Sahabat adalah perisai diri

Sunday, November 20, 2011

Takut lah dekat Allah....

Salam,
  Setakat nak nasihat saja kat depa ni,nak buat apa ,bukannya depa nak dengar. Memang la tak melanggar undang2,tapi perbuatan hampa ni salah dari segi hukum agama islam,tak kan tak tau kut....haram bagi orang perempuan  islam yang mendedahkan aurat dia di khalayak oarang ramai. Baik toksah jadi orang islam,kalau  tak mau tau semua ni ,dan pakaian pun dah macam orang kafir. Tu la kan....nak marah kat depa ni pun tak boleh la jugak pasai yang bukan masuk betanding ratu cantik ni pun...berlambak yang pakai macam ni. lebih teruk lagi daripada ni pun ada.. Patutnya diharam kan terus kat mana2 waniya islam yang ingin berpakaian mededahkan aurat ni dan pada mana2 wanita islam yang ingin menyetai pertandingan macam ni,bukannya bagi nasihat saja... Tindakkan yang wajar patut diambil keatas sapa2 yang berdegil bukan biarkan saja.
  Kak Ros tak faham la....kat negara kita ni,nama saja negara islam tapi  tak boleh nak buat apa pun dengan perkara2 yang macam ni....
 
Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.

Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.
Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.

Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

19 comments:

  1. salam kak ros..

    hurmmm.. orang da tegur dan kita da melaksanakan tanggungjawab sesama muslim, kalau dia still tak mau berubah/ikut, tu antara dia dengan Allah.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka ya kak ros..

    ReplyDelete
  2. semoga diberi hidayah...Nauzubillah

    ReplyDelete
  3. pasti ada kelemahan di sana sini...
    baca pada jawapan jais menunjukkan kuasa yg ada padanya amat terbatas, nanti dia kata dia, dia kata dia lalu berulang terus kisah bangau oh bangau...

    hmm...

    apapun terimakasih sudi follow blog saya ya, jzkk.

    ReplyDelete
  4. Hmm.., kalau tak tahu, dah pun diberitau. Kalau dibiarkan, dah tentulah kita menanggung dosa bersubahat, tapi kini dah dinasihat, tak ambil peduli jugak.. JAIS dah jalankan tanggung jawabnya, alhamdulillah... selamatlah JAIS...

    ReplyDelete
  5. JAIS dah laksanakan tanggungjawab. tp lebih elok kalau pertandingan mcm ni tidak dibuka buat org islam.

    ReplyDelete
  6. Salam Fatin,

    ya la Fatin depa dah laksanakan tanggungjawab depa...tapi Kak Ros
    rasa kan,sepatutnya kita ni negara islam,tak kan takat tegur ja kut..sepatutnya depa ni kena buat sesuatu yang lebih,supaya tak dak lagi wanita islam yang berani mendedahkan aurat sampai macam ni...memang la dosa depa ngan tuhan,kita pun dah lepas dah tanggungjawab kita pasai dah tegur depa...tapi macam mana pulak ngan pegaruh depa ni kat budak2 yang baru nak besar ni.....

    ReplyDelete
  7. Salam Kasihredha,

    Emmm..semoga allah buka hati depa kepangkal jalan...dunia ni hanya pinjaman saja...tak dak apa pun yang kekal melainkan allah...

    ReplyDelete
  8. Salam Queenie,

    Betoi Queenie...tu yang kak Ros dok kata tu...Bab2 hukum dalam islam ni patutnya JAIS tak boleh ada hat batas dia...Kalau kita tegur,depa tak mau dengar,pas tu kita lepaskan macam tu saja,tak ambik tindakkan apa2 pun kat depa...rasanya apa nak jadi kat negara kita ni dan anak2 dara kita yang baru nak kenai dunia ni....

    ReplyDelete
  9. Salam Kamariah,

    Ya la Kamariah...tapi Kak Ros rasa kan... elok lah kalau depa buat undang2 jangan buka langsung pertandingan2 yang macam ni kat wanita islam...lagi baik kan...

    ReplyDelete
  10. Salam idasm,

    Betoi tu,Kak Ros setuju sangat,untuk kebaikan anak2 semua dimasa depan...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Ros,institusi atau badan agama yang dilantik tidak mempunyai kuasa yang mutlak dengan adanya campurtangan orang2 tertentu,penerangan sahaja tak mencukupi tanpa penerapan nilai2 islam didalam sesebuah kerajaan....so saya cadangkan laksanakan undang2 islam sepenuhnya...

    ReplyDelete
  12. bila Islam hanya pd nama, bukan penghayatan maka ginilah jdnyer, k ros. plus ader plaks yg dok 'sokong membw rebah' so ada 'complete package' ah. plus lagik, 'mak' kita yg kt 'atas' tuh pon mmg 'berjambui' so 'anak2'nyer apertah lagik...kan3?

    ReplyDelete
  13. assalam ros..dier org ni dah tak pedulikan hukum hakam ugama lagi..dunia dah hampir akhir zaman..
    org2 islam dah semakin longgar pegangan ugamanya..hu2x..

    ReplyDelete
  14. Mana silapnya? Didikan @ faktor persekitaran? Doakan semoga mereka diberi hidayah dan bertaubat atas kesilapan mereka.

    ReplyDelete
  15. Salam MOBYDICK,
    Waalaikumsalam...Betoi tu..kak Ros sokong sangat..perkara ni semuanya bersangkut dengan agama kita ..mana boleh kita buat main2...

    ReplyDelete
  16. Salam Akuzle ayu,

    Tu yang masaalahnya islam otometik ni ayu oi....kalau mak pun dah berjambul anak2 ni lagi2 lah berjambulnya....Adoih....

    ReplyDelete
  17. Salam mama aini,

    Waalaikumsalam..Tu la kan mama...ni lah jadinya kalau dah tak boleh nak buat apa....hanya sekadar boleh tegur saja...

    ReplyDelete
  18. Salam Anim,

    tu la kan Anim..sama2 lah kita berdoa semoga allah bukak hati2 depa.. yang rasanya dah terpesong jauh ni....

    ReplyDelete
  19. allah pun tak suka org yg suka nak mgutuk,,,doakan saja lah agar dia org tu insaf,,,jgn d tambah aib kat dia org tu,,,,berdosa tau

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails