Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 2, 2011

Bagus jugak la idea ni kan....

Salam,

Dekat India dah ada pesyen baru la pulak, macam mana caranya depa nak mengajar orang2 yang suka sangat dok makan rasuah ni.ha.ha.....Tak pernah terpikir langsung Kak Ros ada jugak orang yang nak buat kerja macam ni kan,bahaya tu........Berkesan ka tindakan depa ni...? Ingat2 sekali tu ,bagus la jugak kan.....depa buat macam ni,baru lah ada akai sikit, dengan orang2 yang suka dok makan rasuah ni .......

myMetro
CETUS PANIK...kakitangan pejabat cukai dan orang ramai memanjat kerusi dan meja selepas ular diisi dalam dua karung guni dilepaskan semalam.

MUMBAI: Dua petani yang bosan dengan tuntutan rasuah pegawai kerajaan, meletakkan tiga guni ular di pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai di utara India, kata pegawai keselamatan, semalam.

Ada kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies termasuk sekurang-kurangnya empat ular tedung menyebabkan kerani dan orang kampung kelam-kabut memanjat meja atau keluar dari pejabat sebaik menyedari insiden itu.

Jurucakap kerajaan tempatan, Ramsukh Sharma, berkata kejadian berlaku di Basti, kira-kira 300 kilometer di tenggara Lucknow.
Kata Ramsukh, sebaik dituang dari guni, ular itu menjalar ke meja dan kerusi.

“Keadaan sangat kelam-kabut dan sejurus kemudian ratusan orang berhimpun di luar bilik itu dengan sesetengahnya membawa kayu untuk membunuh ular berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sesiapa dipatuk ular berkenaan.

Menurut Ramsukh, petani terbabit meminta rekod cukai bagi tanah mereka di sebuah kampung di Narharpur.
“Masalahnya, mereka gagal mendapat rekod berkenaan kerana kakitangan di pejabat percukaian memeramnya selama dua minggu bagi mendesak petani terbabit membayar sedikit wang sebagai upah,” katanya.

Mengenai insiden itu, Ramsukh berkata, cara petani terbabit memprotes amalan rasuah itu tidak boleh diterima.
“Polis kini mencari dua suspek yang dikenali sebagai Hukkul Khan and Ramkul Ram,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata, Hukkul memang dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai penjinak ular. - DM

31 comments:

  1. memang dah geramm sangat tu...tak dapat byngkan kalau ada orng kat tmpat kita buat macam tu...

    ReplyDelete
  2. huhuhu...ular b'kilat2..geliiiii....

    ReplyDelete
  3. assalam ros..elok juga mengajar mereka dgn cara ni !!!..hu2x..tapi bahaya juga kalau dia mematuk org..hu2x..

    ReplyDelete
  4. bravo...bravo
    tapi kesian..dicari polis..

    ReplyDelete
  5. subahanaAllah..
    TAK dapat dibayangkan jika kita berdepan dengan situasi spt itu di sana....lintang pulang dan kalut tengok ular panjang menjalar..

    ReplyDelete
  6. ternganga kami tengok dalam berita TV3 malam tadi... ada jugak orang buat cam tu.... tapi memang best la idea diorang...haaa3x

    ReplyDelete
  7. hoh! baru cukup kejam... sy sukerr!!! hahahahha...

    ReplyDelete
  8. bagus juga mcm tu .. bagi diaorg takut sikit..... india mmg kuat rasuah kan...

    ReplyDelete
  9. huhu..ular tu..mau ade yg berenti keje...huhu

    ReplyDelete
  10. kakakkaa..hah amik ko, tu je ubatnya..

    ReplyDelete
  11. dah abis ikhtiar petani tu nak mendapatkan hak mereka...apa boleh buat akan kena tangkap juga kerana menyalahi undang2...sepatutnya kakitangan tu yg dipersoalkan dahulu..org melakukan perkara kebanyakkan bersebab...

    ReplyDelete
  12. tu la.. sape suh minta rasuah.. padan muka..

    ReplyDelete
  13. kak ros..memang naya betul..
    perbuatan untuk menghalang rasuah baik..tapi cara yang salah.

    ReplyDelete
  14. misti dah marah sgt kan...
    eeee geli

    ReplyDelete
  15. Satu idea yang bagus,sebab kadang2 kalau berurusan kat pejabat contohnya,mereka macam malas nak layan kita,last2 mintak fulus nak tolong uruskan mencari fail katanya...bosanlah dgn puak2 mcmnie....

    ReplyDelete
  16. hahahaaa... mcm2 kan.. tp rasuah tetap ada jugak kan..

    ReplyDelete
  17. tu mmg geram sgt lah tu...
    mmg bertempiaran diorang lari kan...

    ReplyDelete
  18. hehe memang best idea ni, kreatif dan ngeri, itu baru ular dunia kan Ros...

    ReplyDelete
  19. hahaha...bagus gak supaya ndak ada buat lagi

    ReplyDelete
  20. ooo...ngeri wo....smlm masa jln2 kat dengkil..masuk jalan kampung mana ntah...jumpa bangkai ulor sawo...huhuhuhu...besor....geli...takut...ngeri...

    ReplyDelete
  21. mari kita buat lagu tu kat mesia ni pulak..hehe

    ReplyDelete
  22. Baguslah entri cam ni Ros... ma suka.

    ReplyDelete
  23. Amek kau... Buat tak baik lagi... Eee..... Geli...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Ros...


    Apasal Ada Ular Kat Sini...Heeeee Geli Geman Kak Lin...

    ReplyDelete
  25. sakit hati btul lah tu ye! apakata praktis kt msia gak hahaha jg2 pngamal rasuah!!

    ReplyDelete
  26. India dan Indonesia mmg terkenal dgn rasuah yg sgt kritikal...


    bagus jugak buat cara mcm ni...ajar sikit org2 yg asyik mintak suapan tu..

    ReplyDelete
  27. takottnya..kalau cenggini sumpah tak buat..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails