Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 30, 2011

Masaalah yang merunsingkan....


Salam,
Ni lah salah satu masaalah yang merunsingkan kita semua kan...?Tak pa lah jangan dok susah hati,mai kita luangkan masa sikit,baca kat bawah ni...macam mana nak mengatasi masaalah ni...pas tu sama2 lah kita amal kan.......

                                          

Tidak dinafikan lah....ada beberapa cara nak mengatasi selulit yang mudah dan moden. Diantaranya ialah melalui kaedah suntikan dan pembedahan. Namun, dengan cara ni, ia betoi2 terjamin ka keberkesanannya.......?

Oleh itu.., lebih baik kita tumpukan pada beberapa tips berikut, agar peredaran darah boleh berjalan dengan lancar. Apabila peredaran darah baik, lemak akan dapat dihancurkan dan selulit tidak boleh terbentuk kat lapisan kulit kita.....

1. Pola makanan yang teratur

Jauhi lah makanan yang terlalu manis, berlemak dan makanan segera....Pasai dalam makanan macam ni,terdapat kandungan nutrisi yang amat sedikit TAPI meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda.


2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran


Kalau kita jarang memakan buah buahan atau sayur sayuran yang segar..., ia akan menganggu keseimbangan sodium/potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit kat tubuh badan kita...

Jadi, mulai hari ini mailah kita sama2 amalkan memakan buah-buahan dan sayur sayuran yang segar setiap hari...

                                         

3. Rajin bersenam

Amalan bersenam jugak boleh melancarkan peredaran darah kita yang tersumbat...lalu dia boleh membakar lemak yang menjadi punca selulit.

Dalam seminggu tu..,kita bersenamlah secara teratur, iaitu 3 hingga 5 kali. Untuk setiap sesi, kita peruntukkan lah waktu bersenam ni diantara 30 hingga 40 minit....

Pilihlah mana-mana jenis senaman yang kita suka dan mampu untuk melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.Ni contoh saja....banyak lagi senaman yang boleh kita lakukan.....


4. Urutan


KIta jugak boleh mengurut tubuh kita untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan. Nak gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut boleh....

Dengan cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak yang degil dalam saluran darah kita....


5. Menyikat badan

Satu lagi kita boleh jugak menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh kita dengan gerakan secara melurus tau.... Amalkan setiap hari lebih kurang dalam 5 minit.



6. Banyakkan minum air masak
Air masak ni memang amat penting sekali dalam tubuh badan kita.Pasai dia dapat membersihkan sistem pencernaan kita. Secara tak langsung dapat menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh kita...

Ada pendapat mengatakan kita patut minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Namun, ia bergantung pada aktiviti harian kita juga la... Bagi memudahkan kita, minumlah air masak bila terasa dahaga. Itulah tandanya badan kita memerlukan air.

Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika kita mau mencegah pembentukan SELULIT.


7. Nyah lemak secara semulajadi

Kita semua nak buang lemak dan racun dalam badan kan.......? Kalau NAK, amalkan lah selalu meminum air suam yang ditambah dengan sedikit perahan lemon setiap pagi. Boleh diamalkan lepas bangun tidur ya....

Amal kan gaya hidup yang sihat...dan jangan sesekali kita lupa.. sentiasa lah ingatkan Allah..Insyaallah kita akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah.....

14 comments:

  1. saya ada stok lemon dalam fridge. boleh le minum tetiap pagi!

    ReplyDelete
  2. haa sebab bersenam malas buat, so apa kata saya sikat badan je. hihihi

    ReplyDelete
  3. no 3 and 2 tulah yang masalah negara pemalas tu..hahahha

    ReplyDelete
  4. jom amalkan ramai2...sihat & cergas!

    ReplyDelete
  5. kak ros..sy pun nak sikat badan jugak.
    kurang rajin nak bersenam!

    ReplyDelete
  6. assalam ros..thanks share info ni..mama suka tgk cik kucing tu mengurut..he2x..

    ReplyDelete
  7. Salam gadisBunga,

    Emmm...kalau macam tu bagus la...esok pagi dah boleh mula amalkan minum...

    Kak Ros ni baru nak pi cari..

    ReplyDelete
  8. salam Lya,

    Ha..ha..ha....lepas sikat rambut tu,terus ja sambung sikat kat badan...

    ReplyDelete
  9. Salam ZaNNa,

    Betoi tu ZaNNa.....Kak Ros pun kadang2 bercita nak buat..tambah2 lagi yang no 3 tu kan....

    ReplyDelete
  10. Salam Amie,

    Ha....jom ramai2 jangan dok malas dah...nak jaga kesihatan diri ni...Kak Ros tengok la ni ramai yang muda2 lagi dah kena macam2 penyakit..

    Kak Ros pun takut gak ni...

    ReplyDelete
  11. Salam Anim,

    Emmm....Kak Ros pun macam Anim la jugak...kalau buat senaman tu tak sampai 5 minit dah berenti..

    ReplyDelete
  12. Salam mama aini,

    Waalaikumsalam mama....sama2...tu la kan penuh semangat..jeles Kak Ros tengok yang dok kena urut tu...

    ReplyDelete
  13. Salam Wan nurul hezrina,

    Emmm... memanag nyaman..tengok muka dah la....senyum ja.....he.he.he....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails