Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 31, 2011

Ada binatang dikalangan manusia

Salam,
Kak Ros terbaca satu komen dari sorang sahabat kak Ros dan kak Ros tertarik jugak nak kongsikannya kat sini. Komennya ringkas tapi padat, sendat... penuh bermakna gitu... hihi...

Dia kata, tak dak manusia dikalangan binatang... tapi banyak binatang dikalangan manusia... hihi...

Dia refer pada banyak kes kes manusia berperangai lebih buas binatang yang hipokrit, hidup berpura pura disekeliling kita yang kian bertambah dewasa ini...

Kak Ros jadi teringat balik kata kata dia bila terbaca lagi kisah mayat bayi yang dicampak dalam longkang. Kak Ros jugak tertarik bila terbaca apa yang Pak Long kata dalam posting dia bertajuk Nikmat disini...

"Jadi, tak malu ka kita yang manusia ni nak jadi binatang sedangkan ada binatang yang berhempaih pulaih nak jadi orang... addehh..."
 
Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Sunday, January 30, 2011

Merayakan demokrasi di Tenang

Salam,
Kakak2, adik2... abang2, paklong maklong, makcik pakcik... apek2, nyonya2... thambi2, anne2 kat Dun Tenang Johor hari ni berpeluang merayakan demokrasi. Dun Tenang jadi kosong selepas kematian penyandangnya dari BN.

Penduduk Tenang seramai 14,753 orang agak kurang tenang pepagi nih pasai hujan lebat. Namun pengudian terus dijalankan walaupun lembab dan perlahan yang akan menentukan nasib calon yang bertanding antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Kak Ros harap sesapa jugak yang berada di Tenang tu harapnya ber TENANGlah selalu sambil merayakan demokrasi dalam memilih pemimpin peringkat Dun untuk mewakili penduduk Tenang ke Dewan Undangan Negeri Johor. Sapa yang menang pun tak mengubah apa apa lanskap politik kat peringkat negeri Johor... cuma yang menang tu boleh la ego dan sombong sikit... haha...

Saturday, January 29, 2011

Sedih la pulak...

Salam,
Pagi ni kak Ros dikejutkan dengan dua berita sedih, berita kematian dua ahli keluarga terdekat ngan kak Ros... patut pun rasa suram dan mendung semacam ja nih... kebetulan dengan Takdir Tuhan, cuaca sekitar bagai mengiringi apa yang menimpa keluarga keluarga nih...

Pertamanya kak Ros terima awal pagi tadi, seorang ibu awal 50an... keluarga ni rapat jugak ngan kak Ros masa bermestatutin di Jalan Bahru, Prai dulu dan kini sedikit renggang akibat dari jarak rumah antara kami. Kak Ros di BM manakala dia di Guar Jering, Guar Perahu. Meninggalnya semalam dan akan disimpan pagi ni 10.00 pagi. Kak Ros tak kesempatan kerana kurang sihat sejak tiga hari lepas... hanya salam takziah buat seluruh ahli keluarganya...

Keduanya, baru sangat tadi ni kak Ros terima call dari rakan baik kak Ros yang juga rakan satu ofis ngan suami kak Ros. Emak mertuanya yang nazak sejak beberapa minggu yang lalu dikampung telah meninggal. Dan kini dia tengah on the way balik kampung la tuh... kak Ros harap berhati hatilah memandu tuu, yang mati telah pun mati, kita yang hidup kena jugak la teruskan hidup setertib yang mungkin. Semoga perjalanannya selamat dan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t kepada seluruh ahli keluarga mereka...

Kepada kedua dua keluarga terdekat tu, kak Roz nak ucapkan takziah lah... semoga roh roh mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan orang orang yang saleh... Al-fatihah... ... ... ...

Amin....

Thursday, January 27, 2011

Membajak atas kepala anak yatim

Memang kejam betoi la kalau lah benar seperti apa yang dilaporkan oleh Kosmo nih, jenih membajak atas kepala anak anak yatim, memaksa mereka cari dana sedangkan orang atas senang lenang kutip laba.

Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin. Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.

Wednesday, January 26, 2011

Ibu hebat, tikam anak sendiri...

Polis wanita ni bawak mayat bayi yang dibunuh ibunya sendiri, tapi warga Myanmar la. Entah la pulak sama ada wayar putus ka hapa tak tau la pulak. Beliau pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Bayi itu dipercayai dilahirkan kira-kira jam 9 pagi, 25 Jan 2011 kat Batu 4, Kampong Jawa, di Klang. Bayi pompuan tu ditikam bertubi-tubi sebelum mayat bayi malang itu dibuang dalam tandas di rumah panjang tersebut. Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Ada jugak spesis hilang akai camnih...

Tuesday, January 25, 2011

Seram sejuk kak Ros...

Salam,
Alaahaaiii... seram sejuk kak Ros tengok sorang pelajar yang diserang histeria telah cuba terjun bangunan sekolah tingkat dua di Temerloh. Sehinggakan para pelajar dan guru sebuah sekolah di sini jadi cemas gila seketika.

Dekat sejam jugak la depa semua kelam kabut... sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam berjaya menyelamatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan. Suasana kecoh dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu turut menarik perhatian petugas Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

Sunday, January 23, 2011

Antara laungan azan, ceramah agama

Salam,
Mungkin semua dah tau, baru baru ni kita dikejutkan dengan kritikan sorang peguam cina terhadap laungan azan disebuah masjid berdekatan rumah yang dibelinya... lepas tu jadi la sikit kekecohan yang sedikit sebanyak mengundang gempar jugak pada masyarakat berbilang kaum dan agama kita nih...

Kak Ros bukan mengungkit, tapi selepas terjumpa artikel dibawah ni rasa teringin gak nak letakkan diblog ni sebagai rujuka di hari muka... haha... baguih jugak ni... kak Ros copy paste bulat bulat dari BH online...


************************************** 


Hidup berbilang kaum harus didukung sikap toleransi, saling menghormati satu sama lain

LAPORAN akhbar mengenai kritikan seorang peguam terhadap laungan azan sedikit menggemparkan suasana keharmonian negara. Wujud suasana yang agak tegang dalam isu ini pada awalnya tetapi akhirnya membuahkan hasil yang baik lanjutan daripada perbincangan dan permohonan maaf.

Saya ingin membicarakan isu berkaitan masjid dalam dua perkara. Pertama mengenai isu laungan azan dan kedua, mengenai isu ceramah agama.

Dalam hal ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah insaf, tahu dan ambil peduli mengenai syiar agama masing-masing. Bagi masyarakat Muslim, azan adalah syiar agama. Azan adalah kalimah yang dilaungkan dengan suara tinggi bertujuan memberitahu mengenai masuknya waktu solat. Ia satu seruan untuk masyarakat Muslim kembali mengingati Tuhannya.

Malah dalam sahih al-Bukhari, ada suatu bab berkaitan azan dan meninggikan suara ketika azan. Dalam riwayat tersebut, ada gesaan agar dinyaringkan suara ketika azan. Ketika zaman itu, teknologi pembesar suara belum lagi wujud. Namun, dengan bersandarkan teknologi kini, suara yang perlahan pun sudah memadai untuk menjadi nyaring menggunakan kemudahan itu.

Apa yang penting, penghormatan kepada syiar agama adalah mustahak dan penting. Agama Islam ada syiarnya , antaranya azan. Justeru azan seharusnya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Ini seperti syiar agama dan amalan perayaan lain. Dalam perayaan Tahun Baru Cina misalnya, bunyi mercun berkumandang dan bunga api pula bergemerlapan yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan masyarakat.

Begitu juga sambutan perayaan Thaipusam yang seperti dilaporkan Wikipedia, turut diadakan upacara tertentu bagi memohon keampunan dosa. Ada yang mencucuk panah besi pada lidah. Ada pula yang mencucuk belakang badan dengan puluhan mata pancing. Bagi masyarakat bukan beragama Hindu, mereka mungkin tidak bersetuju dengan amalan itu.
Tetapi, asasnya adalah penghormatan kepada amalan dan syiar kepercayaan agama masing-masing hendaklah tersemat teguh dalam diri kita. Maka masyarakat Muslim wajib menghormatinya demi keharmonian hidup walaupun berlainan iktikad.
Selain laungan azan, ada aktiviti ceramah agama di masjid dan di surau. Ada juga bacaan zikir selepas solat berjemaah. Pada sesetengah tempat, ia juga dibuat dengan suara yang kuat seperti azan hingga ke luar masjid.

Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan ceramah agama. Sewajarnya, ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja. Kalau dibuat di ruangan solat terbuka, sepatutnya ia hanya sekadar ruangan solat saja. Maka tiada kewajaran untuk dibuka nada suara dengan suara yang kuat.

Ceramah agama tidak sama dengan azan kerana azan adalah alunan suara keramat yang datang dengan lafaz yang terhad. Kekuatan azan ini dinyatakan dalam satu riwayat hadis bahawa syaitan akan lari keluar daripada masjid apabila azan dilaungkan. Dalam riwayat hadis yang lain, makhluk yang mendengar azan akan menjadi saksi kepada si tukang azan.

Suara kuat yang boleh mengganggu dalam masjid hendaklah dihindari. Sebagai contoh, ada riwayat hadis bagaimana Nabi Muhammad SAW menegur seseorang yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat di dalam masjid. Tidakkah membaca al-Quran itu satu perkara yang baik? Ya, benar bahawa bacaan al-Quran adalah baik. Namun, ketika itu bacaan al-Quran yang kuat itu mengganggu orang lain yang sedang solat. Maka ditegur oleh Nabi SAW agar diperlahankan suaranya.

Cuba kita fikirkan secara logik pedoman yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita. Hari ini, kita mempunyai pembesar suara dan dengannya nada suara yang perlahan akan dapat didengari dalam jarak yang jauh.

Bagi azan, kita menerima ia sebagai satu syiar agama. Tempoh azan pun tidak lama mungkin sekadar tiga atau empat minit saja.

Namun, ada masanya sesetengah masjid dan surau menggunakan pembesar suara secara berterusan. Contohnya zikir selepas solat yang dibuat secara berjemaah.

Tidakkah ada di sana golongan yang masih lagi bersolat kerana tertinggal beberapa rakaat? Tidakkah ada di sana golongan yang baru sampai dan ingin memulakan solat? Tidakkah ada di sana golongan yang ingin melaksanakan solat sunat selepas solat fardu? Maka adalah amat wajar jika alunan zikir selepas solat dibuat dengan suara yang lebih perlahan.

Bagi kalangan imam, jauhkan sedikit pembesar suara dan sebutlah sekadar awal-awal ayat untuk zikir saja. Ini supaya tidak mengganggu orang ramai dalam masjid. Dikhuatiri alunan suara akan mengganggu orang lain yang bersolat.

Dalam nas kitab fikah klasik Fath al-Mui’n dengan syarahnya Qurrat al-A’in disebutkan maksudnya : “Guru kami menjelaskan bahawa berlebihan dalam menyaringkan suara dalam zikir dan doa di masjid hingga berlaku gangguan kepada orang yang bersolat, maka sewajarnya ia menjadi haram.”

Kemudian ditambah pula dengan ceramah agama yang mungkin sekitar satu jam. Suaranya keluar daripada masjid. Ada masanya pula ceramah itu mengandungi kejian kepada orang tertentu dan sebagainya. Ada pula ceramah yang mengutuk golongan tertentu. Ada pula ceramah yang melaga-lagakan umat Islam.

Mungkin ada di kalangan kita yang pernah menghadapi suasana sebegitu, namun khuatir untuk menegur. Kehidupan kita terganggu kerana nada suara ceramah yang mengganggu. Mungkin kita ingin berehat, membaca buku dan sebagainya.

Justeru, azan dengan penggunaan pembesar suara adalah baik dan diterima. Namun, bagi aktiviti selain azan seperti zikir selepas solat, ceramah agama dan sebagainya, ia perlu kepada kawalan suara.

Bukan mengawal suara ceramah agama bermakna menolak jihad dan dakwah. Hendaklah disedari bahawa dakwah bukan sekadar berceramah agama dengan suara yang kuat. Sesungguhnya jalan dakwah amat luas.

Penulis ialah guru agama/pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Saturday, January 22, 2011

Anugerah Allah pada ibu ibu

Nor Jam’atul dan suami, Mazlan Razali, 36, serta anak kedua mereka bersama gambar Nur Shazwani yang maut akibat tersedak bubur nasi.

Salam,
Kak Ros tak tau nak cerita camana la, mungkin ini satu dari anugerah Allah kot pada ibu ibu yang tak dapat nak kita ceritakan dan buktikan. Kaitan naluri dan perasaan antara ibu dan si anak tu bertaut rapat dan sangat kuat yang kekadangnya tak dak pada si bapa. Perasaan si ibu bagai tak menentu, kalau rindu... teramat rindunya. Kalau sayang... teramat sayangnya. Bagaikan satu macam petanda bahawa sesuatu mungkin terjadi, baik dan buruk tentu ianya ketentuan Ilahi. Ni semua kerja buat Tuhan, tak mustahil kan?

Contohnya seperti yang diwartakan dalam myMetro disini. Rasa rindu yang amat sangat seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu. Dia pulang awal dari kebiasaan kerana dibuai perasaan teramat rindu pada anaknya, namun kepiluan apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.

Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.

Memang ini ketentuan Ilahi, cubaan dan dugaan dari Allah datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tuhan lebih sayangkan bayi kecil ini tapi Tuhan jugak sayangkan kita dengan menduga hambanya dengan ujian yang melanda.

Kak Ros pun tumpang bersimpati dengan keluarga Nor Jam'atul nih, paham sangat la kita yang dengan beban perasaan yang menimpa mereka... moga diberi kekuatan oleh Allah s.w.t...

Sepadan, Zaquan Adha diijabkabul dengan Ayu Raudhah (bergambar)

Hmm... manis dan secocok sekali kak Ros tengok pasangan yang baru diijabkabulkan nih. Aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

"Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.

Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

"Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.

Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.

Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.

Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.- mStar

Friday, January 21, 2011

Penipu alim... haddoiiihh...

Salam,
Kak Ros terbaca kisah doktor alim tipu suami isteri kat Melaka tu dengan perasaan simpati, dah la sanak saudara dalam keluarga tu sakit, dah ditipu pulak oleh orang yang kita percaya boleh ringankan beban kita. Last last, sakit tak lega... beban lagi bertambah, hilang duit bukan sikit.

Kesiankan? Sarip menunjukkan resit pembelian ubat daripada lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya doktor alim tuh. Ini adalah antara gara-gara terlalu percaya dengan seorang doktor perubatan alternatif yang berperwatakan alim, mereka telah kerugian RM14,000 apabila terpedaya membeli ubat-ubatan daripada doktor berkenaan bagi mengubat pelbagai penyakit yang dihidapi pasangan itu dan anak lelaki mereka.

Lihat lah dunia sekarang, penipu ni akan menjelma dalam pelbagai bentuk rupa... alim dan warak tak boleh dipercaya kerana ia boleh direka cipta melalui hiasan diri. Hanya diri kita sendiri yang perlu dipersiapkan dengan sedikit ilmu untuk membezakan intan dan kaca. Tapi kadang kadang terkena jugak pasai orang yang tengah kelemasan ni, kalau sehelai rambut pun depa dah bersyukur sebagai tempat bergayut kan..?

Thursday, January 20, 2011

Orang pompuan kena ambik tahu nih...

Salam,
Hari ni Thaipusam, mungkin pasai perayaan Thaipusam oleh kalangan bangsa India... kelapa didapati berkurangan teruk dipasaran. Tapi, krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran telah lama, cuma semakin derita bila dekat dekat nak Thaipusam nih... haha... nanti marah pulak bangsa India kata kerana depa, kelapa kurang... hihi... tapi ya pun jugak...

Tapi yang penting untuk diawasi umum terutamanya orang pompuan sebagai surirumah, kekurangan kelapa ini telah diambil kesempatan oleh segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah santan pekat segar.

Ya, ada penipuan santan pekat segar dipasaran. Yang suka sangat beli santan segera berpeket cam gambar atas tuh, jaga jaga lah...

Penipuan terancang itu dilakukan segelintir peniaga yang cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin termasuk dengan menjual santan yang dicampurkan serbuk khas bagi memekatkan kandungan cecairnya.

Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin.

Beberapa orang awam yang ditemui jugak mengesyaki berlaku penipuan berikutan rasa dan kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang digunakan sebelum ini. Salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah.

Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan kita sebagai pengguna. Dah la tertipu, pi beli racun pulak untuk dimasukkan kebadan sendiri.

Tuesday, January 18, 2011

Hanya teman anak saudara - Vanidah

Kak Ros rasa nak kena perbetoi balik apa jugak yang mungkin terhasil persepsi pembaca pada artikel kak Ros yang bertajuk "Apa hal pulak ngan Vanidah nih..."

Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak. Bukannya ada apa apa seperti yang telah turut jugak disiarkan oleh blog kak Ros nih...

Vee memberitahu mStar Online di sini pada Isnin malam berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.

Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan timbul tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.

Apa hal pulak ngan Vanidah nih...

Kak Ros bukan jenih suka kelebek kain batik korang, cuma terbaca dalam myMetro nih... sok sek, sok sek mengatakan depa terlihat kelibat Vanidah dan lakinya Rashidi di mahkamah Syariah... tu yang cetuskan persoalan tuh... hihi...

Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.

Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.

Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.

Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.

Remaja kacau bilau

Lagi bukti remaja kita makin kacau bilau, tiada hala tuju yang betul dan selari dengan kehendak agama.

Bebudak punya kerja, bukti jenayah tanam belakang rumah sendiri. Tak tengok CSI langsung budak budak nih... haha...

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad (kanan) melihat lubang di mana mayat seorang pelajar Tingkatan Tiga, Taufik Abdul Rahim,15, (gambar kecil) yang menjadi mangsa bunuh ditanam di belakang rumah seorang suspek di Kampung Pendam, Sadong Jaya. - Foto Azahan Rosli

Monday, January 17, 2011

Syaitan betina

Tak kira apa juga alasan yang ada, apa jugak masaalah yang merintang, namun merosakkan masa depan anak oleh ibunya sendiri adalah satu jalan yang paling keji yang sepatutnya tak dipilih oleh ibu kandungnya.

Akhbar Harian Metro telah mengejutkan ramai orang termasuk kak Ros sendiri, bagaimana Ibu sendiri yang mengaturkan abang kandungnya merogol gadis sunti yang ketika itu berusia 12 tahun sebelum ianya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepada ibunya.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili 26, itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Tak reti nak komen dah pun... kelu lidah kak Ros...

Sunday, January 16, 2011

Orang atas berebut kuasa, yang rosak anak bangsa

Salam,
Kadangkala kak Ros rasa macam makin jauh pulak dah anak anak kita dari akhlak terpuji. Rasa macam apa yang kita buat selama ni bukan kata belum cukup malah macam tak dak kesan langsung pada kelaku anak anak kita.

Cuba tengok berita kisah datuk maut diserang cucu disini.

Sepatutnya ahli ahli politik kita tumpukan lebih perhatian macamana nak jaga anak anak bangsa dari terjebak dalam akhlak terkutuk nih. Sepatutnya ahli ahli politik kita bersatu padu jana pemikiran macamana nak pastikan bangsa kita maju dari segi adab sopan sama naik dengan negara yang kononnya dikatakan maju nih. Bukan hanya asyik bercakaran sesama sendiri... last last bangsa yang rugi.

Halimah Mat Yassin, 57 yang turut tercedera adalah isteri simangsa yang dikenali sebagai Mokhtar Yusof, 71. Beliau hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian. Wanita warga emas itu menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati dipercayai selepas diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di Jempol.

Amacam orang politik sekelian, tak dak hati ka nak berpadu buah pikiran menyelamatkan anak bangsa yang kian jauh hanyut dari tuntutan agama nih... Korang sendiri pun nampak gayanya dah hanyut jauh, macamana nak harapkan korang pulak yerk... hihi...

Saturday, January 15, 2011

Kita patut boikot saja artis yang rendah moral

video
Salam,
Kak Ros jadi tumpang malu pulak dah tengok sikap artis artis kita terhadap pegangan agama Islam itu sendiri. Sikap sambil lewa dan tak ambik berat mereka terhadap tuntutan agama begitu mengecewakan kita, menakutkan lagi kerana mereka mereka yang rendah moral ini telah diangkat menjadi ikon pada anak anak muda yang kononnya harapan bangsa... adooiihh...

Tak boleh ka negara kita lakukan sesuatu yang lebih bermakna bagi mengawal, menghalang artis rendah moral bergiat aktif sekaligus sebagai ikon pada anak anak bangsa.

Kisah lelaki baran lagi...

Salam,
Suami yang baik bukan saja bijak mengemudi rumahtangga, malah bertindak sebagai pengantara diantara masaalah yang menimbun dan keluarga yang meruntun. Untuk menjadi berjaya, si suami perlu menggunakan kebijaksanaan sebagai ketua keluarga mengawal nafsu amarahnya agar meletakkan arah perjalanan keluarganya dengan waras.

Heh... heh... apasal yang kak Ros bukak mukaddimah skema camni nih.... sayu semacam... haha...

Kak Ros emosi sikit la bila tengok orang lelaki baran dan hempas barang barang, pukul bini dan hempas bayi sendiri. Akibat panas baran melampau, isteri dia tibai ngan tali pinggang dan turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan...

Ada laki patutnya jadi tempat bergantung anak bini, ni tidak... Tak tau nak kata apa dah laa...

Friday, January 14, 2011

Durian punya pukulan

Salam,
Durian ni raja buah, sedap hingga menjilat siku... kak Ros tak la minat sangat, tapi makan jugak la kalau dah ada depan mata...

Kisah durian sebagai raja buah ni rupanya popular bukan setakat negara kita dan sekitar Singapura, Thailand dan Indonesia... malah dah sampai ke Nepal dah pun... seorang warga Nepal telah dijumpai mati atas pokok kelapa setelah dipercayai memanjat pokok kelapa ini sewaktu melarikan diri selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubok... aalahaiii... belakang rumah kak Ros saja nih... haha... Kak Ros pun tak tau, terbaca dalam BH saja baru tau.... hadooiii...

MAYAT warga Nepal dibawa turun dari atas pokok kelapa di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, Bukit Mertajam, pagi semalam. Elak daripada ditangkap selepas ceroboh dusun

Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter....

Wallawoii.. ini dah kes bunuh diri dah nih... pasai tak dapat durian atau kes malu kerana terkantoi mencuri durian nih... kesiankan... kak Ros rasa la, pemilik kebun tu Pak Arshad Abu Seman, 30 mungkin boleh bagi saja ja kalau dia tau la perkara buruk macam ni boleh terjadi... kalau si mati tu mai mintak elok elok pun silap silap Pak Arshad tu akan bagi saja jaa...

Bakat terendam

Salam,
Ni la kot yang orang kata sebagai bakat terendam... lagi lama terendam, lagi baguih. Lagi lama diasah, lagi mengancam sehinggakan sorang pengemis di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat, Ted Williams kini jadi rebutan.

Walaupun penampilannya tidak terurus. Rambutnya yang kerinting dan beruban dibiarkan tanpa disisir rapi.... ya la, dah pengemis... takkan nak kenakan kot ngan tie kot... haha... Tapi bermula dengan tindakan seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis ini, Ted Williams, 54 telah mencipta fenomena di AS, hari ini.

Namun satu yang kita semua patut sangat ambil iktibar ialah tentang pengakuan dari Williamas sendiri, beliau memiliki suara emas dan beri banyak kelebihan kerana berpeluang menceburkan diri dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Namun, beliau jatuh malang kerana mensia-siakan bakat yang dimilikinya disebabkan oleh dadah dan alkohol.

"Saya kesal dengan tindakan bodoh ini. Selain karier, saya juga kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal. Kehidupan menjadi tidak menentu dan terumbang-ambing,” luah Williams dalam satu temu bual mengenai kisah hitamnya yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya.

Kini hasil dari keinginan untuk melihat nasib dirinya berubah, Williams telah nekad dan kini sudah dua tahun dia berjaya meninggalkan tabiat pengambilan dadah dan alkohol. Kini Williams dapat tersenyum bangga. Jika sebelum ini dia mengemis untuk menagih simpati orang ramai, tetapi pada hari ini suara emasnya pula ditagih pelbagai pihak. Lembaran tahun 2011 memberi seribu makna buat Williams. Pada 7 Januari lalu secara rasmi dia menjadi suara latar untuk rangkaian MSNBC.

Terbaru, media antarabangsa melaporkan Williams sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi program informasi perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA). Williams juga menjadi pilihan syarikat Kraft Macaroni & Cheese yang menggunakan suara emasnya untuk iklan-iklan produk syarikat tersebut.

Nah, tuah manusia siapa yang tahu... pokoknya keazaman, iltizam yang tinggi, usaha yang berterusan, cita cita kena ada... (sumber rujukan: Kosmo)

Monday, January 10, 2011

Tahniah buat Ana Raffali

AJL 25? Huh... kak Ros tak tengok sangat pun, entah... rasa segan sangat nak buang masa nganga depan TV tengok hiburan yang entah apa apa nih... mungkin kot hiburan sekarang ni dah tak sesuai ngan umur yang kian memanjat tua dah ni... hihi...

Kak Ros jenguk sikit sikit camtu ja laa sambil dok goreng cucoq udang... haha...

Pa pun kak Ros nak ucapkan tahniah jugak la pada Ana Raffali pasai diistihar pemenang utama pada AJL25 dan berjaya pulak menggondol wang tunai sebanyak RM35,000 melalui lagu Tolong Ingatkan Aku. AJL ke 25 ni berjaya dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Sunday, January 9, 2011

Syok ooo jadi popular nih

Salam,
Kalau dah popular ni, buat apa pun jadi cerita meriah... haha... tapi syok ka jadi popular nih? Nak pi melepak kat shopping complex pun tak senang... hihi...

Pemain bola sepak popular, David Beckham telah melelong sebuah kereta mewahnya, Porshe di laman lelongan eBay. Kenderaan jenis Porsche 911 Convertible Turbo hitam itu kini menjadi rebutan dengan nilai harga bermula serendah kira-kira AS$1.01 juta (RM3 juta).

Jika nilai tersebut adalah bidaan terakhir, bermakna bintang tersebut menerima keuntungan berlipat kali ganda kerana dia membeli kereta tersebut pada tahun 2008 dengan harga AS$100 ribu (RM300,000) dan menambah kos ubahsuai sebanyak AS$50 (RM150 ribu).

Hilang akai betoi, duit dah terlebih sampai tak tau nak buat apa dah nih... tak pepasai bagi untung kat orang yang dah senang lenang... haddoiiihh...

Friday, January 7, 2011

Petua jaga bateri henpon

10 Tips Untuk Memperpanjang Umur Bateri Handfon

Hampir setiap dari kita mempunyai handfon. Malah kini, percayakah anda bahawa pelajar taska (tadika) pun memilik handfon?

Bagi seorang pemakai handfon yang aktif, masalah utama yang dihadapi ialah terpaksa mengecas bateri setiap kali handfon kehausan tenaga.

Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai "kitar hayat pengecasan"nya. Belum ada sampai saat ini bateri yang mempunyai hayat seumur hidup. Ertinya setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), itu dihitung sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.

Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 "kitar hayat pengecasan"nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali "kitar hayat pengecasan"nya.

Setiap jenis bateri memiliki waktu "kitar hayat pengecasan"nya masing-masing. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun masa pemakaian. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah teknologi bateri pun juga terus mengalami peningkatan. Sekarang mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.

Tips memperpanjang umur bateri handfon:

1. Hemat penggunaan bateri handfon dengan mematikan fitur-fitur yang jarang di gunakan.

Anda ingat bahwa bateri handfon anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin boros anda menggunakan kapasiti bateri anda, maka semakin sering anda perlu mengecas ulang bateri berkenaan, itu artinya umur bateri handfon anda bakal cepat habis. Untuk menghindari hal tersebut, anda perlu berhemat dengan mematikan fitur – fitur yang tidak atau jarang anda gunakan.

Ada beberapa fitur yang boros tenaga yang biasanya kita temukan di handfon-handfon canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sadar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan fitur tersebut jika ia tidak digunakan.

2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handfon anda.

Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handfon. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana saat pengecasan tingkat radiasi dan panasnya menjadi bertambah) menelefon sambil mengecas handfon juga akan tetap menyedut sumber daya, sehingga secara tak disedari, itu akan memanjangkan proses pengisian ulang, yang ertinya kinerja bateri bakal lebih berat.

3. Biasakan untuk mematikan handfon atau setidaknya mematikan fitur getar -vibrate-(saat anda sedang mengecas)

Mematikan hanfon saat proses mengecas adalah tindakan bijaksana, tujuannya adalah supaya proses pengecasan berjalan dengan lancar tanpa adanya gangguan, sehingga prosesnya pun bisa berjalan dengan lebih cepat dan tidak membebani bateri yang sedang dicas.

Namun bila ingin tetap memasang handfon, usahakan untuk mematikan fitur getar handfon. Fitur getar adalah salah satu fitur yang memboroskan bateri handfon.

4. Jangan sering – sering terlebih-cas bateri.

Ini juga salah satu kebiasaan buruk lainnya yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, meskipun sebenarnya bateri handfon kita sudah penuh. Yang paling parah, kita biasanya suka melakukan proses mengecas waktu hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami "overcharge" selama 2 – 3 jam, dan itu bukanlah hal yang baik. "Overcharging" bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak

Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana hanfon berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak

6. jangan letak anda di tempat yang suhunya melampau.

Suhu udara yang ekstrim adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau dingin yang berlebihan boleh merosak komponen tersebut, termasuk juga bateri handfon. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, alamatnya and aperlu mencari bateri baru.

7. Gunakan pengecas yang tulen.

Logiknya sederhana, pengecas yang tulen sudah direka dengan tegangan arus yang sesuai untuk mengecas bateri handfon tersebut. Sering pinjam charger atau menggunakan charger yang tidak sesuai bisa mempengaruhi asupan daya ke battery dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

8. Jangan sering – sering menjatuhkan handfon anda.

Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lain soal jika jatuhnya secara tidak sengaja, tapi ini kejadian yang paling sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja langsung mati total.

9. Usahakan jangan terlalu sering menggunakan charger kereta untuk mengisi ulang bateri.

Seperti yang diterangkan sebelumnya, arus daya yang tidak stabil dalam proses charge boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang "cigarete lighter" sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.

10. Bersih itu pangkal sihat.

Ternyata bukan cuma tubuh saja yang harus dijaga kebersihannya, menjaga kebersihan handfon, terutama di daerah konektor (logam penghubung) bateri dengan handfon, perlu rajin dibersihkan.

Mencegah selalu lebih baik daripada memperbaiki. - GB

Thursday, January 6, 2011

Himpunan petua orang tua tua

1. SENGGUGUT
Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika haid. Petua yang boleh dicuba dengan mengambil 2 sudu air asam jawa dibancuh dengan segelas air panas, campur 3 kerat gula melaka, kacau sehingga sebati kemudian tapis.. Minum segelas setiap hari anda akan merasa lega.

2. RESDUNG
Remdam kunyit ke dalam air kapur dan biarkan semalaman. Kemudian tumbuk kunyit tersebut sehingga hancur. Ambil airnya dan titiskan ke dalam lubang hidung sambil selawat 3 kali. Lakukan di waktu malam iaitu sebelum tidur. Anda juga haruslah berpantang dari memakan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain selama sebulan. Amalkan petua ini insya'allah anda akan perolehi hasilnya.

3. BULU ROMA LEBAT
Masalah bulu roma lebat tentu mendatangkan kerisauan dan tidak selesa terutama pada kaum wanita. Bagi mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis campurkan dengan sedikit gula pasir. Kacau hingga sebati dan sapukan campuran tersebut pada bahagian yang ditumbuhi dengan bulu roma itu, biar kering selama setengah jam, setelah itu baru dicuci.

4. JERAWAT
Remaja sering mengalami masalah jerawat, kadangkala sukar untuk diubati. Cuba petua mudah ini dengan menggunakan tepung sagu yang dicampur sengan sedikit air. Sapukan tepung sagu yang bercampur dengan air tersebut seperti memakai bedak sejuk. Amalkan setiap malam dan pada keesokan harinya cuci muka dengan air suam.

5. MENJAGA KESEGARAN MATA
Ambil daun lobak merah, rendam dalam satu mangkuk air panas, biarkan dalam beberapa minit. Setelah itu minum air tersebut 3 kali sehari sebelum makan.

6. KELEMUMUR
Masalah kelemumur juga boleh menyebabkan rambut akan gugur. Untuk mengatasi secara tradisional, ambil semangkuk daun inai yang ditumbuk halus, kemudian dilumurkan pada kulit kepala yang dibasahi dengan air terlebih dahulu. Bungkus rambut dengan plastik pembungkus rambut dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu cuci rambut anda dengan air sehingga bersih.

7. LEMBUTKAN RAMBUT
Ambil 10 helai daun bunga raya, tumbuk sehingga halus dan selepas itu sapukan pada rambut hingga ke akar rambut. Bungkus dengan plastik pembungkus rambut selama setengah jam. Kemudian cuci rambut dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu anda akan dapat hasilnya.

Terima kasih pada sahabat kak Ros yang sumbangkan bahan ni dengan ucapan terima kasih daun keladi... hihi...

Wednesday, January 5, 2011

Pengganas mengganas

Ini baru sebenar benar pengganas. Ini baru sebenar benar penjenayah. Dunia kelam kabut, depa lagi tak berhati perut membelasah rakyat di Semenanjung Gaza.

Pesawat tempur Israel dilaporkan menyerang dua sasaran kawasan yang dikuasai Hamas di Semenanjung Gaza, awal hari ini tetapi belum ada laporan mengenai mangsa yang cedera.

Sasaran pesawat Isreal itu ialah di terowong yang menghubungkan Gaza dengan Mesir berdekatan Bandar Rafah yang juga didakwa menjadi markas latihan sayap kiri Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan dua pesawatnya menyerang kawasan yang didakwa mereka sebagai 'pusat aktiviti pengganas'. - AFP

Tuesday, January 4, 2011

Alahai badminton negara

Salam,
Kak Ros minat badminton, dok main jugak tapi petang petang la lawan smash ngan laki kak Ros depan laman rumah... haha...

Nak lebih lebih tak berpeluang, nak asah bakat anak anak rasanya tak sampai tangan... badminton tu pun pulak bukan sukan yang murah... hahah... Jadi kak Ros ni hanya minat badminton dari jauh saja la, sokong pasukan negara apa yang patut. Setiap perkembangan tu kak Ros dok ikut sikit sikit saja la.

Jadi kemelut dalam sukan badminton negara ni kak Ros tengok macam ada sesetengah puak yang pentingkan ego memasing tanpa meletakkan sukan negara diatas segalanya. Tak tau la secara terperinci, tapi mungkin jugak sukan badminton negara sekarang ni merupakan bidang yang menjanjikan income yang lebat kot bagi sesapa yang terlibat, sebab tu jadi cacamarba habih.

Terbaru ni kak Ros dengar jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek letak jawatan dan keluar dari BAM kononnya tak sehaluan dengan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj walaupun dinafikan oleh James Selvaraj kemudiannya. Ia ekoran tindakan James yang melakukan rombakan terhadap sistem kejurulatihan dan corak latihan yang diterapkan sebelum beliau dilantik menjadi Pengarah Prestasi Tinggi BAM.

Kemelut yang bukan lagi ribut dalam cawam BAM tetiba terjadi dikala pemain pemain badminton kita berada dikemuncak takhta dunia... apa yang sebenarnya terjadi nih...

Kak Ros sebagaimana rakyat kebanyakan yang lain jugak bukan nak tengok pegawai sukan berpolitik tapi kak Ros teringin sangat nak tengok pemain yang berkualiti beraksi untuk negara... meletakkan kepentingan diri dibawah kegemilangan sukan negara...

Kesian kan... hasil kerjatangan bapa sendiri

'Jangan terkejut tengok muka saya'

Oleh MUSTAPA LAKAWA

WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam.

Monday, January 3, 2011

Berita buruk awal tahun

Perokok tegar kian ramai, itulah berita yang bagi kak Ros berita paling buruk bagi tahun baru 2011. Tak tau la apa pekdahnya hisap rokok nih, masuk angin keluaq asap.. duit licin tinggai kurap...

Asap yang dihembus ke segenap ruang dan lebih teruk, dibawa angin yang tak pepasal menggangu orang di sekeliling yang tidak merokok, malah yang alah, turut terkena tempiasnya. Kempen kerajaan dan badan badan NGO bagai tak menjadi dan tak menepati ke sasaran kerana hingga ke hari ini peratusan perokok tegar di Malaysia semakin meningkat, bahkan berada di tahap membimbangkan.

Jangan kata yang lelaki, pompuan pun tak terkecuali. Dedulu zaman kak Ros remaja, maaf cakap laa... rokok ni hanya untuk jalang hotel murahan saja... rokok dipandang cukup hina bagi pompuan... lelaki okey lagi pasai kononnya nampak stail dan mancho. Sapa la yang bangang pi set stendet bodoh macam tu.

Orang pompuan la ni kata merokok kononnya nak kekal langsing. Padahal ia hanya mitos, cuba lihat di sekeliling anda, berapa ramai perokok yang gemuk. Memang rokok boleh mengurangkan selera makan sekali gus membuatkan berat badan susut tetapi realitinya, ramai perokok tegar juga gemuk.

Merokok merupakan amalan yang tak baik dan tak bagus untuk kesihatan baik lelaki ataupun perempuan. Malah mengikut kajian, merokok bagi perempuan mendekatkan mereka pada penyakit lebih cepat dari lelaki...

Jom berhenti merokok, mai sama sama kita jadikan planet kita bebas dari asap rokok. Jadikan dunia yang kita pinjam dari anak cucu kita ni kekal hijau untuk mereka diami.

Saturday, January 1, 2011

Artis Faizal Yusup meninggal dunia

Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Tragis

Salam,
Hati ibu mana yang tak diregut pilu... hati ibu mana yang tak dihentak ngilu... memang ini ketentuan Allah s.w.t. Tiap sesuatu Tuhan jadikan sebab dan sabit.

Sebak... Norlida yang cedera di kaki hiba terkenang arwah anaknya. 

Kak Ros pun tak tau nak kata lebih lebih, nanti orang cakap kita ni modai cakap saja pandai, berat mata yang memandang, berat lagi bahu Norlida Khalid ni menanggungnya.

Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, anak kepada Norlida Khalid, 39 telah maut apabila dirempuh dua motosikal rempit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin. Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Menceritakan detik tragis kira-kira jam 11.15 malam itu, Norlida menunggang Honda EX5 bersama anaknya ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol . Nurzulaihah yang ketika itu berdiri untuk mencarinya sambil menangis turut dirempuh sebuah motosikal lain hingga tercampak agak jauh.

Lihat saja tindakan tanpa menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan oleh mat mat motor tadi telah meragut kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka.

Maizawati kemalangan

Salam,
Diawal pagi tahun baru ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36. Syukur alhamdulillah, Maizawati dilaporkan stabil bersama kandungannya berusia 5 bulan itu.

Kemalangan tersebut berlaku pada 5:15 pagi 28 Dis tu melibatkan kenderaan yang dipandu Maizawati dengan sebuah kenderaan lain di Ipoh. Terkini Maizawati telah selamat selepas menjalani pembedahan tangan kirnya yang patah dan sekarang ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Baru 2011

Salam,
Dalam dok sibuk sibuk siapkan baju sekolah kastemer ni, kak Ros nak selitkan jugak posting terakhir tahun 2010 nih... hihi... baju baju sekolah diorang dah nak siap dah... boleh berbaju baru kesekolah ditahun baru, insyallah...

Kita ni dah berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan. Pahit manis jangan dibuang, jadikan dia teladan dan sempadan. Sejarah diri yang kita sendiri boleh kaji dan pelajari untuk kebaikan diri sendiri. Moga apa yang kita semua lalui ini akan mengajar kita satu erti hidup dalam mematangkan lagi diri.

Bagaimana biasa, tahun baru masihi akan disambut meriah, tak serupa tahun baru hijrah. Namun tak salah kita nak sambut tahun baru yang bakal menjelma ni tapi haruslah bersyarat. Jangan ada unsur unsur keagamaan yang membawa kita menyimpang dari Islam, jangan gatai lebih bercampur lelaki dan pompuan, agama kena jaga dan pelihara. Kalau kita tak jaga, sapa lagi yang nak diharapkan. Elakkan hiburan-hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan.

Azam, pun tak salah nak berazam... tapi kena realistik dan mampu direalisasikan oleh kita. Takkan kita tak tau kot kemampuan diri, boleh buat ka tak boleh... hihi... Kesimpulannya, jom la kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2011 nanti.

Kak Ros? Hmm... ada la sikit sikit nak kembangkan bisnes sendiri... kalau husband mampu tolong laa...
Related Posts with Thumbnails