Sahabat adalah perisai diri

Saturday, April 30, 2011

Cendawan busut

Salam,
Alaahaai... teringat la pulak kak Ros masa zaman sekolah dedulu nih. Bila musim hujan saja time balik sekolah mesti ramai ramai kutip cendawan nih... meriah betul. Tapi sekarang ni tak dak dah... kak Ros pun tak pernah nampak dah nak tunjuk kat anak anak secara live... depa tanam rumah habih... hihi...

Jom kita layan kejap video berkenaan dengan rezeki bagi para pemungut cendawan busut nih... lumayan woiii...

Friday, April 29, 2011

Kak Ros nak cuba jugak la benda nih... hihi...

Salam,
Hihi... kak Ros rasa macam nak cuba la benda alah nih... haha... kurang kurangnya ada gak kerja disamping dapat kurangkan lalat dalam rumah... haha...

1) Tangkap seberapa banyak lalat yang boleh...
2) Carikan kertas kosong
3) Pensil
4) Kreativiti... haha...

Letakkan lalat atas kertas kosong tadi dan lukis apa saja yang sepadan dengan kedudukan lalat tadi... elok masukkan dalam frame... haha...

Peringatan!! jangan ajar pada anak anak, takut nanti dia tinggalkan pelajaran kerana terlampau asyik dengan keras tangan aneh nih... hihi...









Cubalaaa.... macam best jaa... haha...

Gambar anak Maizawati

Bayi Maizawati yang mesra didukung suaminya...

Salam,
Saat melahirkan anak memang tak dapat nak dinukilkan atau digambarkan dengan kata kata. Kemanisan menatap wajah bayi kita sendiri boleh menghilangkan sakit perit waktu bersalin dan itu merupakan anugerah Allah jua. Anugerah anak buat ibu dan anugerah nikmat dari Allah pada keluarga. Siapa yang merasa, tahu lah....

Tentu si Maizawati tu rasa macam mana ibu ibu lain rasakan juga, memanjangkan zuriat si suami barunya. Bagi Maizawati Zainal, 36, ini adalah anak ketujuhnya tapi bagi suaminya Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23, ini merupakan anak pertamanya.

Alhamdulillah dan tahniah la dari kak Ros buat Maizawati kerana selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, pukul 4.15 pagi, Rabu.

Thursday, April 28, 2011

Putera William nak kawin dah...

Salam,
Hari perkahwinan kita merupakan hari paling bertuah dan paling manis bagi ramai orang tapi kalau tak kena ngan gayanya.... hari tu lah merupakan hari paling memenatkan dalam hidup kita...

Apatah lagi bila kena usung sana sini, dah macam tak raja sehari lagi dah.... Tapi Putera William kat UK nih akan jadi raja bukan sehari ni saja... tapi raja berhari hari selagi dikehendaki oleh rakyat Britain...

Gambar Reuters atas sana menunjukkan pedati yang akan digunakan pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton hari ini menghiasi majlis raptai di Istana Buckingham, semalam.

Wednesday, April 27, 2011

Uniknya ahli syurga

Hadith:
DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:
"sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

Para sahabat bertanya:
"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Berasa hebat

Salam,
Kita ni tak dak apa...
Segalanya hak Allah s.w.t...
Jangan sekali kali berasa hebat...

Monday, April 25, 2011

AC Mizal ni dah pikiaq habih dah kaa... hihi...

DATUK AC Mizal menyerahkan borang keahlian UMNO kepada EXCO Perak, Datuk Hamidah Osman ketika Program Jom Masuk UMNO di Ipoh, Hari ini. - Foto NSTP

Salam,
Bagi kak Ros la... tak salah si Mizal ni nak aktif dalam politik tapi lebih elok kalau dia dok diluar sempadan dan tak terikat dalam memana parti politik selagi dia tu cergas aktif dalam bidang seni dan bisnes dia tuh...

Sdr Bob Lokman tu lain, dia dah jumpa jalan yang dia cari dan mungkin bersara terus dari bidang seni yang melalaikan dirinya... tapi Sdr AC masih lagi aktif, kalau tak salah kak Ros laa... kak Ros nasihat ja, sebab tak cantik la kan, artis dan juga bidang bisnes ni berpolitik... kesan jangka panjangnya tu ada... lain la kalau dah bersara dan nak cari makan dalam politik sepenuh masa pulak...

Cari makan dalam politik ni dengar katanya lagi lebat income... haha...

Kesiannya kereta buatan Malaysia dihina

Salam,
Kesian kan kat kita...
Nak marah pun tak boleh dah memang betoi...
Bukan salah ibu mengandung pun tapi kadang kadang tu kak Ros terfikir gak ni semua kerana syarikat pembuat tu yang kerja depa bukan ingat keselamatan penumpang dan pembeli tapi semata mata pentingkan keuntungan...

Sunday, April 24, 2011

Kemahuan dan jalannya

Salam,
Kata orang tu, dimana ada kemahuan... disitulah ada jalannya. Hasil kerja kita akan baik sekiranya jalan yang kita pilih tu betul dengan kehendak kerja kita. Baik buruk tak kira la, tapi hasil dari kerja kita tu bermula dengan jalan yang betul serta kemahuan yang tinggi...

Ni ada cerita lawak nih... cerita yang terjadi kat Penang ni dimana sipenagih dadah ni sanggup berulang-alik selama tiga hari dengan hanya berbasikal untuk mengangkut pelbagai jenis barang bernilai RM553,000 yang dicuri daripada kediaman seorang ahli perniagaan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya.

Wallawoii... kalau la kemahuan dan jalan yang dia pilih ni digunakan dengan baik untuk perbetulkan dirinya, kak Ros rasa tentu akan berjaya macamana berjayanya dia kebas barangan mangsa yang bergelar Datuk tuh... haha...

Antara barang yang dicuri lelaki berusia 36 tahun tu dari rumah mangsa di Jalan Macalister dekat sini termasuk pelbagai barang kemas, jam tangan Rolex, pingat bintang kebesaran, bungkusan syiling, pen berjenama, pelbagai mata wang asing dan keris kurniaan Sultan Kelantan.

Dia dikatakan sempat menjual jam Rolex bernilai RM15,000 itu dengan harga RM50, sebilah keris bernilai RM18,000 dengan harga RM150 dan beberapa bintang kebesaran serta barang-barang hiasan perak serta pen berjenama milik mangsa pada harga di antara RM50 dan RM100.

Saturday, April 23, 2011

Terkejut monyet... hihi...

Thursday, April 21, 2011

Dakwah cara moden... hihi...

video
Salam,
Kak Ros jadi syok pulak tengok kreativiti bebudak muda la berdakwah... jom layan... baguih la lagu ni, berdakwah cara moden...

Wednesday, April 20, 2011

Haha... lawak lawak...

Salam,
Orang kata ketawa ni ubat segala penyakit... hihi... tapi jangan ketawa lelebih sampai lupa diri dah la...

Tak padan ngan jongang

Ketua Geng Jongang mati ditembak

SEREMBAN: Ketua kumpulan penyamun warga asing yang digelar "Geng Jongang" mati ditembak anggota polis selepas cubaan menyerang anggota terbabit menggunakan parang di Taman Bukit Sendayan, dekat sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dua lagi rakannya sedang memotong pagar sebuah rumah yang terletak di lot tepi di taman tersebut.- myMetro

Tuesday, April 19, 2011

Salah siapa... haha...

video 
Salam,
Kak Ros dah tengok berkali kali dan masih mencari salah siapa sebenarnya nih... 

Cuba tengok betul betul, ni bukan salah si drebar yang tak tau pandu... ni salah orang tu yang silap buat lubang betul betul ngan tayar kereta dia... hihi...

Betul tak...

Ni yang kata malang tak berbau nih...

Lemas dalam kolam hiasan. Riduawan Che Man, 34, menunjukkan kolam ikan hiasan di mana anaknya Muhamad Amirul Wajdi (gambar kecil), berusia 14 bulan ditemui lemas di rumah mereka di Taman Teja, Changlun petang kelmarin. Muhammad Amirul dikatakan merangkak sebelum jatuh di dalam kolam sedalam 0.5 meter itu. - Foto Rahmat Othman

Monday, April 18, 2011

Jangan gelak...

Salam,
Tengok boleh tapi jangan dok gelak suka sangat, sekurang kurangnya dia berusaha jugak dirikan tiang agamanya... entah entah darjat dia lebih tinggi dari kita di sisi Tuhannya... hmmm....

Sunday, April 17, 2011

Sayang Sarawak sungainya sempit...

Opocott... ooppsss... terpeluk sudah... hihi...

Saturday, April 16, 2011

Mai tengok Will Smith nyanyi hindi

Friday, April 15, 2011

Waran Tangkap Terhadap Norman, Memey

Oleh SALWA SHA’ARI

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.

“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.

Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

Jom dengar cerita Malek Noor

Renjatan jantung Malek Noor

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
MALEK tidak berhenti mengucap syukur selepas sedar dari pengsan.

MINGGU lalu, jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, 56, rebah di padang bola sepak di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas.

Dia dikejarkan ke Hospital Pantai Ipoh dan doktor yang memeriksanya mendapati dua saluran arteri jantung milik penyandang enam kali Mr. Asia kategori heavyweight itu tersumbat.

Ekoran masalah itu, Malek telah diberi rawatan angioplasti iaitu pembedahan untuk membentuk semula pembuluh darah. Keadaannya bertambah baik dan stabil selepas itu.

Ditebak soalan punca serangan tersebut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini masih mencari jawapannya.

“Saya terkejut dengan serangan tersebut kerana menurut doktor kandungan kolesterol dalam badan saya tidak terlalu tinggi.

“Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana sudah beransur sihat dan boleh pulang ke rumah. Pengalaman diserang penyakit jantung memang sukar untuk digambarkan.

Tersumbat

“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya seperti mati hidup semula. Sebaik saja sedar, saya hanya mampu mengucap kalimah syahadah sambil menangis,” katanya.

Serangan jantung Badang Asia itu mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana dia bukan sahaja bertubuh sasa bahkan diiktiraf sebagai seorang jaguh bina badan. Malah, dia kini merupakan pengarah eksekutif di sebuah pusat kecergasan.

Namun, insiden baru-baru ini membuktikan manusia yang terkenal dengan rutin bersukan dan mempunyai pengetahuan luas dalam pengambilan makanan sihat pun masih terdedah kepada serangan jantung.

Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Shaiful Azmi Yahaya memberitahu aktif bersukan tidak semestinya sihat.

“Kerap bersukan tidak bermakna anda sihat secara sempurna.

“Ini kerana banyak lagi aspek kesihatan yang perlu diambil berat selain senaman.

“Benar, senaman dapat membantu mengekalkan kesihatan tetapi ia perlu disokong dengan pengambilan makanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat.

“Memang ada orang yang mengamalkan rutin senaman atau bersukan tiga atau empat kali seminggu, tetapi bersenam sahaja tidak cukup untuk tampil sihat sekiranya kadar kolesterol dalam badan tidak dijaga.

“Begitu juga dengan pengambilan gula, tekanan darah tidak stabil dan merokok,” jelasnya.

Bukan untuk menakut- nakutkan, tetapi serangan jantung di atas padang yang membawa maut sudah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Ini termasuk vokalis kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45.

Popular dengan panggilan Shamrin, arwah dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, November tahun lalu.

Dalam kalangan atlet profesional, pemain kelab Seville dari Sepanyol, Antonio Puerta, 22, meninggal dunia secara mengejut ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan Liga Sepanyol menentang kelab Getafe pada 2007.

Ditanya mengenai punca utama serangan jantung mengejut, Shaiful memberitahu, penyumbatan pada saluran arteri jantung, masalah kongenital dan injap jantung yang sempit boleh mendatangkan serangan tanpa sebarang tanda.

“Kolesterol adalah halangan utama yang mengganggu kelancaran saluran darah di bahagian jantung.

“Terdapat tiga urat besar di jantung kita yang diameternya sekitar tiga atau empat milimeter sahaja.

“Kehadiran lemak sering menyempitkan saluran tersebut dan keadaan ini lebih teruk dalam kalangan perokok dan penghidap kencing manis.

“Bagi dua golongan ini, lemak pada urat jantung mereka mudah rosak dan pecah. Apabila pecah, lemak akan bercampur dengan darah.

Pecah
“Percampuran antara lemak dan darah tersebut menjadikan darah membeku dan bergumpal.

“Gumpalan darah beku tersebut akan menghalang saluran darah dan urat akan tersumbat. Keadaan ini menyebabkan ada kawasan jantung yang tidak menerima darah.

“Akibatnya, jantung boleh mendapat renjatan dan gagal berfungsi. Pesakit pula pada masa ini berada dalam keadaan yang sangat kritikal,” jelasnya.

Tidak hairanlah jika rawatan kecemasan tidak diberikan pada tiga minit pertama serangan, risiko untuk mangsa diselamatkan adalah tipis.

Melihat data kes yang dikendalikan di IJN sepanjang tiga tahun lepas, institut tersebut telah menangani 8,366 kes serangan jantung yang memerlukan pesakit diberi rawatan angioplasti.

Daripada jumlah itu, 24 peratus daripada pesakit berusia bawah 50 tahun dan 80 peratus daripadanya menghadapi masalah kolesterol tinggi.

“Dengan gaya hidup yang serba segera, serangan jantung dalam kalangan umur 25 hingga 27 tahun bukan lagi perkara yang mengejutkan.

“Masyarakat perlu lebih prihatin tentang kesihatan tubuh mereka.

“Jika bahagian tubuh luar yang cedera, kita dapat lihat, tetapi organ dalaman kita tidak tahu sedangkan ia lebih penting.

“Jalani pemeriksaan kesihatan berkala walaupun anda baru berusia 20-an. Jika usia sudah meningkat, kekerapan perlu ditambah kepada enam bulan sekali,” katanya.

Shahir ada alahan?

Salam,
Hmmm... jambu budak nih... hihi... tapi sayang la, dengar ceritanya si Shahir ni ada alahan pulak dah... hihi... tak sangka muka hensem camni rupanya taik penyakit ka... haha...

Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara AF8 atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani. Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal ‘jantan’ khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia!

Dia memberitahu Kosmo! yang turut berada pada sidang akhbar tersebut bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010. Sedangkan apabila Kosmo! bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung!

Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri. Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox!

Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir.

Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir.

“Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya,” jelasnya bersungguh-sungguh.

Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari.

Sebaliknya, dia memberitahu bahawa semasa acara tersebut dia sememangnya memakai solekan terlalu lama sepanjang majlis berkenaan berlangsung selama beberapa jam dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan alat solek yang digunakan.

“Memang saya akui pada mulanya saya menolak bergambar kerana berasa kurang selesa.

“Setelah diyakinkan bahawa bibir saya yang bengkak itu tidak jelas kelihatan dalam gambar, akhirnya barulah saya bersetuju,” ujarnya.

Dosa

Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu.

Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu.

“Pada saya, ia merupakan satu fitnah yang cukup berat apabila saya dituduh membuat suntikan bibir untuk kelihatan lebih menarik. Lagipun ia bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi turut melibatkan maruah keluarga.

“Seharusnya orang yang menyebarkan fitnah itu tahu tentang dosa yang diterima. Biarpun berasa sangat kesal, namun saya sedia memaafkan pihak terbabit sekiranya datang sendiri berjumpa dengan saya,” tegasnya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya lagi, dengan penjelasan yang diberikan itu dia meminta agar para peminat dan pihak media tidak salah sangka dengan apa yang telah berlaku dan berharap terus mendapat sokongan kepada perjalanan kariernya.

Kanser hati

Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika.

Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah.

Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.

“Alhamdulillah, sewaktu menjalani pemeriksaan sebelum ini, doktor ada memberitahu kepada saya supaya tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan kesihatan diri saya.

“Cuma doktor memberi pesanan supaya saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa,” ujarnya.

Menurutnya, ketika ini dia masih lagi dalam pemantauan doktor dan kini dia lebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Thursday, April 14, 2011

Laki bedebah... buat malu warga emas ja...

Suka noo... boleh dok kencing muka bini...
Salam,
Ciss... bedebah betoi laa... dunia moden patutnya perangai kita pun moden. Bukan undur belakang jadi kolot macam otak zaman batu. Pompuan mana tak marah kalau dah berita bini kena dera terjadi lagi dalam dunia moden la ni...

Kisah laki berang, panas baran... ego, sombong dan bongkak ni masih kedengaran dan tentunya yang menjadi mangsanya adalah pompuan. Dah tua tua ni, buang la perangai hodoh camtu. Bawak bawak la bersabar, malu kat anak cucu saja bila nama dan muka masuk surat khabar. Patutnya kita dah jadi orang tua tua ni kena la tunjuk tauladan yang baik baik kat bebudak muda ni.

Kisah seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal hanya kerana disuruh buang sampah telah memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. Lelaki warga emas yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

Yang paling kak Ros tak tahan tu bila laki tu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua... woiii malaon... bini hang tu tua pasai hang pun dah tua... sedar diri tu sama... Nak cantik tang muka saja ka, hati budi toksah peduli... Macam la dia tu muda sangat kata bini tu hodoh tua... macma la tingkah laku dia tu cantik sangat... pi kencing ke muka bini... dayus la woiii... ada akai tak pakai...

Wednesday, April 13, 2011

Akhirnya sebuah impian

Salam,
Kak Ros suka memetik laporan Bernama mengenai penyanyi popular kumpulan Spring ni. Dia cukup popular suatu waktu dulu iaitu si Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail. Beliau telah dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan dadah.

Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Ini fakta yang menunjukkan pada dunia betapa najis dadah bakal mengheret mangsa jatuh kelembah hina... dengan ini berakhirlah sebuah impian bagi insan yang lalai meniti sisa sisa hidup...

Video lawak: insiden kat rumah

Salam,
Boleh gak hilangkan tension bila tengok orang lain yang terkena... haha... tapi anggap ni semua sebagai hiburan waktu lapang jaa, jangan gelakkan orang... tak baik tuh... hihi... nanti terkena balik batang hidung kita... haha...

Tuesday, April 12, 2011

Perhatian untuk kaum pompuan...

video
Salam,
Ni video yang kak Ros dapat dari sorang kawan melalui email kelmarin... kisah geng penyangak bermotosikal yang bertindak ikut suka mak bapak depa, pecahkan cermin sisi kereta... rampas beg tangan sepantas kilat terus belah...

Dalam keadaan terkejut cermin kereta di pukul pecah tadi, kita akan panik... hanya tengok aksi beruk beruk tu balas harta kita yang tak seberapa... binawe betoi...

Jadi kak Ros nak berpesan la kat kengkawan yang drive hari hari tu, kadang kadang kita sendiri yang tarok gula invite semut datang menjamah... maknanya, ada beg tu korang sorokkan la kat bawah tempat duduk ka... jangan ditayang ditempat duduk sebelah tu... tau la beg korang tu mahai...

BERINGAT sebelum kena... sebab kalau dah kena macam kat video atas tuh, nak kejar pun tak dak jalan...

Monday, April 11, 2011

Laksa Penang

Salam,
Pepagi lagi kak Ros dah di heret ke Pekan... anak dara kak Ros nak pekena laksa pulak, laksa Penang... hihi... dah dok pun kat Penang... haha...

Penat jugak ke market nih, sesak ngan manusia... macam ngan barang dapat free jaa... Nak parking pun susah, selalunya kak Ros ke kedai depan rumah ja... Kedai tepi rumah ni takat sikit sikit tu ada laa... banyak bahan bahan yang tak dak, kat market ni semuanya ada, tinggai mak bapak ja tak dak jual lagi... hihi... jadi nak tak nak, kena jugak la menapak ke market...

Bahan bahan kak Ros buat laksa simple ja...

1 bungkus laksa
1 kilo ikan sardin, tambah ikan kalau nak pekatkan lagi

2 kuntum bunga kantan
Sedikit daun kesum
Asam keping


Blender...
30 biji cabai kering (rendam dan buang biji dulu)
Sedikit belacan
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit halia

Sayuran (dipotong halus)
1 biji timun
1 pokok salad
Sedikit daun pudina
2 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan

Cara buat dia tu besa ja laa....

Laksa hendaklah direndam barang 2 jam dan direbus hingga lembut. Ikan pula direbus hingga mendidih, tos dan biarkan sejuk. Air rebusan ikan tadi digunakan kembali dengan memasukkan bahan bahan yang di blend tadi diatas dapur. Isi ikan yang diasingkan dimasukkan kedalam campuran tadi setelah di blend. Tulang ikan sisa dari pengasiangan isinya tadi di blender asing dan tapiskan kedalam campuran kuah tadi.

Kalau kuahnya terlalu pekat, tambah air ikut suka. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.

Anak dara kak Ros senyum lebar... dok kat hostel tak merasa la laksa Penang piaawww camni... boleh makan puas puas...

Amanah Tuhan

Salam,
Apa lah dosa pada bayi perempuan ni... ia telah ditemui terdampar oleh sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, semalam. Bayi ni kan amanah Tuhan, rezeki dari Allah... kenapa dibuang amanah dan rezeki Tuhan sebegini. Bayi ni dilahirkan ke dunia dengan cukup sifat pulak lagi... tapi dibuang terdampar di atas rumput di tanah perkuburan pulak tuh...

Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri. Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui. Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.

Sunday, April 10, 2011

Sambut orang baru

Salam,
Kak Ros rasa seronok sangat, seronok sungguh sungguh bilamana adik ipar kak Ros dah pun berbadan dua... hihi... alhamdulillah, termakbul jua doa mereka berdua nak dapatkan anak sebagai pengikat kasih sayang diorang...

Terima kasih la kat adik Solehah yerk... pasai percaya dan sayang sungguh dia kat kak Ros... hihi... Kak Ros merasa sungguh bertuah kerana merupakan insan pertama yang dapat tahu berita teramat gembira ni lima bulan yang lalu... tapi kak Ros dipesannya sungguh sungguh jangan publishkan dalam blog... haha... nak surprisekan adik beradik yang lain kononnya... hihi...

Sekarang ni dah okey dah, nak surprise pun dah tak boleh... perut dah boyot... haha... sebab tu kak Ros istiharkan dalam blog nih, adik ipar kak Ros dah mengandung... yeehhaaahhh.... haha...

Kelmarin sari kak Ros melilau satu pekan, cari barangan baby dan jugak persiapan diri dia yang nak menempuh hari besar bagi dirinya... maklum la kan, anak pertama, kak Ros la jadi tempat pertanyaan carik pengalaman.

Suami kak Ros pun dah jeling semacam tuh... apa taknya, kak Ros pulak yang terlebih exitednya... ramah salah tak kena, tunjuk yang tu dan yang nih... hihi... lebih dari adik ipar kak Ros yang nak dapat baby tuh... haha... Tapi ya la, dia tu masih blur blur lagi tak tau apa nak buat, nak beli dan apa yang bakal ditempuh nanti...

Anyway... tahniah la kak Ros pada korang berdua dan selamat menempuh kealam baru yang lebih mencabar ikatan kasih sayang korang... hihi... insyaalalh... selain dari doa kehadrat Ilahi, kak Ros akan cuba membantu sekadar yang termampu.... jaga la diri elok elok...

Dr. Asri: Muzik didunia..?

Friday, April 8, 2011

Isi neraka

Pada kaum hawa semua... sama sama lah kita hayati kandungan ceramah Ustaz Kazim Elias nih... moga moga memberi pedoman dan manafaat pada kita semua hendaknya...

Post terbaru dari Malek Noor

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, bergurau bersama anak angkatnya, Nik Nur Amalin Aishah Nik Mahmud, 2, selepas dibenarkan pulang dari Hospital Pantai Ipoh (HPI), hari ini. - Foto Muhaizan Yahya

Thursday, April 7, 2011

Telur ayam tiruan?

Dikatakan kos mengeluarkan telur ayam tiruan ni cuma 0.55 Yuan saja di China...

Salam,
Berita yang mengejutkan dan membuatkan kita semua susah hati... terima kasih la pada CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang telah mengangkat isu penting ni ke pengetahuan rakyat marhaen. Penting ni, telur ayam memang penting. Bila hujung hujung bulan, terkejut tergempar lauk tak dak dalam peti ais... telur ni la jadi habuan bila tetamu tiba tiba datang.

Sebab tu CAP bingkas bangun membongkar kisah telur ayam tiruan yang dijumpai di Pulau Pinang supaya rakyat boleh berwaspada.... Tapi heran jugak kak Ros, so perfect telur ayam tu sampaikan orang tak boleh nak kenal ka asli ngan tiruan nih...

Kak Ros ada jugak terdengar dulunya... kalau tak salah bab tiru meniru ni teknologinya dari China... wallahuaklam.... tapi sebagai surirumah, kak Ros mesti la risau, takut ngan... tak pepasal nanti kita ditimpa penyakit... dah la habis duit kena tipu... hadoiihh....

*******************************

GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. - Bernama

Wednesday, April 6, 2011

Kak Ros pun heran...

Balu allahyarham Ahmad Sarbani 56...

Salam,
Kak Ros tumpang sedih ngan apa yang menimpa saudara kita balu kepada allahyarham Ahmad Sarbani, 56 yang ditemui mati dipercayai terjatuh dalam bangunan SPRM. Terkedu jugak la kak Ros bila terbaca kisah ni, terkejut pasai ni kali ke dua dah mangsa ditemui mati dalam jajahan takluk SPRM.

Kak Ros akur, bukan nak buat spekulasi apa pun... tapi heran la jugak kan... perihatin pun sama, kan kita ni warga Malaysia. Teringin sangat kak Ros nak tengok negara kita yang ditadbir oleh bangsa Melayu ni aman makmur, jauh dari segala tipu daya warganya.

Cerita selanjutnya disini...

Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.

Mangsa adalah Penolong Pengarah KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang merupakan salah seorang yang ditahan semasa operasi besar-besaran pada 1 April di seluruh negara.

Mustafar berkata, Ahmad tiba di bangunan itu pada pukul 8.26 pagi seorang diri dan mahu bertemu pegawai penyiasat, bagaimanapun pegawai terbabit sedang bermesyuarat.

Katanya, Ahmad menunggu di lobi sehingga pukul 9.30 pagi sebelum seorang pegawai membawanya ke sebuah bilik di tingkat 3 dan duduk bersamanya sehingga pukul 10.15 pagi.

"Pegawai terbabit kemudian meninggalkan bilik itu beberapa minit untuk mendapatkan pegawai penyiasat tersebut," ujarnya.

Apabila kembali, beliau mendapati, Ahmad hilang, tambahnya.

Mayat Ahmad kemudian ditemui terbaring di tingkat satu bangunan sama yang merupakan gelanggang badminton terbuka pada pukul 10,20 pagi, jelas Mustafar.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan yang dianggap sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Wan Azizah

Salam,
Saja ja la... kak Ros cuba sorotkan wajah lembut ini.

Masih merasakah barang sehari dalam hidpunya yang sedikit aman dari pandangan nakal para warga... masih nyenyakkah tidurnya jauh dari nukilan racau sang pemabuk kuasa...

Tuesday, April 5, 2011

Apa hal pulak ngan budak2 nih...

Jimmy bersama isterinya.
Salam,
Tak dak masa la kak Ros nak selak kain orang tapi bila dah depa sendiri yang selak kain depa, kita tumpang jengok dan golek kepala ja laa... hihi...

Kak Ros tak kenai sangat pun si Jimmy Shanley ni, katanya pengacara terkenal... terkenal ka?

Ada ka dia boleh bagitau isteri dia si Nursuhaila pi buat umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya... hilang akai ka hapa ni? Ikut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

Iskk... iskk... ni yang pelik ni, kak Ros dah lama dok perati puak puak artis kita ni. Masa menikah bagai nak rak buat majlis tapi tak dan berapa hari, berselerak habih... yang laki pi sana... yang bini dok sini... apa nak jadi tu, syok ka menikah lagu tu.... haha...

Maafkan kak Ros Jimmy oiii... kak Ros tak setuju betoi la cara hang selak kain kaum keluarga hang dalam surat habaq camni... rasa macam pelawa orang mai tengok punggung kita yang berpanau kurap tuh... haha... sori...



*******************************

Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isteri
Oleh SALWA SHA’ARI

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,” tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

“Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

“Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

“Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

“Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

“Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,” tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy mmfailkan permohonan kemabali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Monday, April 4, 2011

Akhil Hayy dituduh macam Ayah Pin?

Perniagaan ikut syarak

ALIH BIDANG... pejabat Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang.

KUALA LUMPUR: “Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab.

“Memang tiada perkara atau benda yang akan membuatkan semua pihak berpuas hati, jadi tidak hairanlah jika apa saja yang ana lakukan, pasti ada yang tidak kena.

“Bagaimanapun, ingin ana tegaskan di sini, perniagaan yang baru ana mulakan ini tidak berasaskan perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) seperti yang didakwa kerana kami lebih menitikberatkan perniagaan berteraskan 'trading' atau pemasaran satu tingkat (SLM),” kata artis dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan terhadapnya melalui blog kononnya perniagaan yang dijalankannya berteraskan sistem piramid, malah menggunakan kredibiliti sebagai pendakwah untuk ‘cari makan’ dalam perniagaan MLM.

Antara kandungan blog yang mencercanya berbunyi: “Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya itu ke apa?”

Penyanyi nasyid itu dituduh menjalankan perniagaan membekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan untuk orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tidak berpelajaran. Dalam masa sama, dia juga didakwa menipu orang Melayu dengan skim piramid yang dilancarkan.

Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, beliau berkata syarikatnya Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang pada mulanya hanya menjual produk kesihatan untuk kaki dan minyak wangi tetapi kini mula mengembangkan operasi dengan memperkenalkan pakej umrah dan haji selain urusan berkaitan insurans.

Metro Ahad yang cuba mendapatkan gambaran sebenar perniagaan penceramah bebas itu di pejabatnya di Kajang semalam mendapati pintu utama pejabatnya lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan dua tingkat itu berkunci kira-kira jam 3 petang.

Setakat ini, katanya, perniagaan yang dibuka secara rasmi 26 Ogos tahun lalu itu diuruskannya sendiri manakala isterinya, Waheeda sibuk dengan aktiviti dakwah.

“Buat masa ini, ana sendiri yang menguruskannya dengan dibantu beberapa kakitangan.

“Bukan dia langsung tidak membantu, tetapi tidak secara menyeluruh kerana ana tidak mahu membebankannya,” kata bekas vokalis kumpulan D’riyadh itu.

Dia yang dihubungi dari Pulau Pinang menganggap dakwaan itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu yang kurang senang dengan kejayaannya.

Menurut Akhil, dia kecewa apabila ada pihak yang bukan saja mempertikaikan perniagaannya, malah mendakwa gambar pada papan iklannya seakan-akan memohon bantuan daripada Ayah Pin.

“Siapakah dia (Ayah Pin) untuk ana minta pertolongan? Mungkin orang yang memfitnah ana itu lebih kenal Ayah Pin daripada ana kerana tahu cara dan gaya ketua ajaran sesat berkenaan,” katanya berseloroh.

Katanya, jika dia menjalankan perniagaan secara haram, mustahil untuknya mendaftarkan perniagaan dan mempromosikannya melalui laman web.

“Ana bukan bodoh untuk berbuat demikian, malah sebelum memulakan perniagaan, ana sudah berbincang dengan beberapa ulama dan pakar agama bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dilakukan ini menyalahi syarak atau tidak.

“Memang ada MLM yang menyalahi (syarak) tetapi bukan perniagaan seperti yang ana uruskan ini,” katanya.

Bukan saja sebagai ahli perniagaan tetapi juga sebagai pendakwah, dia turut dikutuk apabila pihak tertentu mendakwa dia tidak mendapat tauliah untuk berbuat demikian.

“Mungkin ramai tidak tahu ana mendapat tauliah daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya yang bakal menunaikan umrah bersama isteri, Mawi dan Ikin 8 April ini.

Ditanya sama ada beliau dan Waheeda kini bersiap sedia untuk menerima ‘orang baru’, beliau berkata: “Kami hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan, jadi ana tumpukan perhatian kepada anak ana dan perniagaan yang dijalankan itu.”

Sunday, April 3, 2011

Al-fatihah: Penulis lirik Seri Bayu meninggal

Salam,
Kehendak Allah s.w.t jua setiap apa yang terjadi diatas muka bumi ni... ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan...

Penulis lirik terkenal, Seri Bayu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit saraf.

Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.

Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal. Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.- sumber: mStar

Saturday, April 2, 2011

Seksa selera kak Ros

Salam,
Pak Long ni pandai betul la menyeksa selera makan kak Ros... hihi... kalau dikampung kampung, hujan hujan macam ni memang la musim kulat sisir bertaburan. Kalau kita rajin masuk ke hutan getah umpamanya, banyak terdapat kulat sisir untuk habuan hidangan ringkas kita tapi... sedap...

Kak Ros jadi teringin pulak dah, tapi tu la... sekarang ni payah nak dapat... di pasar malam pun belum tentu ada dan kalau lah ada pun tentu harganya berlipat kali ganda... jom layan Pak Long punya posting pasai kulat sisir dia tuh... hihi...


*****************************

Kulat sisiaq

Salam semua...

Musim hujan bermakna rahmat Tuhan akan melimpah ruah tapi dalam bentuk hujan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya la… haha… Rahmat tu tetap jugak rahmat sebab dalam kita dok kalut menimba ayaq masuk rumah… ada orang yang pandai ambik kesempatan menjala dan memukat ikan. Dalam kita dok perbetoi atap rumah yang tirih, ada orang yang rajin kutip kulat untuk buat masak makan… haha…

Awat tak lagu tu, masuk hari ni… dah dua hari janda Limah mai hantaq kulat sisiaq kat Mak Long hang. Pak Long ni memang berkenan betoi ngan kulat sisiaq nih, bertuah sungguh la Pak Long… terasa nak makan ja dapat, teringin nak rasa ja sampai… ni la rahmatnya dapat jiran perihatin macam janda Limah… dah la cantik, rajin pulak tuh… haha… tapi tu la, nak ucap terima kasih kerap kerap sangat pun nanti Mak Long hang pandang Pak Long lain macam pulak… hihi…

Budak budak la ni tau ka kulat sisiaq tu menatang apa? Haha... kulat sisiaq ni bermusim... kiranya musim hujan ni musim dia la... kulat ni kecik kecik, comei ja macam gambaq ataih tu, dok melekat elok dibatang pokok yang dah tumbang... pokok mati terutama sekali pokok pokok getah laa... petua nak kutip kulat sisiaq ni, jangan dok kutip yang belah bawah sangat, banyak pasiaq... takut tak larat nak cuci laa... haha...

Kulat sisiaq ni kalau goreng ngan bawang besaq memang ngam, campoq kunyit sikit… perrghh… sedap tak patut... haha… Minyak tak yah banyak, jaga kesihatan tu sama, perah kepala santan sikit saja tak mau bagi kering sangat… campoq ubi kentang sikit, potong cabai melaka barang 3 bijik… kalau nak tambah ikan bilih yang disiat siat sikit pun okey jugak tuh…

Selain dari goreng kunyit camtu, kulat sisiaq jugak kita boleh goreng ngan teloq. Kulat sisiaq tu kena la siat siat bagi haluih sikit, campoq sekali ngan bawang dan sedikit hirisan cabai dan ditimbuk sekali ngan teloq sebelum digoreng… wallawoiii… memang best lah, menyesai hidup la sesapa yang tak besa kena lagi tuh… haha…

Selain dari hat kat ataih tu, kulat sisiaq jugak boleh dibuat gulai, pakai rempah kari daging… buat bagi likat likat sikit, hadoiihh… malaih nak cerita lelebih…

Tapi Mak Long hang kata nak goreng kunyit saja dan selebihnya tu nak buat cucoq esok… hmmm… cucoq kulat sisiaq, pandai pulak Mak Long hang bagi Pak Long rasa lapaq time time la nih...

Wassalam…

Petua bagi ulam kekal segar

Salam,
Kak Ros kalau makan tak berulam, macam ngan mandi tak bersabun la... hihi...

Ulam ni selalu kita jadikan menu sampingan ja tapi fungsinya penting... boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam ulam tu akan jadi layu kalau terdedah terlalu lama tanpa penjagaan.

Sebab tu la, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Masam cuka dan limau nipis tadi akan mengekalkan kesegaran ulaman kita.

Biar seketika barulah diangkat.

Friday, April 1, 2011

Ek ellehh... dua posen jer...

Salam,
Konfom, laki kak Ros kata dah konfom RON 97 akan naik 20 sen tengahmalam ni (Jumaat)... hihi... ek ellehh... dua posen je pun... apa hal riuh riuh ye dak... haha...

Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, kak Ros jamin yang harga minyak kita lebih murah jika nak dibandingkan ngan Amerika, Australia dan Jepun... haha...

Dah 7 cucu pun rosak kerana dadah

Nangis dihukum mati

BERSALAH... Mariah diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman mati, semalam.

Salam,
Sekali lagi terbukit sudah, dadah membawa padah. Tanpa mengira siapa mereka, tanpa mengira berapa usia si mangsa, dadah pasti mengheret si mangsa ke lembah hina.

Seorang wanita yang mempunyai tujuh cucu hanya mampu menangis apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, dekat sini, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang@Mamat berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mariah diwakili peguam bela Tara Singh Delip dilihat memandang ke arah ahli keluarga yang berada di galeri awam ketika hukuman dibacakan.

Mohd Yazid pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membuat pembelaan diri bahawa dia hanya membawa barangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai dadah atas permintaan seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain yang menunggu di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isi kandungannya adalah tidak benar.

Beliau berkata, tertuduh didapati tidak bercakap benar kerana kelihatan takut dan pucat ketika ditahan polis di lokasi kejadian menunjukkan dia tahu mengenai isi kandungan barangan di dalam plastik dibawanya itu.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya turut memaklumkan dia bersama suami mahu ke Kuala Berang bagi menziarah saudara suami yang tidak dikenali dan berhenti di masjid itu untuk memberikan barang dikirim Ida.

“Malah, adalah tidak munasabah tertuduh sanggup menggunakan jalan pantai dari Rantau Panjang untuk ke Kuala Berang dan singgah di masjid itu semata-mata mahu menyampaikan barang yang dikirim Ida,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mariah yang juga peniaga kedai makan didakwa mengedar heroin kira-kira jam 3.45 petang pada 3 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - HM

Malek Noor

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor yang menjadi penjaga gawang pasukan Pilihan Bekas Pemain Kebangsaan memegang tiang gol akibat diserang sakit jantung selepas lima minit beraksi pada perlawanan amal bola sepak menentang pasukan pilihan Menteri Besar Perak di Stadium Perak, malam kelmarin. Beliau diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh (HPI). (berita lanjut) - Foto Muhaizan Yahya

Laki yang layak terima maki...

Salam,
Kak Ros terkedu jugak terbaca kisah sorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Apa punya laki nih, buat bini bagi mengandung pandai... nak sabar sikit dengan kerenah bini yang mengidam tu tak reti... lambat siang nak kahwin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

Laki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu. Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya. Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan. Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.- HM
Related Posts with Thumbnails