masih dikira normal ye kak..

    seb baik..huhu

    ReplyDelete
  5. salam. bagus tips k.ros beri..
    dek kerana nak kejar masa..
    kdg2 banyak step k.ros beri ni..
    kena skip

    ReplyDelete
  6. terima kasih Kak Ros,
    rambut Amie kategori berminyak... memang selalu kena cuci, paling lama pun 2 hari...dan setakat ni belumlagi berumpun-rumpun rambut atas kepala,
    tips bubuh minyak bijan tu...teringin nak cuba, bukannya susahkan kak, lumur je minyak bijan...minyak bijan yang kita guna dalam masakan tu ke...

    ReplyDelete
  7. Bagus tip ni Ros, ye lah ummi tak pernah pulak guna minyak bijan, boleh jugak cuba ni..

    ReplyDelete
  8. rambut sy tergolong dlm kategori kurang vitamin / kering. tgh merancang nk potong walaupun rs syg (da smpi paras pinggang da)

    ReplyDelete
  9. biasa nya pmpuan je yg amek berat pasal rambut..lelaki tu kurang la..budak2 muda plak,jnji dpt pacak2 sudah..

    ReplyDelete
  10. salam Rose..masa anak dara dulu masa dok kg rajin ramas daun bunga raya sapu kat rambut...skrg ni payah nk cari daun bunga raya,kt kg pon pokok bunga dah mati :D

    ReplyDelete
  11. thanks kongsi tips yer kak rose... macam sy ni mmg ada mslh rambut gugur pun... berlambak2... kalau time mandi... bukan main byk rmbut gugur

    ReplyDelete
  12. thnks share kak..tengok org dulu jage rambut guna cara tradisional santan,minyak kelapa..lebat n hitam rambutnye kan ...

    ReplyDelete
  13. Yuhuu...salam kunjungan balas gitu..emm pucuk dicita la..memang tengah risau wambut manyak gugur..thanks tips dan petua..muahh!

    ReplyDelete
  14. yang pasti kak Ros, lps bersalin confirm rambut gugur dengan meriahnya.. kekeke .. baru je hbs episod rmbut gugur..

    ReplyDelete
  15. dahsyat betul rambut kering tu ek..
    rambut itu mahkota wanita.. jagailah ia.. :D..

    tp kan.. walaupun jaga sehabis daya.. huhuhu.. x dapet jugak seperti yang dicita.. sob3x..

    ReplyDelete
  16. thanks share info ni..walaupun bertudung kesihatan rambut kena juga dijaga..hu2x..

    ReplyDelete
  17. guna kelapa ke santan pon blh lebatkan rambut..org la kata..heee

    ReplyDelete
  18. Salam Lya,

    Waalaikumsalam Lya....kalau dah tak dak masaalah tu,kira ok lah noo......terus amalkan macam biasa penjagaan rambut tu....insyaallah akan kekal sihat dan cantik..

    ReplyDelete
  19. Salam idasm,

    Betoi tu idasm...selalunya kita ingat bila dah pakai tudung, sapa yang nak tengok lagi rambut kita ni..jadi tak payah nak jaga,salah tafsiran tu....wanita bertudung lah lagi kena jaga kulit kepala dan rambut pasai rambut kita ni sentiasa di tutup..jadi kulit kepala kita akan menjadi panas dan berpeluh pasai udara tak boleh masuk....

    Alhamdulillah...bagus la kalau macam tu idasm....terus amalkan...

    ReplyDelete
  20. Salam MOBYDICK,

    Salam ziarah jugak dari Kak Ros...Ya betoi tu MOBYDICK...Kak Ros setuju sangat2...

    ReplyDelete
  21. Salam Ungu Violet,

    Ya betoi tu Ungu Violet...tapi kalau lebih dari 100 helai tu kira ada masaalah lah..

    ReplyDelete
  22. Salam Anim,

    Tak pa la Anim...ambik saja yang penting2 dulu,nanti kalau ada masa tu Anim boleh la baca yang lain....

    ReplyDelete
  23. Salam Amie,

    Sama2 Amie...rambut berminyak ni masih boleh dikirakan normal...teruskan penjagaan macam selalu...

    Betoi tu Amie,minyak bijan yang kita dok guna dalam masakan tu lah...

    ReplyDelete
  24. Salam Ummiross,

    Ya cuba la Ummiross...insyaallah rambut akan jadi lebih sihat dan cantik..

    ReplyDelete
  25. Salam Khairin,

    ya ka Anies...rambut kalau dah rosak memang kita kena buang sikit kat hujung dia tu...tak pa la Anies... jangan dok risau,nanti dia boleh panjang balik.Cuba la tip yang Kak Ros bagi ni Insyaallah...masaalah rambut Anies ni akan hilang.

    ReplyDelete
  26. Salam Jones,

    Tu la masaalahnya,Betoi tu Jones...Sebenarnya orang lelaki ni pun mesti kena jaga kulit kepala dan rambut jugak walaupun rambut depa pendek..Kalau rambut terpacak cantik,tapi kelemumur banyak kat atas kepala tu nak buat apa kan...

    ReplyDelete
  27. Salam azatiesayang,

    Memang pun,kita dulu ni selalunya dok guna daun bunga raya,sejuk ja kulit kepala kan..tak pa la,kalau dah tak dak daun bunga raya,azatiesayang bolehlah jugak cuba ngan benda2 yang lain seperti santan ka ataupun minyak bijan ka..insyaallah berkesan...

    ReplyDelete
  28. Salam IntaNBerliaN,

    Sama2 IntaNBerliaN....Kalau macam tu Intan boleh la cuba tip yang Kak Ros bagi ni..amalkan selalu insyaallah lepas ni tak dak lagi masaalah rambut gugur...

    ReplyDelete
  29. Salam Cik tikah,

    Sama2 Cik tikah, kalau Kak Ros ada info apa yang menarik dan berguna tu,insyaallah Kak Ros akan kongsi bersama....kat sini..

    ReplyDelete
  30. Salam Tiramisu Fatiema,

    Sama2......Betoi tu Tiramisu Fatiema...sebab tu la rambut depa sihat,cantik dan kuat sampai ke tua...

    ReplyDelete
  31. Salam CA,

    Sama2 CA....Emmm...dah dapat tip ni nanti cuba lah....lepas ni tak payah dok risau lagi dah dengan masaalah rambut dan kulit kepala ni kan....insyaallah berkesan..

    ReplyDelete
  32. Salam Anaa,

    Memang betoi pun Anaa...mungkin disebabkan rawatan kita dalam pantang ni, badan kita menjadi panas... pasai tu la rambut kita mudah luruh...

    ReplyDelete
  33. Salam LadyBird,


    Mungkin dia tak jaga dan tak ambik berat langsung kut ngan rambut dia ni, pasai tu la yang jadi kering sampai macam tu...kalau kita dok amal kan penjagaan rambut dengan teratur dan betoi insyaallah kita akan mendapat hasil yang memuaskannya nanti.....

    ReplyDelete
  34. Salam mama aini,

    Sama2....betoi tu mama...tak semestinya kita dah pakai tudung ni,rambut tak payah dok jaga..salah tu....mesti kena jaga jugak kan mama.....

    ReplyDelete
  35. Salam Juliet_ira~",

    Betoi sangat tu Juliet ira....bahan tu adalah salah satu rawatan yang sangat berkesan untuk kulit kepala dah rambut....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails