Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 27, 2011

Jangan "Nujumkan" anak sendiri, beri peluang...

Anak mahu cemerlang

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
IBU bapa sering merungut anak mereka bermasalah, malas, tidak solat, gagal mengurus masa, kerja sekolah tidak siap dan degil.

Hakikatnya, mereka bukan malas. Pengalaman kami mengendalikan Seminar Motivasi Alihan Pelajar sejak lebih 15 tahun lalu mendapati anak-anak mahu cemerlang dan suka menggembirakan ibu bapa mereka.

Cuma, mereka mungkin kurang diberikan dorongan positif, tidak ada tujuan dan matlamat hidup atau tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk berjaya.

Apa yang kita rasa, sangka dan jangka maka itulah cara anak-anak kita bertingkah laku.

Jika kita rasa anak kita tidak cukup bagus, jangka anak akan timbulkan masalah, maka bagaikan seorang tukang ramal yang tepat, itulah yang berlaku.

Sebaliknya apabila kita rasa anak ada peluang, kita sangka mereka boleh dan kita harap kecemerlangan, itulah kemungkinan besar yang berlaku.

Minda umpama magnet yang akan menarik apa sahaja bentuk fikiran dan gambaran yang dihasilkan. Oleh itu letakkan rasa, sangka dan jangkaan yang besar terhadap diri anak-anak kita.

Apabila kita jangkakan anak-anak boleh berjaya dan penghujung kepada perjalanannya sebagai seorang pelajar sedia menanti sebuah kecemerlangan, kita akan berusaha dengan lebih proaktif.

Kita belikan buku-buku tambahan dan keperluan anak. Kita masukkan dia dalam pelbagai program yang boleh mengasah bakatnya. Kita usaha tingkatkan prestasi pelajarannya dan membantu mengatasi kelemahannya melalui kelas tuisyen. Malah kita juga tidak akan kedekut menghantar anak-anak ke seminar motivasi dan teknik belajar.

Pendek kata, kita akan lakukan apa sahaja dan sanggup berkorban wang ringgit kerana kita percaya anak boleh cemerlang. Kepercayaan itu datang daripada apa yang kita rasa, sangka dan jangkakan itu tadi.

Sikap membuat andaian buruk merugikan masa depan anak-anak. Misalnya apabila disarankan membeli buku latihan atau buku tambahan, ada ibu bapa yang berkata, "buat apa beli buku latihan banyak-banyak. Bukan anak saya buat pun. Tahun lepas buku yang telah dibelikan untuknya dia hanya buat latihan dalam beberapa muka surat sahaja. Anak saya ni pemalas sikit".

Pertama, ibu bapa sudah menanam persepsi negatif tentang kemampuan anak mereka.

Kedua, ibu bapa tidak percaya yang anak mereka mampu melakukannya.

Ketiga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendorong dan mendisiplinkan anak-anak bagi memastikan mereka mahu memanfaatkan buku-buku yang telah dibeli itu.

Begitu juga apabila ibu bapa mengetahui sesuatu program atau seminar motivasi diri atau teknik belajar, mereka lalu berkata "Alah, buat apalah masuk program atau seminar motivasi ni, kesan perubahannya seketika sahaja. Kelak nanti anak balik semula kepada perangai lama".

Sebenarnya ibu bapa yang tidak faham akan objektif atau tujuan sesuatu program itu. Minda manusia berfikir menggunakan rujukan. Apabila berdepan dengan satu perkara baru atau masalah, minda akan mencari apakah sumber maklumat yang ada dalam simpanannya.

Maklumat-maklumat ini menjadi asas kepada penyelesaian, pandangan, idea dan kreativiti. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk minda menghasilkan sesuatu yang baik dan bernas.

Apabila anak-anak ikuti seminar, bengkel atau program motivasi dan teknik belajar, mereka memperoleh pelbagai maklumat baru terutamanya berkaitan dengan aspek kecemerlangan, pengurusan diri dan pembelajaran.

Maklumat baru ini pastinya akan diadun, diaplikasi dan dimanfaat anak-anak dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap masalah, tekanan atau kesukaran.

Akhirnya, keputusan serta tindakan yang diambil oleh mereka biasanya lebih efektif dan matang berbanding anak-anak yang tidak pernah terdedah dengan ilmu-ilmu kecemerlangan.

Kawalan diri mereka lebih baik. Jika mereka tersalah langkah atau tersasar jauh ke hadapan, mereka tahu cara untuk berpatah balik dan bangkit semula daripada kegagalan. Semua ini adalah kesan yang tidak boleh dilihat secara langsung namun berlaku dalam diri anak-anak.

Apabila persepsi negatif wujud dalam minda ibu bapa maka itulah yang berlaku. Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, minda umpama magnet yang akan menarik apa yang ada di dalam fikirannya.

Ini bersesuaian dengan hadis qudsi yang mana Allah telah menegaskan: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku... ." Maknanya apa yang kita gambarkan dan fikirkan itu adalah satu doa. Sebenarnya bukan rugi apa pun jika kita berfikiran lebih positif terhadap anak-anak. Yakin bahawa mereka boleh berjaya dan mampu melakukan perubahan. Cari kebaikan dalam diri anak dan suburkan kebaikan itu.

Cari kelemahan dan kekurangan diri anak lalu berusaha mengikis dan mengatasinya. Berkorban hari ini demi kecemerlangan masa depan anak.

Anak-anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej masing-masing yang lengkap dengan bakat dan kebolehan yang ada dan dominan pada dirinya dan tiada pada diri orang lain.

Tugas ibu bapa adalah memberi peluang untuk anak-anak mengenal, memupuk, mengasah dan memanfaatkan bakat serta kebolehan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini bagi mencari rezeki.

Dengan memberikan anak-anak kita pendedahan dan peluang, mereka akan mampu maju jauh ke hadapan berbanding dengan anak-anak orang lain. Kecemerlangan akademik itu penting tetapi ia bukannya satu-satunya sahaja jalan untuk berjaya.

Malah, pengalaman kami menganjurkan seminar Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang.

Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat 40 dalam kelas akhirnya masuk dalam kelompok lima pelajar terbaik selepas berkursus selama dua hari.

Ada yang dulunya duduk dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat 'A' dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMR.

Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Maklumat lanjut, hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar di talian 03-22734622 atau 05-3134622 atau layari www.laman-map.com.

Saturday, February 26, 2011

Tak cantik la Shahir... hihi...

Salam,
Terkejut gak kak Ros bila dengar si Shahir telah disyaki sakit kanser hati. Ya laa, kanser ni serius dik... bukan boleh dibuat main main. Takkan dia nak kelentong pasai sakit yang serius camni kot...

Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8) ni dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

Tapi Alhamdulillah, selepas diperiksa katanya, penyakit tu belum sampai ke tahap serius.

Woii, kalau dah tak serius, tak yah la bagitau... buat suspen orang saja. Tajuk Shahir Disyaki Sakit Kanser Hati saja pun dah buat peminat kecut dan ghairah nak baca dan ambik tahu. Takkan nak cari glamour camni punya gimik kot...

Kak Ros pun pernah jugak disuspek kena kanser camtu... errrr... kira kira 4 tahun lepas punya cerita nih, tapi relax ja pun, tak mau famili gelabah... kan... Sori la Shahir, kak Ros nampak tak cantik saja... hihi...

Friday, February 25, 2011

Daphne peluk Islam

Salam,
Wahhh... gamat seketika Malaysia bilamana Daphne Iking, pengacara terkenal telah disahkan sendiri olehnya memeluk Islam dan berkahwin dengan sorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

Beliau dikabarkan memeluk Islam selepas saja melawat Taj Mahal, apa yang mahalnya dengan Taj Mahal tu tak tau la kak Ros. Ini menunjukkan bahawa seseorang tu kalau dah Tuhan nak bukak hidayahnya, dimana mana saja boleh jadi sebagai sebab... ya dak?

Kak Ros nak ambik kesempatan ni nak ucapkan tahniah lah pada pengacara Daphne Iking kerana memilih agama Allah ni sebagai anutan dan pegangan.

Thursday, February 24, 2011

Sebelum adanya chatting room... hihi...

Bahagia sungguh rumahtangga anak beranak nih... haha... layan pi laa... dah kak Ros pun tak tau nak post apa hari nih... hihi...

Wednesday, February 23, 2011

Buat suami yang ku cintai... hihi...

Salam,
Bilik kalau tak dak perabut, sah nampak macam gelanggang badminton... haha... Bukan kak Ros ni suka mengada ngada, tapi betoinya pun... memang penting sungguh bilik dan ruang tamu kita kena ada perabut. Tak la nampak janggal sangat kan?

Tapi sebagai sorang surirumah, kak Ros ni tak la mengada ngada sangat. Kak Ros tak pernah demand yang bukan bukan dari laki kak Ros, asalkan cantik dan bermutu... haha...

Tapi kalau kita tengok sekarang ni, Malaysia sendiri sebenarnya berjaya menghasilkan perabot berkualiti yang khas dibuat untuk dieksport. Dari segi mutu dan gaya, tak kurang juga kalau dibandingkan dengan yang impot punya. Tapi rakyat kita pulak berbelanja secara purata hanya RM120 setahun untuk membeli perabot, yang lainnya depa beli perabut dari luar negara kot. Ya la, satu sofa boleh bertahan bertahun tahun kalau pandai dijaga... hihi...

Dari segi kuasa membeli, tak leh la kita nak lawan ngan penduduk Eropah yang rata-rata membelanjakan 400 euro (RM1,660) manakala rakyat Amerika Syarikat (AS) secara puratanya melabur AS$300 (RM910) setahun untuk membeli perabot. Lagipun perabot kat Malaysia ni boleh dikategorikan sebagai murah. Namun masih ramai rakyat Malaysia yang gemar membeli perabot buatan luar negara. Jadi, pembuat tempatan kena eksport lah...

Apa yang kak Ros gusarkan tu, kita ikat perut semata mata nak beli perabut impot, tetiba terbeli perabut yang asalnya Malaysia yang telah diekspot ke luar negara... haha... padan ngan muka...

Jadi bagi kak Ros la, bukan la nak ghairah sangat yang impot tu, dapat yang tempatan pun jadik laa... haha... takkan laki kak Ros ni tak paham paham lagi kot, mau dok order la apa yang patut... hihi...

Tuesday, February 22, 2011

Lawak ka... hihi...

Salam,
Rasa macam tension la... selak akhbar sana, buang bayi. Bukak akhbar sini, eksiden mati... hadoiihh... sibuk betul dunia sekarang nih. Nak hilangkan tension, kena la gelak gelak sikit. Tapi kak Ros tak pandai la nak buat lawak... hihi...

Hmm... semalam sorang kenalan kak Ros emelkan sketsa lawak nih, jadi tak salah kot biar kak Ros kongsi dengan korang semua, boleh la hilangkan sikit tension kita...


***********************************

Kisah Razak Membeli Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita... apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit... lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Monday, February 21, 2011

Alaahai... Misha ooi...

Salam, tok sah kata kat hangpa... kak Ros pun terbeliak mata bila baca... hihi... betoi ka Misha Omar dah bergelar isteri, dah tu isteri ketiga pulak tuh...

Haha... tak salah kalau nak menikah, besa la. Tapi tentunya kita kalau secara ikhlasnya mesti maukan yang teruna. Bukan yang laki orang, tak mau la kan kita ni dikatakan sebagai perampas suami orang. Penyebab pada keretakan rumahtangga orang lain. Tapi apakan daya kan, kita ni pompuan... bukan boleh pilih pilih macam pilih ikan kat pasar basah... Jadi akan ada jugak antara kita jadi yang nombor dua atau ketiga.

Tak salah jugak kalau dah jadi camtu, asalkan bukan dipandu nafsu. Si lelaki pulak berkemampuan ikut segala tuntutan agama... takkan tak boleh kot... nombor tiga pun tak pa janji bahagia...

Sunday, February 20, 2011

Laki yang layak terima maki...

Salam,
Kak Ros pun tak tau apa motif si bapa ni yang didakwa membunuh bayi pompuan yang baru berusia 10 hari tu, gila ka? Pasai tak dak duit ka, pasai dah tak kerja?

Kalaulah dia bunuh anak sendiri yang masih lagi bayi tu dengan penuh sedar, memang tak layak jadi manusia la. Sebab tu pihak berkuasa kena siasat, bagi keadilan pada dia dengan sewajarnya. Kita pun tak rela menghukum orang yang tak bersalah.

Cuma kak Ros nak pesan kat orang lelaki terutamanya, hangpa tak besa mengandung, hangpa tu tak besa heret perut besaq ni selama sembilan bulan sebelum beranak dan hangpa pun tak besa beranak dan rasa macamana seksanya masa mengandung dan betapa peritnya masa beranak.

Banyak dari kaum lelaki yang lupa diri, tak sedar di untung yang depa tu pun dilahirkan oleh sorang wanita kedunia Allah s.w.t ni. Dengan izin Allah jua, hangpa dah besaq panjang dan jadi laki pada sorang wanita yang bergelar isteri. Sebab tu bila isteri hangpa tu mengandung dan nak beranak, kena jaga depa tu betoi betoi, wanita yang akan melahirkan zuriat hangpa jugak. Bukan dok buat tak ketahuan kat depa.

Bila dah tak sedaq diri maka akan timbullah kes bapa mendera isteri dan anak anak dan termasuklah jugak sanggup membunuh zuriat sendiri....

Memang layak kena maki la kalau kita jumpak laki jenih macam nih...

Saturday, February 19, 2011

Resepi: Ikan kering tumis darat

Salam,
Gulai ikan kering adalah antara resepi pertama yang kak Ros dapat dari emak kak Ros. Cara membuatnya pun tak la susah macamana resepi resepi lain yang boleh merah paha kena cubit... senang jar... hihi...

Lagi pun kak Ros pun suka jugak gulai ikan kering nih, sedapp... tapi kena berjaga jaga takut kena darah tinggi... hihi... Ikan kering tersebut seeloknya hendaklah direndam semalaman supaya kurang sikit masinnya.

Bahan-bahan:

4 hingga 6 keping tulang ikan masin (ikan talang atau ikan merah)
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kari ikan
(kak Ros suka rempah lebih... hihi...)
1/2 biji kelapa parut - diambil 2 cawan santan
4 biji ubi keledek - dipotong empat
2 biji terung bulat - dibelah enam
1/4 biji nanas - dibuang empulur dan potong kecil
3-4 ulas bawang putih (blender)
2 ulas bawang besar (blender)
1 sudu teh jintan manis (tumis)
3-4 ulas bawang merah dan bawang putih (tumis)
1 tangkai daun kari (tumis)
3 keping asam gelugor (asam keping)
2 sudu besar minyak
Garam jika perlu

Cara Menyediakan:
  1. Campurkan rempah daging dan tulang dengan satu cawan pati santan, kemudian rebuskan hingga mesra.
  2. Masukkan satu lagi cawan santan diikuti dengan ubi keledek. Apabila lembut, masukkan nanas.
  3. Setelah masak, kecilkan api dan ketepikan bahan tadi.
  4. Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, jintan manis, bawang putih serta daun kari.
  5. Tumis sampai naik wangi kemudian tuang semua bahan dalam kuali ke dalam periuk. Tutupkan api.
  6. Tutup periuk selama 10 minit agar bahan-bahan menjadi lebih mesra sebelum dihidangkan.
Satu lagi petua yang kak Ros nak perturunkan, jangan gatai tangan masukkan garam dulu, sebab ikan kering ni selalunya dah masin. Apa pun rasa dulu sebelum tambah garam... jangan tambah garam dulu baru nak rasa... selamat mencuba...

Thursday, February 17, 2011

Ada lagi lelaki bacul dan dayus

Salam,
Tak tau la pasai apa, kak Ros mesti menyinga gila bila tengok ada lagi lelaki yang anggap orang pompuan ni punching bag diaorang. Memang bacul betul la lelaki jenih camni.

Kaum Hawa ni memang diujudkan oleh Allah s.w.t sebagai amanah pada kaum Adam untuk menjaganya. Jaga dari segi zahir dan batinnya, bukannya menyeksakan hidup diaorang sampai patah pinggang. Bayangkan macamana tahap panas barannya laki dia nih, sehinggakan isteri beranak enam ni patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Sepatutnya si isteri ni tak boleh dok kesian sangat dah kat suami yang jenih tak bekerja dan penagih dadah ni, mau dok repot Polis saja, biaq dia rasa meringkuk di Pusat Pemulihan dari jadi mayat hidup menyiksa orang sekeliling dia nih.

Tuesday, February 15, 2011

Adat beragama...

Salam,
Hari Maulidur Rasul sampai lagi... kak Ros syukur walaupun tambah tua... hihi... tapi masih dikurniakan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk mengajar diri ni ikut akhlak mulia Nabi.

Payahka jadi manusia yang beragama?

Kita sayang diri sendiri, Tuhan akan sayang kita pasai diri ni hak Dia. Kita sayang nabi Muhammad, Tuhan pun akan sayang kita pasai Muhammad tu kekasih Dia. Kita ikut akhlak Muhammad, tentu sekali Tuhan pun sayangkan kita pasai akhlak Muhammad adalah akhlak terpuji kekasih Dia.

Ikut saja la, yang dok pi ikut akhlak yang jelak jelak tu buat hapa... tak dak agama tak pa laa....

Monday, February 14, 2011

Hujung glamour dunia artis?

Salam,
Najis dadah ni kalau dah tersangkut, habis punah ranah segala galanya yang kita ada. Glamour ka, kekayaan kita ka, keluarga yang dibina sekian lama ka.... habis jadi sejarah.

Kes kes macam ni la yang buatkan artis Malaysia dengan dadah ni begitu sinonim. Terbaru, Ameng Spring atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail telah sekali lagi ditangkap kerana dadah. Gambar Bernama menunjukkan dia dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah, hari ini. Bagaimanapun, isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah dan Menthamphemine di sebuah hotel di Melaka, 1 Febuari lalu.

Jom kita fikir fikirkan bersama, layak atau tidak artis artis Malaysia yang kebanyakannya sarat dengan kontroversi ini dijadikan idola atau ikon pada anak anak bangsa kita. Walaupun bukan semua, tapi majoriti artis baik Malaysia ataupun Indonesia sudah tercalar teruk dengan kelakuan yang menjijikkan, jauh sangat dari adab kita sebagai umat yang beragama.

Wednesday, February 9, 2011

Takut anak ikan tu yang mati dulu... hihi...

Salam,
Kak Ros tengok pun rasa geli, tak geli mai mana kalau dah ikan dok geletek kaki camtu... bayangkan berapa ratus pasang kaki yang dok celup dalam kolam ikan yang sama... addehh....

Email dari sorang kawan yang kak Ros terima menceritakan bahawa Kementerian Kesihatan UAE telah memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.

So lepas ni, korang beringat ingat lah yaa... beringat sebelum kena... hihi...

Saturday, February 5, 2011

Alahaai, babi hutan pun gigit orang ka...

Babi hutan tersilap jalan daaa....

Salam,
Tergamam gak kak Ros, tak pernah dengar pulak la babi hutan ni gigit orang. Kat Jeli, sorang warga emas berdepan saat getir apabila terpaksa bergelut hampir setengah jam dengan seekor babi hutan yang menyerangnya ketika membersihkan kebun buahnya di Kampung Gemang, dekat sini, Isnin lalu.

Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan lengan kiri mangsa, Bunga Musa, 70, terkoyak selain kaki kirinya menerima lima jahitan.

Friday, February 4, 2011

Salman Khan pun boleh kena baling batu... hihi...

Susah nak bagi semua orang sukakan kita walaupun kita ni dah terkenal macam Salman Khan nih. Pelakon bollywood itu baru baru ini mengakui dibaling batu ketika melakukan penggambaran filem terbarunya berjudul Bodyguard.

Rupa rupanya bukan kerana benci Salman dibaling batu tu, tapi orang orang Jepun marah pasai taman Pune Okayama Friendship Garden, Jepun ini terpaksa ditutup kerana pengambaran filem dia dan ini menimbulkan kemarahan penduduk sekitar. Taman yang menrupakan salah satu tempat popular itu ditutup selama tiga hari untuk penggambaran filem yang dibintangi aktor Salman Khan dan Kareena Kapoor.

Kemarahan bertambah serius apabila penduduk menunjukan protes melalui sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada pemilik taman terbabit.

Selain tidak dibenarkan masuk ke taman tersebut bantahan turut dilakukan akibat pembuangan sampah yang ditinggalkan kru produksi filem tersebut.

Kareena Kapoor akan memainkan watak seorang gadis kaya, sementara Salman memainkan watak sebagai penjaganya.- mStar

Thursday, February 3, 2011

Close call...

Salam,
Jangan dok ranggi la main ngan binatang nih... nak marah ke depa pun tak boleh, bukan depa ada akai... kalau manusia sekalipun akan hilang akai kalau dah lapaq... hihi...

Habis la hang kali ni...

Salam,
Dadah ni persosak bangsa, pembunuh pada manusia. Tak kira sapa jugak yang terpalit ngan najis dadah ni akan merutun turun imej diri dan seterusnya kerjaya depa. Apatah lagi artis yang punya ramai peminat seperti Ameng nih...


Ameng ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam. sumber

Tak serik-serik! Ini yang selalu buatkan artis artis lain dipandang serong, dunia artis dipandang jijik. Kalau dah perangai macam jin, macamana nak jadi idola pada anak anak bangsa kita. Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang.

Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan.

Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang.

Tuesday, February 1, 2011

Terkesima

Salam,
Kak Ros jadi terkesima, Allah izin benda ni terjadi dibumi Arab... sesuatu yang diluar jangkaan...

Kepingan domino pertama tergolek di Tunisia, kini Mesir terima habuannya pula... Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni, menurut Al-Jazeera. - EPA
Related Posts with Thumbnails