Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 25, 2011

Tahniah kat depa ni

Salam ,
Tahniah buat Along Raja lawak dan isterinya Zila,yang kini telah bergelar ibu dan ayah....Sebelum ni tanggungjawab kita hanya untuk suami atau isteri saja  ,dan la ni dah bertambah lagi satu ahli keluarga dalam rumah kita,bermakna bertambah jugak lah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa pulak kan......harapan Kak Ros la kat depa ni semoga depa ni akan menjadi ibu dan ayah yang baik dan jugak yang penyayang....

Oleh KEMALIA OTHMAN

Along Raja Lawak dan Isteri Zila

SUBANG JAYA: Pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak mengakui lebih menghargai pengorbanan seorang wanita selepas melihat penderitaan isterinya, Zila AF4 melahirkan anak sulong pada 12 November lalu.

Kata Along, pengalaman tersebut telah menginsafkan dirinya untuk menjadi seorang anak dan suami yang lebih baik.

"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu.
"Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidka pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu.
"Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut," katanya ketika ditemui di sidang media, Anugerah Bintang popular, di sini, Rabu.

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2 petang dengan berat 2.5 kilogram.

Bayi yang diberi nama Ahmad Danial itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Bangi.

Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.

"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.
"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.

Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.

17 comments:

  1. Alhamdulillah.. dah selamat bersalin.. dulu berdua, kini bertiga.. the more the merrier.. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah buat along & isteri..semuga rezeki nya akan bertambah juga..

    ReplyDelete
  3. maka bertambah la jg tanggungjawab...tahniah!

    ReplyDelete
  4. lain rupa zila..semoga mereka bahagia hingga akhir hayat agar dpt mdidik anak mereka dgn baik

    ReplyDelete
  5. tahniah untuk along dan zila
    selamat menjadi ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  6. Dah bertiga...semoga akin bahagia hendahnya...

    ReplyDelete
  7. Salam Lya Colours,

    Memang pun Lya....Sapa pun suka kan kalau dapat baby...melainkan orang yang bodoh saja tak suka ngan baby ni.....

    ReplyDelete
  8. Salam anaa,

    Emmm...Ahli keluarga dah bertambah..jadi tanggungjawab pun mesti bertambah la sikit kan.....

    ReplyDelete
  9. Salam mama aini,

    Harapan kita ni macam tu la mama noooo....nak tengok semua orang hidup senang dan bahagia....

    ReplyDelete
  10. Salam Khairin,

    Betoi tu Anies....dah allah bagi amanah kat kita....jaga da didiklah dia baik2.....

    ReplyDelete
  11. Salam Acik,

    Ya.....tahniah untuk depa berdua...harapan,peliharalah amanah allah ni sebaik baiknya....

    ReplyDelete
  12. Salam Kasihredha,

    Emm....muka artis ni besa la,bila dah tak dak langsung alat solek kat muka tu...Kak Ros pun berharap macam tu la jugak....

    ReplyDelete
  13. salam Sal,

    Bahagia sungguh rasanya bila kita dapat gelaran sebagai ibu ni ka....bagi sapa2 yang tak diizinkan tuhan lagi nak jadi ibu tu,bersabar la ya.....allah tu maha pengasih dan penyayang...

    ReplyDelete
  14. salam ainnoraini,

    Emmm...harapan kita ni macam tu la ainnoraini kan....

    ReplyDelete
  15. tahniah, anak adalah anugerah yang begitu besar nikmatnya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails