Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 31, 2011

Malek Noor rebah main bola

Salam,
Tentu ramai yang kenal Malek Noor kan? Ya la, bekas jagoan bina badan negara kan...

Terkini kak Ros pun terkejut membaca si Malek Noor ni jatuh diserang sakit jantung ketika bermain bola. Dia dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi.

Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat.

Wajib tonton, video gempa bumi dan tsunami di Jepun 11 Mac 2011


Rasa lega jugak la jadi pompuan

Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra


Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat, dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

"Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya.

Pada 4 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana.- Bernama

Wednesday, March 30, 2011

Jackie Chan mangsa Twitter

Berita Palsu Kematian Jackie Chan Tersebar di Twitter

Jackie Chan

Salam,
Sapa yang tak kenai ngan bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56 tahun. Kak Ros pun minat ngan dia yang mengangkat seni kung fu cina sebagai seni mempertahankan diri yang hebat secara santai dan semula jadi. Dia tipu dalam filem tapi orang syok dan percaya... haha...

Tapi kali ni dia pulak yang dimainkan. Dia telah menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin. Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.-mStar

Tuesday, March 29, 2011

Resepi: Kerabu sotong

Salam,
Hari ni tak tau nak posting apa... saja ja teringat resepi lama lama untuk dikongsi ngan pengunjung blog kak Ros nih... kali ni kak Ros nak kongsikan resepi berbentuk kerabu iaitu kerabu sotong... sedap... tak percaya tanya laki kak Ros... hihi...

Bahan-bahannya:
200 gm sotong putih (potong ikut suka asaikan berseni...)
100 gm kacang panjang (hiris halus, boleh jugak diganti dengan kerang atau cendawan dicelur)
2 tangkai cili merah (hiris halus)
4 tangkai cili padi (hiris halus)
5 ulas bawang kecil (hiris halus)
20 gm daun pegaga (hiris halus)
1 sudu besar kerisik
Garam dan lada sulah
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis (perah)

Cara menyediakan:
  1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.
  2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.
  3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.
Kak Ros selalu gak buat ni tapi tak masuk kerisik. Tapi kalau nak masuk pun tak pa... kacang tanah yang ditumbuk kasar pun boleh tarok sekali, perah jus limau nipis bagi lebih dan ditabur bunga kantan pun sodapp... haha... cubalah...

Monday, March 28, 2011

Rakaman Tsunami Ke-2 Melanda Jepun Hari Ini

Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.

Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 mil sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.

Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

TERKINI: Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.

Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.

Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.

Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.

Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.

Wallawoiii... seram nih...

video
Salam,
Dunia dikejutkan lagi dengan kebesaran Tuhan apabila berlakunya gempa bumi 8.9 skala richter dengan diikuti oleh tsunami di Jepun yang mengorbankan lebih dari 10,000 orang sehingga kini.

Setiap kejadian atas muka bumi ni sebenarnya adalah ujian Allah s.w.t... semata mata nak menginsafkan kita betapa jangan dok angkuh dan bongkak dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. Tapi kita di Malaysia ni hanya dapat lihat tanpa dapat merasai sendiri. Itulah kebaikan yang ada dipihak kita...

Video atas ni kak Ros jumpa dalam simpanan yang dah lama tersimpan, tapi baik untuk diulang tayang. Pendek saja video ni tapi memang seram laa... bayangkan manusia yang terperangkap dalam suasana tu, apa agaknya yang dia rasa ya... hmmm...

Insaflah wahai manusia yang kita ni hamba...

Sunday, March 27, 2011

Resepi mee bandung

Salam,

Hari ni semua cuti, anak anak yang jauh pun balik berhimpun riuh rendah rumah kak Ros... Laki kak Ros pun bersantai depan komputer...

Anak dara kak Ros teringin nak pekena mee bandung hari ni, dia nak surprisekan ayah dia sama... mee bandung spesel hasil tangan dia... haha... pepagi lagi dia dah ke pekan cari bahan bahan ngan abang dia, lantak lah... kak Ros ngan suami nak tengok saja... hmmm, oke jugak la rasanya... hihi... jadi la kan, anak sendiri yang tolong buatkan...

Ni ha bahan bahan dan cara cara rosakkan mee ala anak dara kak Ros... haha...


MEE BANDUNG

Satu bungkus mi kuning (mi basah)
Sedikit daging lembu (di hiris)
Sedikit daging ayam (di hiris)
5 ekor udang basah (agak agak laa)
Sedikit taugeh
10 biji cili kering di kisar (nak pedas lebihkan lah)
1 ulas bawang putih – diketuk
1 mangkuk stok ayam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap cair
Sedikit kacang tanah – ditumbuk
1 biji limau kasturi
Telur ayam
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
Bunga jagung, bunga gobis, buah tomato belah empat...
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah...
Minyak masak, garam & gula pasir

Cara membuat
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan cili kisar.
  2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan gula pasir. Biarkan merenih...
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih...
  4. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, daging, daging ayam dan sawi
  5. Apabila mendidih, pecahkan telur dan biarkan hingga telur keras.
  6. Masukkan mi dan semua sayuran...
  7. Akhir sekali masukkan sikit tepung jagung yang siap dibancuh untuk pekatkan kuah.
  8. Tutupkan api.
  9. Hidangkan bersama hirisan cili merah, daun bawang, daun sup dan limau kasturi.
Sedap ooo... hingga menjilat siku...

Saturday, March 26, 2011

Hihi... lawak la iklan lawak nih...

video
Salam,
Kak Ros santai saja hari ni, sibuk sikit kemaskan dapur. Orang pompuan ni kerja apa lagi kalau ada lapang... tambah tambah surirumah sepenuh masa cam kak Ros nih... hihi...

Kak Ros postingkan ni satu video lawak, lama dah ni... tapi best la jugak, boleh dilayan hilangkan semak dan lenguh lenguh badan... haha...

Friday, March 25, 2011

Video: VVIP di akhirat...

Ni budaya mana pulak dah...

Salam,
Kak Ros pening betoi la ngan anak bangsa kita ni, mak pak mana yang tak pening kalau camni gayanya... Ni ha, budaya mana pulak dah yang menular kat negara kita ni. Budaya apa yang dah merasuk anak bangsa kita. Budak pompuan kat Kelantan ni cedera terjun tingkat 3 dengan niat nak bunuh diri.

DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.

Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit. Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Buat malu negeri saja, Kelantan tu negeri Ilmu, serambi Mekah... tak nampak ka Ilmu yang bertaburan kat Kelantan tu, belajar Ilmu Islam tak nak, jalan bunuh diri jugak yang dipilih. Orang politik tolong la kurangkan politiking, tumpu pada anak bangsa kita yang kian hanyut nih...

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.

Thursday, March 24, 2011

Hilang sat semak kepala


Layan pi la kot kot boleh hilangkan sikit semak dalam kepala...

Elizabeth Taylor meninggal dunia

LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung.

Beliau berusia 79 tahun. Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya.

Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung. Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet. - The Guardian

Wednesday, March 23, 2011

Dunia akhir zaman

Salam,
Posting kali ni kak Ros tulis dalam keadaan rasa geli yang teramat dengan rasa nak termuntah pun ada... bukan lekat perut tapi kak Ros jadi pening pasai nak tidur pun tak senang, bising memekak, riuh rendah satu Malaysia...

Orang la ni rasa megah sungguh boleh dok pertontonkan aib orang yang belum tentu betoi ka tidak tuh... betoi ka dengar kata pendedahan ni dah kantoi... alahaii... dunia akhir zaman...

Sunday, March 20, 2011

Berat lagi bahu yang memikulnya

Salam,
Takdir Tuhan menentukan segalanya, tapi sadis la kan kalau tetiba dapat call bayi dalam keadaan nazak tersedak susu. Benda ni bukan jadi atas riba ibunya tapi ditangan orang lain yang diberi upah untuk beri perhatian pada bayi kita... adusss... tak tertahan rasanya...

Ikuti laporan kosmo dibawah ni tentang kejadian terbaru, lagi kisah bayi mati tersedak susu. Takziah pada keluarga mangsa, moga tabah menghadapi dugaan Allah ni... ya la kan, cakap senang... berat lagi woii bahu yang memikulnya ya dak?

INILAH pusat jagaan di Shah Alam tempat Adelia didakwa tersedak susu sebelum meninggal dunia.

Ikut ceritanya, pasangan suami isteri Muhammad Nizzam Aminuddin dan Fariza Tukir terima panggilan kecemasan mengatakan anak bongsu mereka, Adelia yang baru berusia dua bulan sedang nazak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Shah Alam, Selangor.

Pada waktu itu, mereka sibuk memilih pakaian untuk Adelia di sebuah pasar raya di Shah Alam. Muhammad Nizzam, 34, masih ingat dia bersama isterinya berkejar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan di Seksyen 14 selepas pengurusan taska memaklumkan arwah dihantar ke sana dari sebuah klinik di Seksyen 10.

Mangsa sebelum itu dipercayai tersedak ketika diberi minum susu botol oleh kakitangan taska itu.

Berkongsi bala Allah

Salam,
Kak Ros tak pandai, hanya suri rumah ja... tapi apa yang kak Ros tulis ni adalah apa yang kak Ros nampak dari pengamatan kak Ros. Hasil dari kerisauan sendiri, kalau tanya menteri kabinet... semua okey... sebab yang merana bukan depa tapi rakyat... hihi...

Kita jangan dok ingat kesan radiasi yang la ni tengah bertebaran di udara Fukushima, Jepun tu hanya untuk orang Jepun saja. Ingat janji Allah s.w.t, kelalaian manusia lain menuruti perintah perintah Allah akan terpalit sama bala bencananya pada manusia lain diseluruh muka bumi.

Jepun adalah sebuah negara maju dan ego, tak nafikan la... atas dunia ni, bab teknoloji adalah hak depa laa....

Tapi bila dah jadi gempa bumi terkuat dan terburuk sejak 140 tahun sejarah Jepun pada Mac 11, 2011 hari tu dan diikuti oleh tsunami... Jepun bagai terkaku dengan kebesaran dan kekuatan alam ciptaan Allah ni. Seluruh dunia kaget dan bagai meratap kemusnahan teknologi yang dikatakan terbaik dunia tu...

SEBUAH gerabak kereta api yang dihanyutkan tsunami 11 Mac lalu masih terdampar di kawasan tanah perkuburan di Onagawa, Miyagi, semalam.

Apa kesannya bala di Jepun terhadap orang lain di dunia?

Dah heboh dah seantero dunia kini setelah dikeluarkan kenyataan oleh pihak berkuasa Jepun semalam apabila mereka mengesan paras luar biasa radioaktif dalam susu dan bayam di kawasan berhampiran loji nuklear yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami.

Menurutnya, susu yang tercemar itu ditemui di wilayah Fukushima, tempat loji nuklear berkenaan terletak sementara bayam ditemui di Ibaku, wilayah berhampiran.

“Radiasi melebihi tahap yang dibenarkan oleh undang-undang Jepun dikesan,” kata mereka.

Ini lah bala yang perlu di kongsi oleh rakan rakan dunia lain hasil dari hukuman yang telah Allah jatuhkan pada keangkuhan manusia. Manusia lain bagai terjangkit mungkin disebabkan oleh menutup mulut bagai mengiakan keangkuhan manusia buas yang lain merosakkan eko sistem dunia sewenang wenangnya tanpa bantahan.

Wallahuaklam...

Saturday, March 19, 2011

Apa hal kau sengeh ni Man?

Salam,
Apa hal yang kau sengeh sengeh macam kerang busuk ni Man?

Oooo... kau juara raja lawak 5 yerk... tahniah laa... walaupun kak Ros jarang sangat perati korang berlawak tu, tapi kak Ros rasa kau orang bertiga yang tersenarai dalam raja lawak 5 akhir tu memang berbakat laa...

Man atau nama sebenar Abd Rahman Kassim, 33, dipilih sebagai juara program realiti Raja Lawak Astro musim ke lima dalam pertandingan akhir malam Jumaat. Program yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu menyaksikan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 45 peratus. Manakala Kumpulan R2 yang dianggotai oleh Rahim Mat Ali dan Ridhzuan Mat Ali yang menerima undian 32.5 peratus sekadar berpuas hati memenangi tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Balas dengan undian 22.6 peratus.

Dengan kemenangan tersebut, Man berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbagan Astro.

Sementara kumpulan R2 dan Balas tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000, barangan elektrik serta trofi.

Injil di Melayukan

Salam,
Kak Ros buat blog walking hari ni terjumpak satu dari posting terbaru Pak Long Din yang kak Ros rasa berkenan sangat. Kak Ros copy paste ja tanpa kebenaran pun... sori la Pak Long yerk... hihi...

Salam semua...

Saja la Pak Long nak peringat sikit ni. Kalau kita tewas... tak bermakna lawan kita tu kuat dan bijak... yang pastinya diri kita ni masih jauh dari kesempurnaan. Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah menyempurnakan diri kita hadapi lawan yang berpeluang untuk tewaskan kita tu. Macam tu la jugak kalau iman kita ni tungging langgang habih hanya kerana Injil nak di Melayukan, tak bermakna pihak belah sana tu betoi dan pandai... sebenaqnya kekuatan akidah kita ni yang indah kabar dari rupa... Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah perindahkan rupa seperti yang dikabarkan...

Sebab tu la, depa nak tulih dalam bahasa apa pun al-kitab depa tu mampuih pi kat depa laa... bagi Pak Long, yang tu semua bukan isu yang sebenaqnya... isu yang sebenaqnya disini ialah ketidakyakinan kita terhadap kesempurnaan Islam sebagai agama terbaik anutan kita... tu saja...

Kata kita ni Islam, tinggai dalam negara Islam... takkan Injil dah di Melayukan pun tak terlawan. Mana dia keindahan Al-Quran yang kononnya jadi panduan... haha... Mana dia kekuatan Muhammad yang di wasiatkan kat umat dia... satu pun hangpa tak pakai ka... Kita takkan ketaq lutut sampai macan ni kalau keindahan, kekuatan dan kebijaksanaan yang diwasiatkan Muhammad nabi junjungan dulu tu, kita amalkan... Kita takkan jadi gelabah bewak macam ni kalau keagungan Islam yang diwar warkan, sebagai agama Allah tu kita pegang betoi betoi...

Islam bukan boleh dok ambik setengah setengah, yang tak suka letak sebelah...

Betoi, Pak Long setuju... mungkin ada antara kita yang takut akan ada budak budak kita yang terpengaruh dengan Injil yang di Melayukan tu... (serupa la macam selama ni tak dak lagi anak Melayu yang dah rosak... haha...) Mengkalu takut anak bangsa jadi murtad, pakat pakat asuh la depa ngan ilmu akidah, bukannya dok biaq hiburan bersepah sepah. Mana dia tugaih kerajaan untuk letakkan Islam ditempatnya, dah puaih hati dah ka kerja buat hangpa setakat ni... apa dia pulak tugaih jabatan jabatan agama, takkan nak bertindak tangkap orang tak posa saja kot...

Pak Long nak peringat sangat sangat kat kita semua, kelemahan kita sendiri jangan pulak nak di mangsakan pada ajaran orang lain... hodoh sungguh... haha...

Pak Long tak suruh la hangpa semua pi baca Injil yang dah di Melayukan tu... haha... tak pasai pasai nanti Mak Long hang hamput Pak Long pulak... haha... tapi kalau la Pak Long tak tau apa yang terkandung dalam Injil tu benda apa, agak agak hangpa la... Pak Long boleh tau ka Islam tu indah dan sempurna. Takkan la Pak Long nak rekomenkan agama yang buruk ajarannya dan hodoh pembawakannya kat Mak Long hang, kan Pak Long sayang kat Mak Long hang... Maknanya kita kena kenai jugak apa yang lain tu ada... baru kita boleh tengok kesempurnaan apa yang ada kat kita...

Bukan saja saja woii... Pak Long nak puji, tapi Mak Long hang ni memang lawa... haha... Lebih cantik lepaih Pak Long kenai dia luaq dan dalam. Lebih lebih lagi la indahnya kalau Pak Long boleh kenai syariat dan hakikat diri dia... haha... Kalau Pak Long tak kenai ngan orang lain, mampuih Pak Long tak tau kelebihan dan kekurangan Mak Long hang. Kecantikan Mak Long hang terserlah lepaih Pak Long kenai dia siang dan malam serta luaq dan dalam. Keindahan hakikat disalut ngan keelokan syariat... wallawoiii... haha...

Nak pi tengok Mak Long hang sat, pakai bedak dak lagi... haha...

Wassalam...

Friday, March 18, 2011

Pilihanraya Sarawak

Salam,
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini menjadi tumpuan seluruh negara kerana berkemungkinan besarnya Pilihanraya Sarawak akan diadakan bila bila masa saja dari sekarang. Ramai pemerhati politik merasakan yang pilihanraya Sarawak nanti besar kemungkinannya akan diadakan pada April 2011 nanti.

Taib Mahmud ketika memberikan amanat kepada belia Sarawak ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Belia Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Sarawak, Jumaat. - Foto BERNAMA

Thursday, March 17, 2011

Video ancaman nuklear di Jepun meruncing

video
Japan nuclear crisis, a slow-moving nightmare...

Tak selamat tapi apasal kena tunggu sampai 2012 baru nak ban...

PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan.

Ini yang kak Ros tak paham nih, kata tak selamat tapi pasai apa ambik masa lama sangat baru nak haramkan, apasal tak ban serta merta... nak jaga jugak lagi para peniaga takut rugi. Para peniaga yang sepatutnya disaman kerana tak bertanggungjawab menjual botol susu yang tak selamat digunakan oleh pengguna terutama sekali kanak kanak.

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Gempa dan tsunami, nuklear Jepun meruncing

KRISIS NUKLEAR JEPUN MERUNCING

FUKUSHIMA 15 Mac – Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup dalam tempoh empat hari lalu selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas.

Perdana Menteri, Naoto Kan menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik.

Ketika bercakap mengenai paras radiasi di reaktor No. 4 yang meletup hari ini, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui terdapat kemungkinan jelas kesihatan penduduk boleh terjejas.

“Tidak syak lagi berlainan dengan situasi masa lalu, paras radiasi kini pada paras yang boleh membahayakan kesihatan manusia,” kata Edano.

Kedutaan Perancis dalam kenyataan pada 0100 GMT (9 pagi waktu Malaysia) memberi amaran, angin radioaktif paras rendah boleh sampai ke Tokyo dalam masa kira-kira 10 jam, tetapi pihak berkuasa mengesan paras radiasi melebihi normal lebih awal daripada itu di ibu negara Jepun itu.

Paras radiasi di bandar Maebashi, 100 kilometer ke utara Tokyo mencecah 10 kali paras normal, manakala hanya radiasi paras rendah dikesan di ibu negara matahari terbit itu, yang ‘tidak menjadi masalah’, kata pegawai bandar raya menurut agensi berita Kyodo.

“Berlaku kebakaran dan letupan di reaktor No. 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar meningkat dengan ketara, kemungkinan berlaku lagi kebocoran bahan radioaktif bertambah meningkat,” kata Kan dengan wajah suram dalam ucapan ke seluruh negara.

Negara serantau juga semakin bimbang dengan risiko radiasi, termasuk China. Syarikat penerbangan Air China membatalkan penerbangan ke Tokyo sementara kerajaan Jepun mengumumkan zon larangan terbang sejauh 30 kilometer di sekitar reaktor di Fukushima.

Media Jepun mula mengkritik Kan berhubung tindakannya menangani bencana itu dan membidas kerajaan dan operator loji nuklear, TEPCO kerana gagal menyalurkan maklumat lengkap mengenai insiden tersebut, terutamanya risiko terhadap kesihatan.

“Keracunan radiasi yang sangat teruk, seperti yang berlaku di Chernobyl dan kepada pekerja Jepun di stesen tenaga nuklear itu, tidak mungkin menimpa penduduk awam,” kata pakar patologi kimia di Universiti Hong Kong, Lam Ching-wan.

Namun, letupan di reaktor itu boleh menyebabkan penduduk awam terdedah kepada radiasi jangka panjang, yang meningkatkan risiko kanser tiroid dan tulang serta leukemia terutamanya kepada kanak-kanak dan anak dalam kandungan, katanya.

Sejumlah empat letupan berlaku di loji Fukushima sejak kompleks itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu, dengan letupan terbaru di reaktor No. 2 dan No. 4, hari ini. – Reuters














Ini kesan dari gempa bumi berukuran 8.9 skala richter yang melanda Jepun diikuti oleh tsunami yang memakan banyak korban harta benda. Manakala angka korban masih belum disahkan walaupun angka kehilangan meningkat lebih 10,000 orang.

Ancaman radiioaktif dari loji nuklear di Fukushima telah memburukkan lagi keadaan di Jepun yang kini dilanda musim sejuk...

Wednesday, March 16, 2011

Video tsunami di Jepun

video
Salam,
Ego manusia melawan kekuasaan Allah s.w.t...

Ini semua bagai peringatan buat manusia bahawa Allah itu wujud bukan untuk diketepi tapi untuk di dekati, di puji dan di ingati... anyway takziah kak Ros pada semua mangsa di Jepun... kita hanya mampu bersimpati dari jauh ja laa...

Sumber video dari myMetroTV...

Ikan serang pantai Acapulco

Salam,
Akibat dari tsunami di Jepun ekoran gempa bumi kuat 8.9 skala richter pada 11hb Mac 2011, ikan ikan telah dilihat bagai menyerang pantai Acapulco di Mexico. Jutaan ikan memenuhi persisiran pantai seakan akan tompok tumpahan minyak.

Jika dilihat secara dekat. Anda akan dapat melihat jutaan ikan sardin, ikan teri, dan ikan kembung melonjak lonjak di sepanjang pantai tersebut. Persoalannya .. adakah ini kesan dari gegaran gempa bumi dan tsunami di Jepun?

Siapa tahu !
Macam tompokan minyak!

Seorang lelaki cuba menagkap ikan mengunakan sauk 

Cuba untuk menghampiri kumpulan ikan terbabit

Jutaan ikan !

Dapat tangkap ikan seekor pun.. jadi la !

Related Posts with Thumbnails