Sahabat adalah perisai diri

Saturday, November 26, 2011

Tom Yam Thai

Salam,
  Kak Ros harap semuanya sihat2 ja pagi ni......Hari ni semuanya ahli keluarga Kak Ros ada kat rumah, cuti...suka sangat Kak Ros boleh dok berimpun dengan depa semua macam ni...Maklum la kan...bukannya  selalu dapat bersama lagu ni ngan depa,ya la....dah masing2 ada yang kerja la,ada yang belajar la.....jarang sangat nak boleh jumpak ngan semua macam ni....Jadi hari ni Kak Ros bercadang  nak masak Tom Yam  la....sebelum tu Kak Ros nak letakkan dulu resepi dia kat sini,boleh la kita pakat sama2 masam Tom Yam ni hari ni....Jom......

Ehsan dari google.
Bahan bahan:
Untuk perncah Tom Yam:

1. 6 ulas bawang merah.*
2. 2 biji cili merah.*
3. 7 biji cili kering(ikut kepedasan masing2)*
4. 1 inci lengkuas.*
5. 2 batang serai.*
6. 1 sudu besar udang kering.*
7. 4 helai daun limau purut.*
8. 1 inci belacan di bakar dulu sikit.*
9. Air asam jawa,gula dan garam.

Untuk Sup Tom Yam:

1. Seekor ayam.
2. 7 ekor udang.
3. 4 ekor sotong.
4. 1 labu bawang besar di potong 6.
5. 5 ulas bawang putih di ketuk.
6. 1 inci lengkuas di ketuk.
7. 2 batang serai di ketuk.
8. sebatang lobak merah,bunga kubis,putik jagung dan cendawan.(ikut suka la nak bubuh
    banyak mana)
9. 6 helai daun limau purut.
10. 2 biji buah tomato(potong ikut suka lah)
11. 1 ketul kiub tom yam.
12. 1 sudu besar sos ikan
13. 2 bijik limau nipis(ikit suka lah nak masam macammana)
14. 3 sudu susu cair / susu sejat.
15. 6 cili padi di ketuk(ikut kepedasan masing2)
16. Garam dan daun ketumbar.

Cara cara:
   Kisar semua bahan yang bertanda ngan bintang tu. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa. Masak lah sampai dia menjadi pes.
 
 Untuk Tom yam pulak,rebuskan ayam beberapa minit,lepas tu,masukkan bawang besar,bawang putih,daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas. lepas tu masukkan sotong,udang,biarkan sebentar. Dah agak masak,baru lah kita masukkan kesemua sayur sayuran tadi.
   
Kemudian masukkan pes Tom Yam yang kita dah buat tadi,ikut suka  lah nak bubuh banyak mana pun pes Tom Yam tu,masukkan sos ikan,perahan limau nipis dan sedikit garam.
Akhir sekali padamkan api..masukkan susu cair dan daun ketumbar.    

Ok... ni la resepi dia...jom kita pi buat sama2......

34 comments:

  1. Salam kenal juga,sedap!,tapi saya suka yg plain2 je..tak ada susu..

    ReplyDelete
  2. Assalam Ros,
    nak tumpang semangkuk air tangan Ros... baca bahan-bahannya tu dah terbayang kesedapannya!

    Salam Maal Hijrah Ros...

    ReplyDelete
  3. tengok bahan2 tu dah tau sedap..nampak kuah mcm pekat je.saya ambik resepi ya kak ros..dah tergoda dgn tom yam kak ros nih.

    ReplyDelete
  4. sy msk tom yam segera je...almaklum la malas..hehehehe
    tq 4 sharing

    ReplyDelete
  5. ptt la rs lemak2 je..hee

    nmpk sedappppppp!

    ReplyDelete
  6. hari ni ati cuti
    blogging dan masak ..hehe

    cuma nk buat kek utk majlis esok :)

    ReplyDelete
  7. Semalam kak Zai masak mee tom yam tapi agak berbeza dengan yang Ros masak.

    ReplyDelete
  8. sedapnya tomyam tu..sambil terliur tgk pic.tomyam kat sini..thanks share resepi nanti mama try ya !!!..

    ReplyDelete
  9. biasalahlahkan cuti2, memerap kat rumah buat perut sentiasa lapar...yatie pun baru semalam buat tomyam...emmm...yam yam

    ReplyDelete
  10. tomyam.... kegemaran si isteri tu... si suami sampai naik jemu tapi dia tetap dengan tomyamnya...heee3x

    ReplyDelete
  11. bestnyer....saya suka jgk masak tom yam....

    salam maal hijrah 1433, semoga hidup kita mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  12. sedapnya..
    clear pula gembarnya..
    macam real kat depan mata..

    salam maal hijrah..
    moga dpt kita menghayati rohnya..

    ReplyDelete
  13. Salam cinnamon.com,
    Ya ka...tak pa la...tapi Kak Ros ni,asalkan Tom Yam yang mana2 pun Kak Ros suka...sedap...

    ReplyDelete
  14. Salam Zureen,
    Emmm... makan panas2 time hujan turun pulak Zureen,aduh... memang sedap.

    ReplyDelete
  15. Salam Amie,
    Waalaikumsalam..boleh2 apa salahnya Amie silakan...Salam Maal Hijrah jugak dari Kak Ros.

    ReplyDelete
  16. Anymz,

    ya..silakan la Anymz... memang nampak pekat sikit kuah Tom yam ni pasai kita masukkan sedikit susu..

    ReplyDelete
  17. salam KhaiRin,

    Yang segera pun sedap jugak Anies....
    Kak Ros pun kadang2 tu buat yang segera jugak.....

    ReplyDelete
  18. Salam Juliet_iRa~",

    Emmm...memang sedap cuba la nanti....

    ReplyDelete
  19. Salam Ati Masrif,

    Ya ka ....takpa2 nanti hari lain boleh masak..Kek untuk majlis apa tu Ati..?

    ReplyDelete
  20. salam zaitun,

    Ya ka....nanti boleh la try resepi yang ni pulak kan....tapi bagi Kak Ros la..semua Tom yam ni sedap....

    ReplyDelete
  21. Salam mama aini,

    Sama2 lah mama....Kalau kita suka makan yang pedas2 ni,Tom yam la pilihannya kan mama....

    ReplyDelete
  22. Salam Yatie Awang,

    Betoi tu Yatie...kalau dok kat rumah ni asyik nak makan ja kan....

    ReplyDelete
  23. Salam Cik Gu Ma,

    Silakan.....Salam Maal Hijrah jugak la dari kak Ros....

    ReplyDelete
  24. Salam Kazman,

    Macam Kak Ros la jugak,tak pernah jemu2 ngan Tom yam ni....suka sangat,sedap......

    ReplyDelete
  25. salam Tentang Kita,

    Ya ka...Salam Maal Hijrah jugak la dari Kak Ros..

    ReplyDelete
  26. salam sal,

    Ha.ha....nanti try la buat,memang sedap tau sal...
    Salam Maal Hijrah jugak la dari kak Ros...

    ReplyDelete
  27. salam kak ros.
    hee sedappnyeee... lama x makan tomyamm...

    ReplyDelete
  28. Salam Cik pipi Tembam,

    Emm...memang sedap nanti try la buat,boleh makan puas2...

    ReplyDelete
  29. Salam LadyBird,

    Ya....tak di nafikan memang sedap.....

    ReplyDelete
  30. sedapnya tengok gambo tu kak rose, alahaiiii lapo tetiba perut nih

    ReplyDelete
  31. Salam Ann Ishak,

    Memang Tom Yam ni salah satu menu pembuka selera kan.....tak pa la nanti Ann boleh la try buat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails