Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, December 14, 2011

Jagalah kesihatan diri....

Salam,
Terima kasih lah sekali lagi kat kawan2 semua yang tak putus2 dok mendoakan untuk mak mertua Kak Ros. Dah mandi,makan dan makan ubat dah,.....la ni mak mertua Kak Ros dok tengah tidur,Kak Ros tengok tu nampak sihat dah sikit,tapi masih lagi lemah,..dok tidur ja....tak boleh bangun langsung.Sementara dia dok tidur tu boleh la Kak Ros mai sat kat sini tengok2 apa yang patut,Buat masa la ni Kak Ros tak boleh la nak mai kat sini selalu....kena tengok masa lah.....

Hari ni ,Kak Ros nak ajak kawan2 semua luangkan sikit masa ngan Kak Ros,mai la kita semua pakat2 ambik tau dan jangan sesekali dok pandang remeh mengenai penyakit2 kronik yang dok ada di sekeliling kita ni...salah satu dia kencing manis lah....pasai penyakit ni dok ada kat depan mata Kak Ros la ni.Kesian sungguh Kak Ros tengok mak mertua kak Ros.....keadaan dia tak bermaya langsung,bila bergerak sikit,dia sakit habis satu badan,nak urut pun ,doktor kata tak boleh pasai kencing manis. Ok dulu lah nooo......Kak Ros pun tak boleh nak cerita panjag2 lagi dah ni,dekat sini ada Kak Ros letakkan sedikit maklumat2 dan tanda2 tentang kencing manis ni...mai la sama2 kita ambik tau.Apa pun kita cuba lah sedaya upaya kita untuk menentang dan mencegah dari semua penyakit2 ni....kalau kita dah ikhtiar sedaya upaya kita ,tapi kita kena jugak , tu tak upaya lah.....,nak buat macam mana kan.....,pasai semua ni kerja buat allah,dia yang menentukan segala galanya.Yang pentingnya kita dah berusaha ....


Tanda-tanda penyakit kencing manis

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:

* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. dengan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.

Apakah risiko atau faktor kencing manis?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1. Tidak aktif secara fizikal.

Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2. Sejarah keluarga

Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3. Berat badan yang berlebihan.

Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4. Faktor pemakanan

Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5. Umur

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil

Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis

Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:

- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

- Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
- Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas ,        
   dan makanan yang perlu  dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
- Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.

Makanan Bebas

Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan

Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:

- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2. Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3. Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.

Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

31 comments:

  1. sya masa mengandung kena kencing manis, mak pun ada jugak kencing manis
    jadinya sya memang kena jaga pemakanan
    tp biasalah nafsu makan meriah, terpandang ke, teringin ke mesti nak beli , nak makan
    harap harap sya bukan penghidap kencing manis

    ReplyDelete
  2. yelah k ros...mcegah lbih baik dr mrawat. sy pun ada amik package 5 years cek up di satu spital ni. kita org prmpuan kna lbih krap buat cek up kan risau kut ada mngidap pnyakit bahaya dlm snyap

    ReplyDelete
  3. memang kena beringat kami ni sebab umur dah masuk dalam zon dah....

    ReplyDelete
  4. salam kak ros,

    sori lama tak mai sini
    ati pun masih tak sihat
    dah cuti blogging seminggu :)

    bertuah mil kak ros dpt menantu
    macm kak ros, hrp ati pun akan
    dapat menantu mcm ni ...amin

    thanks for the info
    boleh ati copy paste nanti kt blog?

    ReplyDelete
  5. salam k.ros..rindu pulak dgn kak ros skrg nih...:)

    ya lah kak ...kita kena selalu pantau kesihatan diri ni...bkn apa kan kita kena jaga diri dulu biar kita sihat kuat sebab nak jaga ahli2 keluarga yang lain kan..kalau kita sakit mcmana nak take care keluarga..betul tak..?

    anyway...moga MIL kak ros bertambah sihat ya..dan kak ros pun kena jaga diri juga...cucu2 blh take turn jaga tok kan...okay then..take care kak ros..

    ReplyDelete
  6. hope MIL akk kembali sembuh...
    tingat pesanan membe... jgn pemakanan sbb kencing manis ni 70% berpunca drpd mknn

    ReplyDelete
  7. assalam ros..semua mak mertua dah bertambah sihat..thanks share info yg sgt berguna ni,bila dah terkena kencing manis,sukar nak baikkan !!..hu2x..

    ReplyDelete
  8. Suami saya pun dah ada tnda2 pnyakit ni.....mmng kena berhati2 trutama pasal pemakanan...

    p/s....terima kasih atas info yg sangat berguna ni....

    ReplyDelete
  9. satu lg kak ros..
    bila dh sakit, duit takde makna..
    so..kena beringat sblm kena

    ReplyDelete
  10. mencegah lebih baik dari mengubati..

    ReplyDelete
  11. bnyk tanda2 kencing manis nih..

    terkadang selalu ambil mudah penyakit2 kronik ..makan pun memacam
    dah sakit baru terasa kedihnya....
    dapat baca..insaf sekejap..

    trimakasih mengingatkan..

    ReplyDelete
  12. Salam Kasihibu,

    Kak Ros harap pun macam tu la jugak.....semoga dijauhkan dari semua penyakit2 kronik ni..apa pun makan tu mesti kena jaga,kalau tak dapat kencing manis pun takut dapat penyakit kronik yang lain pulak.....

    ReplyDelete
  13. Salam So Shy Lady,

    Betoi tu.....Kak Ros setuju sangat....bukan kencing manis saja,banyak lagi penyakit2 kronik yang lain...mesti kena buat cek up selalu,pasai kadang2 tu,penyakit dah ada...tapi tanda2 dia tak dak.

    ReplyDelete
  14. Salam kazman,

    Ya la Kazman.....bila umur dah masuk zon tu mesti lah kena dok beringat,pasai umur macam kita ni lah senang sangat nak dapat penyakit2 yang macam ni.....

    ReplyDelete
  15. Salam Ati,

    Ya ka.....alhamdulillah Ati dah sihat...musim la ni sama,tak menentu,sat hujan,sat panas.

    Kannya apa Ati...ni masa dia kan...masa kita tak tau lagi lagu mana nak jadi...lagi pun dah jadi tanggungjawab kita yang sihat ni untuk jaga dia....

    Sama2 silakan ambik lah.....

    ReplyDelete
  16. ya betul tu kak ros.... tapi bila makan tu lupa kejap laa... habis makan baru teringat semula....heee3x

    ReplyDelete
  17. Salam Saniah,

    Waalaikumsalam.....Ya ka...terima kasih...sukanya Kak Ros dengar,ada jugak orang yang rindu kat Kak Ros ni....
    Betoi tu Saniah kalau kita tak sihat,macam mana kita nak jaga orang yang sakit ni kan...?Terima kasih sekali lagi pasai tak jemu2 dok doakan Mak mertua Kak Ros...

    ReplyDelete
  18. Salam eb,

    Sama2 lah eB...Kak Ros pun takut jugak tambahan pulak dok tengok mak mertua kak Ros la ni....nampak menderita sungguh...

    ReplyDelete
  19. Salam khairin,

    Memang betoi tu Khairin....kena bijak memilih lah masa mana kita nak makan dan apa yang nak di makan...

    ReplyDelete
  20. salam mama aini,

    Waalaikumsalam mama....harapan Kak Ros pun macam tu la jugak....nak dapat sakit ni memang mudah,tapi bila nak baik tu yang lambat dan susahnya kan.......beringat dan berjaga jaga lah sebelum terkena.....

    ReplyDelete
  21. Salam Kaklong,

    Sama2....insyaallah kalau Kak Ros ada maklumat yang berguna dan baik macam ni,Kak Ros pasti akan berkongsi ngan semua orang....

    ReplyDelete
  22. Salam Mulut Payau,

    Ya ka...?kalau dah ada tanda2 tu,lagi lah kena jaga2 kan...kalau dah terkena penyakit ni memang susah nak baik....dan lagi susah nak jaga makan....

    Sama2 MP............

    ReplyDelete
  23. Salam Anim,

    Betoi tu Anim....Kak Ros setuju seratus peratus....Kesihatan ni lebih penting dan berharga dari duit....kesihatan yang baik,boleh cari duit...tapi kalau kesihatan yang tak baik,duit banyak pun tak guna.....

    ReplyDelete
  24. Salam Kasihredha,

    Ya betoi tu kasihredha....sama2 lah kita menjaga kesihatan diri....amalkan gaya hidup yang sihat...

    ReplyDelete
  25. Salam sal,

    Kalau kita dapat tau tanda2 awal ,tak pa la jugak Sal,kencing manis ni kadang2 tak dak simtom dia pun,tu yang bahayanya tu.....kena rajin2 lah buat cek up kat hospital la nooo...

    ReplyDelete
  26. Salam Kazman,

    Ni lah selalunya masaalah kita ni kan Kazman.....Kak Ros pun macam tu la jugak,payah sungguh la nak elak kalau dok jumpak makanan yang sedap2 ni....
    adoih.....

    ReplyDelete
  27. kenapa takleh urut org yg ada kencing manis tu kak Ros?

    ReplyDelete
  28. Salam Queenie,

    Doktor kata kalau kita urut boleh memudaratkan lagi pesakit ni,tambahan pulak bila dah teruk macam mak mertua Kak Ros ni.... pasai isi depa dah tak normal....nak gosok2 cam tu tak pa la,nak picit ngan urut tak boleh,takut nanti isi jadi medak.

    ReplyDelete
  29. apa2pun semuanya berpunca drpd sikap kita kan, yg pandang ringan penyakit ini...bila dah 'dapat' barulah menyesal kan....:(

    "mencegah lebih baik daripada mengubati"

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails