Sahabat adalah perisai diri

Sunday, May 29, 2011

Sedap ka cerita nih...

Haha... loklaq betoi si Wardina nih...

Balas tersingkir

KUALA LUMPUR: Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat.

Kumpulan yang terdiri daripada Fandi Muhammad,25, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain.

"Kami agak kesal apabila disingkir dengan meninggalkan persembahan akhir yang teruk dan bukannya persembahan yang terbaik.

"Ini semua kerana kekurangan latihan yang secukupnya memandangkan kami kini sibuk dengan beberapa lakonan dan kami tahu di peringkat sebegini, jika persembahan tidak bagus, secara automatik pasti kita ajan disingkir terus," kata Fandi yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Tambah Shukri pula, dia bersama Fandi kini menjadi artis residen Metrowealth (MIG) dan berharap agar kumpulan balas dapat kekal hingga akhir hayat.

Balas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 35 peratus (%). Kumpulan jambu pula meraih tempat pertama dengan mengumpul markah sebanyak 56% diikuti dengan Jozan (53%), Nabil (50%) Sepah (49%) dan R2 (40%).

Pada malam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki membuat persembahan bersama pelawak profesional undangan seperti Sathia yang bergandingan dengan R2, Bell Ngasri (Balas), AR Badul (Sepah), Sharifah Shahira (Nabil), Kenchana Devi (Jozan) dan Acong (Jambu).

Selepas tamatnya acara penyingkiran, pengacaranya, AC Mizal membuat pengumuman khas di mana persembahan peringkat akhir tidak akan berlangsung pada minggu hadapan dan akan ditangguhkan selama tiga minggu.

Justeru itu, pada minggu hadapan, persembahan Maharaja Lawak akan berlangsung di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang diikuti dengan minggu seterusnya (10 Jun 2011) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan pada 17 Jun depan pula akan berlangsung di Dewan Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Menurut pengurus Astro Prima, Nizam Sani, penangguhan selama tiga minggu itu diputuskan kerana ingin membuat acara siaran langsung di luar Kuala Lumpur.

"Sebenarnya ia telah dirancang lebih awal dan hal ini disebabkan untuk memberi peluang kepada pelanggan Astro Warna di luar bandar turut merasai kehangatan ketika berada di tempat rakaman secara langsung.

"Sebab itu kami pilih tiga lokasi ini dimana ia dapat memuatkan lebih daripada 2500 orang penonton.

"Pada hari pertandingan tersebut, beberapa acara karnival turut diadakan di sebelah petang," katanya.

Friday, May 27, 2011

Kepala dah keras sangat kot...

Sunday, May 22, 2011

Lagi gambar tragedi tanah runtuh kat Madrasah Al-Takwa

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh : Foto terkini

Salam,
Kak Ros nak ambik kesempatan disini untuk mengucapkan takziah pada keluarga mangsa, moga moga Allah s.w.t memberi yang terbaik pada mereka... aminn...

Zina hati

Tuesday, May 17, 2011

Ziionis betoi laa...

Salam,
Malaysia ni baru sangat menyambut hari ibu. Mungkin ada sesetengah tu syahdu dapat kad hari ibu ataupun hadiah dari anak anak pun tak habis lagi... betapa anak anak dan warga kita cuba menghargai ibu walaupun sehari dalam setahun...

Kak Ros tak dapat kad pun, sebab hadiah paling berharga dari anak anak kak Ros adalah pelukan dan ciuman. Hari hari hadiah ni akan diberikan sekiranya depa ada dirumah... alhamdulillah laa...

Tapi dalam dok sibuk dunia menghargai jasa dan budi ibu dengan cara memasing, ada jugak kisah menyayat hati yang mengguris hati ibu. Ini yang buatkan hati ibu ibu termasuk la kak Ros membungkam nih... apa la punya bangang tah la... Perbuatan memisahkan antara anak dan ibu adalah perbuatan terkutuk dan paling keji yang sepatutnya mausia bertamaddun lakukan.

\
Siti Fairuz menunjukkan gambar Muhammad Darwis yang dilarikan suaminya.

Berita dari Kedah nih menceritakan sorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mertuanya sebelum bertindak ‘merampas’ anaknya sendiri dan melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai. Siibu, Siti Fairuz dikatakan telah ke kedai berhampiran diwaktu kejadian.

Suaminya, Zulkipli Mohamad, 31, kemudiannya menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

Ini lah dunia yang sedang kita cipta, dunia huru hara. Memang tak dapat diterima dik akal kerana bagi kak Ros laa... tindakan siapa jugak yang memisahkan seorang anak dari ibunya adalah satu tindakan yang paling tak masuk akal. Takkan kerana masaalah dia dengan isterinya saja si anak jadi mangsa pulak...

Ziionis betoi laa....

Sunday, May 15, 2011

Kembang tengkok kak Ros...

Baca sudah, jangan komen... nanti orang marah plak...

Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida
Oleh SALWA SHA'ARI

Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.

Saturday, May 14, 2011

Amir tersingkir...

Salam,
Kak Ros bukan dok ikut sangat pun Maharaja Lawak nih, tapi tersingkirnya Amir pada minggu ni kira patut laa... Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 memang menunjukkan persembahan lawak yang tak berkualiti. Dia suka ka tak suka ka... kena la terima hakikat yang dia bersaing dengan grup lawak lain yang lebih matang dan berlawak menggunakan otak.

Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.

Apa pun Amir telah menunjukkan satu keberanian yang luar biasa bagi kita di Malaysia nih. Luar baiasa kerana ketabahannya mengharungi pertandingan ini walaupun dengan pelbagai kata kata mengiringinya.

Video: Peniaga ludah dalam air soya?

Thursday, May 12, 2011

Hitler marah gula gula

Wednesday, May 11, 2011

Kembang tengkok kak Ros...

Baca sudah, jangan komen... nanti orang marah plak...

Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida
Oleh SALWA SHA'ARI

Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.

Jangan salah sangka tentang ketenangan

Kak Ros tumpang simpati

Salam,
Segala ketentuan hidup kita ni datangnya dari Allah s.w.t. Segalanya berupa ujian baik kaya atau miskin, sakit atau sihat... hidup ataupun mati.

Kak Ros tumpang simpati ja la, sekadar berkongsi cerita dengan pembaca sekalian, Kartika Sari Dewi Shukarnor (gambar kiri) tidak dapat menahan kesedihannya ketika menunggu jenazah anak sulungnya, Muhammad Azfar, 9, (gambar kecil) di perkarangan rumah mayat Hospital Sungai Siput, hari ini.

Mangsa yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui lemas di Sungai Perak, Sungai Siput awal hari ini. Al-fatihah... - Foto Ikhwan Munir

Pompuan yang letak diri mereka jadi murahan

Salam,
Setakat operasi saja tanpa pengisian dalaman tentang betapa jijiknya perniagaan menjual tubuh ni... tak dak makna. Kesedaran diri bukan boleh mai dengan mudah, bukan dengan kompaun dan penjara seminggu dua ja... ia perlu ketegasan dan penguatkuasaan yang lebih dari itu...

Tuesday, May 10, 2011

Mati tu pasti...

Allahyarham Aimi Jarr

Salam,
Yang hidup pasti mati, setelah muda menjadi tua... Bak kata bijak pandai, ajal maut tu ditangan Tuhan. Begitu juga kita semua manusia, tanpa kecuali pasti akan kembali mengadap Ilahi. Suka tak suka, kena hadapi jua... dah cukup ka bekalan kita?

Seperti tersiar dalam laporan mStar, pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa. Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Al-fatihah lah, moga rohnya dicucuri rahmat. Ini masa dia, masa kita entah macamana... ini cara kematian dia, cara kematian kita tak tau lagi lagu mana...

Kak Ros nak ambik kesempatan disini nak ucapkan takziah la pada seluruh ahli keluarganya. Moga kematian sdr Aimi Jarr ni memberi pengajaran pada kita mengenal erti kematian...

Sunday, May 8, 2011

Lawak pecah perut...

Friday, May 6, 2011

Dubai: Amazing architecture








Related Posts with Thumbnails