Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, June 29, 2011

Yang palsu dan asli

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]
Oleh: solihinzubir

"
Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, rasa ia satu kewajipan untuk saya sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?

Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?

Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?

Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Batu Tersebut Diubahsuai
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

Monday, June 27, 2011

Rupa tukang pancung kepala

Ini tukang pancung yang katanya tiada punya perasaan belas kasihan langsung pada pesalah yang dah terhukum... ya la, kalau dah ada kasihannya cam kak Ros nih, camana nak buat kerja pulak...

Encik Abdallah bin Said Al-Bishi buat keja pancung memancung ni sebenaqnya mewarisi kerjaya ayahnya - tukang pancung bagi mereka yang dihukum mati di Arab Saudi. Dengan pedang bernama 'Sultan' yang digunakan bagi memenggal kepala pesalah, beliau adalah antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.

Dan ini pulak adalah pesalah Indonesia mengikut undang undang Arab Saudi yang turut dihukum pancung dan dijayakan oleh Encik Abdallah. Rakyat Indonesia ni namanya Ruyati Satubi, yang didapaati bersalah membunuh majikannya warga Saudi dengan pisau potong daging ja.

Dia bunuh pakai pisau potong daging dan terbunuh dengan pedang "Sultan" Encik Abdallah. Pelaksanaan hukuman mati itu yang dijalankan di kota Makkah dan telah pun mencetuskan bantahan besar besaran di Indonesia.

Saturday, June 25, 2011

Wanita: Malaysia masih jauh ketinggalan

Salam,
Kak Ros tak tau la orang lain, tapi bagi kak Ros sendiri... Malaysia ni masih jauh ketinggalan dalam cara mereka melayan wanita even rakyat mereka sendiri...


Tengok saja bagaimana gadis ni yang jadi trauma pasai kepala dia dibotakkan. Hizan Abu Bakar (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Hizyaty yang dibotakkan di Alor Setar semalam.

Tapi galakkan kaum pompuan masuk pasukan beruniform, tapi tak dak keseragaman SOP langsung dalam melayan kaum pompuan. Kak Ros pun naik geli tengkok, duduk dalam satu negara dimana kaum lelaki yang sanggup layan pompuan macam ngan hamba.

Seorang gadis lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) trauma apabila rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba pada 2 Mei lalu.

Dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.

Alahaai pompuan woii, sampai bila la nak kena main dalam negara sendiri cam ni haa...? Apakah kaum pompuan semua setuju ka cara layanan depa camni? Kenapa tak letak saja syarat bertudung? Bukan kah elok dari segi syariatnya, dan kemas dipandang... Dari memalukan orang lain dan diri sendiri dengan membotakkan orang lain?

Habih madu SEPAH tak boleh dibuang

Kumpulan Sepah memperoleh wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi selepas diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor malam Jumaat. Kumpulan itu menewaskan Jozan, Nabil dan Jambu. Maharaja Lawak peringkat akhir disiarkan menerusi saluran Astro Warna

Wednesday, June 22, 2011

Azan dalam gereja

Tuesday, June 21, 2011

Mayat yang haram di sembahyang

Sunday, June 19, 2011

Giliran Pak Uda, kita tak tau bila...

 Salam,
Sorang lagi artis lama, sdr Zami Ismail telah meninggal dunia akibat masalah jantung. Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan. Jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som". Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Al-fatihah untuk arwah... ni masa dia, masa kita tak tau bila dan macamana...

Kita patut risau ngan berita ni...

Salam,
Puting beliung ni selalunya kita dok dengaq kot belah Amerika sana ja. Sekali dia pusing, banyak harta benda dan nyawa melayang ikut putaran dia. Syukur kat Tuhan, tak pernah lagi kita dengaq mai kot belah kita.

Tapi ujian Tuhan ni berbagai, salah satunya tu adalah bencana alam camni laa... sebab tu sebagai hamba Allah yang beriman, kita kena bersyukur, istighfar banyak banyak kat pencipta kita supaya dijauhi segala mala petaka dan mara bahaya. Akhlak kita kena jaga, fitnah jangan dicuba... bongkak, sombong dan angkuh bukan hak kita, jadi jangan jadi sebagai hiasan diri kita... insyallah, Tuhan akan bersama orang orang yang Dia sayang.

Namun, terkini seorang yang dikenali hanya sebagai pembaca setia Berita Minggu ada bagi satu gambaq menunjukkan pusaran angin puting beliung yang melanda Teluk Buih, Air Papan, Mersing, semalam. Ini berita yang sepatutnya merisaukan kita;

Adakah kita kini semakin jauh dari Allah s.w.t...
Adakah kita kini semakin lupa Allah Taala...
Adakah kita kini semakin alpa dengan kebesaran Allah s.w.t...
Adakah kita kini semakin tinggalkan segala suruhanNya...
Adakah kita kini semakin buat apa yang dilarangNya...

Marilah kita berusaha mencari rahmat dan keredhaan Allah dalam hidup kita yang singkat ini... agar kita sentiasa berada dibawah lindungan kebesaran Allah s.w.t....

Saturday, June 18, 2011

Orang heran tengok tapir, tapir tak heran pun tengok orang

Orang ja yang heran tengok tapir, tapir tak heran pun tengok orang...

Penduduk setempat melihat seekor tapir jantan yang jatuh ke dalam parit di kawasan perumahan Kempadang Perdana Jalan Pantai Sepat, Kuantan, hari ini. Haiwan berkenaan berjaya diselamatkan oleh kakitangan Perhilitan. - Foto Mohd Rafi Mamat

Friday, June 17, 2011

Jom godam penggodam

Salam,
Sapa depa ni yang gatai sangat nak godam laman laman web kerajaan kita nih... Berjuang ataih nama apa sekalipun, menceroboh adalah satu kesalahan, apatah lagi mencuri.

Kelmarin ni heboh gila bilamana portal kerajaan digodam oleh sekumpulan penjahat yang menggelarkan diri mereka Dragon Force dan Anonymous. Lebih membingungkan, depa depa ni siap ngan bagi amaran awal untuk menggodam laman web kerajaan kita... bongkak betoi laa... ni la yang dikatakan salah guna kepandaian yang Tuhan bagi tuu....

Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam. Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Kak Ros sebagaimana rakyat merdeka yang lain jugak menyeru pihak berkuasa buat lah yang terdaya untuk mempertahankan kedaulatan negara kita dari dicerobohi... tak kira la ceroboh camana pun... ceroboh dan mencuri tetap salah tak kira apa nawaitu mereka...

Gerhana

Salam,
Allah maha besar, maha segala galanya...

Kombinasi gambar menunjukkan fasa gerhana bulan penuh yang disaksikan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pagi kelmarin. Fenomena itu berlaku apabila bulan memasuki bayang umbra bumi. - Foto Reuters

Thursday, June 16, 2011

Pindang ikan

Salam,
Kak Ros terjumpak resepi Mak Long dalam blog Pak Long disini, nampak macam sedap... kak Ros ingat nak cuba la resepi yang kekononnya Mak Long buat sambil pejam mata nih... hihi...


*************************

Santai: Pak Long

Kerja baru Polis Perlis dimusim banjir... haha...

Salam semua...

Pepagi lagi Mak Long hang dah gelut dok cuci lantai... Hujan lebat sungguh, awai pagi siap ngan angin kuat lagi, tempias sekerat rumah… Peghabong rumah dah lama ni camtu la, reput habih. Tunggu anak anak balik la kot baru nak tukaq peghabong baru…

Kira kira rumah Pak Long ni tak pa lagi, hujan lebat tera mana pun habih sangat tempias penuh rumah ja… nu kawan kawan kita kot belah Perlis nu, lagi teruk… tiga ribu orang lebih dah kena pindah pasai ayaq bah…

Hari hujan, akitiviti luaq pun terbataih. Ya la… badan dah tua ni bukan boleh dok main hujan sangat sangat, cari Mak Long hang tibai… Tak tibai mai mana, mengkalu demam, dia jugak yang susahnya… haha... La ni memang Pak Long kalut sikit, tak dan nak buat kajian secara saintifik lagi pasai apa bila hujan saja perut kita jadi lapaq, sat sat nak makan, lepaih makan pun nak makan… haha… tapi memang rasa lain macam punya selera la hari ni… hihi…

Alhamdulillah la kan, lama beralih umoq ni, rezeki Pak Long lebih murah. Tak boleh nak pi kedai pun, tapi bab masak makan ni tak kalut sangat laa. Kadang kadang janda Limah mai hantaq gulai, kelmarin pulak si Husin hujung kampung bagi dua tiga ekoq ikan darat, dah tak boleh nak motong getah, hujan… mejala ikan la pulak keja dia…

Mak Long hang pagi pagi lagi dah cadang nak ‘masak pindang’kan ikan ikan darat tuh… Pak Long segan la nak bantah pasai Pak Long pun tergedik gedik suka… haha… Masak pindang ikan darat ni kalau kena ngan ayaq tangan Mak Long hang… perghh… burung terbang pun boleh berenti wooo… haha… Pak Long tau, ramai yang jeling kat Pak Long pasai bagitau masak makan ja tapi resepi tak mau kongsi… jadi kali ni Pak Long nak kongsi masak pindang ikan ala Mak Long hang…

Bahan-bahan dia mudah ja, jengok belakang rumah pun boleh dapat… haha…

3 ekoq ikan (ikan darat ka, ikan termenung atau sardin pun sedap)
2 hirih halia hat Mak Long hang tanam – dipotong panjang (baguih untuk buang angin ni…)
2 batang serai tepi rumah Pak Long – dikatok bagi pecah…
5 - 6 cawan ayaq… (lebih sikit la kalau sapa yang suka kuah lebih...)
3 keping asam gelugoq… (asam jawa pun boleh…)
5 - 6 bijik belimbing buloh belakang rumah Pak Long… (Mak Long hang suka ni…)
1 labu bawang besaq – di belah empat ka atau enam ka…
3 bijik cabai merah – hirih panjang panjang…
(Kalau yang suka pedaih tu, tarok pi la cabai melaka yang dikatok pecah bagi merah telinga)
Garam secukup rasa (kena control ni takut darah tinggi naik…)

Bahan yang nak digiling;

1 labu bawang besaq
4 ulaih bawang putih
Sedikit belacan... (tertinggai yang ni tak ummphhh laa...)
1 inci kunyit hidup...
1 sudu kecik lada hitam

Cara cara dia pulak, mudah sangat… Mak Long hang buat sambil pejam mata ja…

Ikan ikan tu kena la bersihkan cheq oii, tak pernah dibuat orang aaiihh… boh ikan yang tak dan bersiang tu. Cari hanyaq habih masak makan tu… haha… potong ikan tu kecik kecik… Nak tumih pun boleh, nak rebuih naik camtu saja pun boleh.... Mak Long hang rebuih saja, kurangkan minyak... hihi... Kemdian, masukkan semua bahan dalam periuk dan masak ja sampai mendidih. Bila dah siap, hidangkan la ngan nasi putih, sambal belacan dan sayur kangkung depan rumah Pak Long… haha…

Kalau nak hantaq mai semangkuk kat Pak Long pun tak pa… Pak Long tak marah aiihh…

Wassalam…

Wednesday, June 15, 2011

Shopping

Salam,
Masa melintas rumah Suzie dari pekan tadi ni, kak Ros tengok dia dah macam ayam berak kapor... menung menongkat dagu...

"Apa hal ni Suzie?

"Entah la akak... laki saya dah naik hantu laa...

"Aiiikkk... tak pernah pernah tu...

"Ya laa...

"Apa cerita ni Suzie... boleh akak tolong?

"Akak tolong pujuk dia jangan sewa khemah laa...

"Haii... nak buat kenduri ka Suzie ngan khemah khemah tue?

"Tak la akak... dia nak pacak kat shopping complex tu... nak suruh saya shopping jangan balik kak...

"Hmm... ehh... laki akak balik awai pulak ari nih... hehe...

*************************

Opppss... hihi... Kak Ros takut nak layan penyakit pompuan jenih nih...

Tuesday, June 14, 2011

Uwekk... manja ka?

TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.

Salam...
Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam... uwekk.... manja ka? Hihi...

Ikut laporan Metro, pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam. Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.

Agak agak la, jangan sampai tasik yang cantik dibina untuk riadah sekeluarga pi jadi tempat hangpa bercengkerama... heran jugak, tak dak pemantauan ka?

Monday, June 13, 2011

Cinta sejati: Sanggup bergambar ngan mayat isteri

Salam,
Macam macam la dunia akhir zaman nih... nak tunjuk cinta pun agak agak laa. Takutnya, masa hidup dilayan macam binatang tapi dah mati baru menyesal dan nak ditatang... hihi...

Pelikkan manusia sekarang nih, yang tak terpikiaq oleh akal pun sanggup diaorang buat... semua tu nak cari kelainan jaa....

Saturday, June 11, 2011

Sempena Piala FA, Kelantan - Terengganu

Salam,
Tak tau lagi keputusannya... kita layan saat saat lawak sukan bolasepak seluruh dunia... hihi...

Ataih jalan berhati hati, ngeri kalau dah jadi

Salam,
Terlebih dulu kak Ros nak ucapkan takziah pada keluarga mangsa dan bacaan al-fatihah pada arwah yang meninggal dalam nahas yang meragut 4 sekeluarga...

Gambar atas kelihatan anggota penyelamat memeriksa kereta yang terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk menyebabkan empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah.

Ingatlah, jalanraya bukan tempat untuk kita berlumba, berhati hati kerana tragedi kalau dah jadi amat ngeri...

Tahniah wanita...

Salam,
Bangga la jugak kak Ros ngan kak Salmiah Mat Saad nih... tahniah la kerana berjaya menjadi wanita pertama didunia... yang diiktiraf pada Jumaat lalu sebagai pemandu jentera pembersihan jalan wanita pertama di dunia oleh syarikat pembekal jentera dan logistik yang berpangkalan di Switzerland, Buchaer-Schorling.

Kak Salmiah yang merupakan kakitangan Alam Flora Sdn Bhd. memandu jentera berat dikenali sebagai "Road Sweeper" dan digunakan untuk membersihkan dan menyapu jalan di sekitar Shah Alam.

Sekurang kurangnya pompuan la ni bukan saja berjaya mengemas diri untuk dilihat menarik, mengemas rumahtangga untuk dilihat cantik, kini mengembangkan bakat semulajadi kurniaan Tuhan ni lebih luas lagi sebagai pembersih jalan jalan raya pulak... haha... tahniah... kak Ros memang berbangga lah...

Friday, June 10, 2011

Tergemuk kini terkurus

MALISSA mampu bertahan hanya setahun selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Kini dia sedang bertarung dengan anoreksia yang boleh membawa maut.

Salam,
Nak cantik boleh, Tuhan galakkan kita jaga jasad Hawa yang dipinjamkan pada kita nih tapi kena la berhati hati dengan apa yagn kita nak buat. Jangan menyesal kemudian hari, tak guna jadinya...

Empat tahun lalu, Malissa Jones, merupakan remaja tergemuk di Britain dengan berat badan 215 kilogram (kg). Dia sangat menggemari coklat, kerepek dan makanan bergoreng malah mampu menghabiskan 10 bar coklat Mars dalam satu-satu masa.

Selain itu, pola pemakanannya juga bukan di tahap normal apabila dia mengambil 15,000 kalori sehari iaitu 7.5 kali ganda daripada kadar yang sepatutnya diambil oleh gadis seusianya. Keinginan untuk sentiasa makan dan mengunyah memuncak apabila waktu malam. Dia mengaku pernah berkejar ke peti ais dan makan daging burger mentah dengan gelojoh.

Tabiat pemakanannya yang melampau itu akhirnya memberi masalah lain kepada Malissa. Tubuhnya yang semakin berat menyukarkan pergerakannya sehingga dia memerlukan alat bantuan oksigen ketika tidur. Malissa turut menghidap lelah dan mengalami masalah jantung yang sering dihidapi orang berusia.

Lantaran itu, ketika umurnya 17 tahun, pada tahun 2008, Malissa mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik walaupun kaedah itu boleh membawa risiko maut kerana dilakukan pada remaja sepertinya.

Dia mengakui doktor memberi amaran tentang risiko yang terpaksa diambil dan dia boleh meninggal dunia. Namun, Malissa berpendapat dia tiada pilihan kerana lama-kelamaan dia akhirnya akan mati. Menjadi orang termuda yang menjalani pintasan gastrik di dunia, pembedahan ke atas anak kelahiran Selby, North Yorkshire itu bukan sahaja berjaya malah lebih separuh berat badannya hilang dalam masa setahun.

“Dalam tempoh itu saya seperti menemui dunia baharu. Saya pergi ke kelab malam setiap hujung minggu dan memiliki ramai teman lelaki kerana rasa lebih menarik dan yakin terhadap diri sendiri,” katanya.

Menurut laporan Daily Mail Online, Malissa sempat berpacaran dengan teman lelakinya, Chris Robottom, 22. Mimpi ngeri Malissa bermula ketika dia hamil enam bulan.

Dia berdepan dengan masalah kegagalan fungsi hati sehingga memaksa bayinya dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia sejam selepas dia dilahirkan.

Kehamilan itu turut menyebabkan berat badan Malissa menyusut secara mendadak sehingga dia hilang minat terhadap makanan dan disahkan anoreksia.

“Badan saya seperti menerima kejutan apabila menjadi terlalu kurus.

“Bukan tidak mahu makan, tetapi menelan secebis makanan hanya membuat saya bertambah sakit,” katanya yang hanya mengambil tiga batang lobak merah, sebiji ubi dan kentang panggang dengan nilai 300 kalori setiap hari.

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Funke Baffour dari Waltham Cross, Malissa mungkin menerima gangguan psikologi apabila dia kini terpaksa berdepan dengan kesan pembedahan yang dijalaninya dahulu.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia cuba menyekat sebarang perhubungan dengan makanan.

“Kemungkinan Malissa takut untuk menjadi gemuk kembali, jadi dia mencuba untuk menjauhi dirinya dari menjamah makanan,” katanya.

Memiliki ketinggian 1.7 meter, Malissa kini hanya memiliki berat 50kg.

Terkini, doktor memberinya amaran untuk meningkatkan selera makan atau dia terpaksa berdepan dengan risiko maut dalam tempoh enam bulan.

Majlis pernikahan Salih Yaacob ngan Samihah

Hobi pelik orang sekarang

Salam,
Macam macam la ngan hobi orang zaman moden nih... kadang kadang tu kak Ros tengok macam ngan tak masuk akai dah kerja buat depa la ni. Dah tak dak kerja lain dah agaknya sampai sanggup pi butakan mata orang dengan menyimbah asid.

Zuhaina yang buta kedua-dua belah mata dan cacat pada muka selepas disimbah asid berehat di rumahnya di Mantin, Seremban semalam.

Sorang wanita Orang Asli buta kedua-dua belah mata dan wajahnya hampir cacat selepas disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali di Mantin dekat sini pada pertengahan Mac lalu. Lebih malang lagi mangsa, Zuhaina Tengkis, 27, turut menanggung kesakitan apabila sebahagian dadanya melecur teruk akibat disimbah cecair bahaya tersebut.

Zuhaina yang ditemui di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin dekat sini berkata, kejadian itu berlaku ketika dia keluar ke pekan Mantin dengan menunggang motosikal bersama seorang adik saudaranya.

Kejam sungguh hobi merbahaya camni, kak Ros sebagaimana rakyat kebanyakan yang lain amat berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu mengatasi masaalah ni... mustahil la kan masaalah ni tak dapat nak diatasi langsung...

Thursday, June 9, 2011

Lintah raksasa serang kampung

Kak Ros cukup geli ngan menatang sekoq nih, iaitu lintah. Kadang kadang dengaq nama ja dah jadi lain macam, geli yang amat sangat.

Dalam laporan kosmo disini, lintah raksasa telah dilaporkan menyerang kampung di Jawa Tengah, Indonesia. Mak aiii, tengok ja dah kembang tengkok. Kalau kak Ros dah pengsan dah kalau dok melekat camtu.

Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat. Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut. Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan. Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi

Awas!! Wabak ni suka orang pompuan

Lagi satu musibah yang menggemparkan dunia, tapi peliknya pompuan yang kena banyak. Itulah penyakit terbaru yang Tuhan ujiankan kat hamba hambanya iaitu wabak E coli yang ditemui di Jerman. Tak tau dari mana asal puncanya, tapi ada pendapat yang katakan mai dari makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit. Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah. Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya. Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.

Di Malaysia pulak, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu. Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml. Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.

Wednesday, June 8, 2011

Unta pun naik kapal terbang

IKAN lumba-lumba dan singa laut antara haiwan hidup yang menggunakan perkhidmatan MASkargo.

Oleh MAHATHIR JAMIL
PADA 2 Februari 2011, sekumpulan unta dari Adelaide, Australia diterbangkan ke Malaysia. Penerbangan MH6174 itu membawa 26 ekor unta seberat kira-kira 45,000 kilogram.

Kargo itu diangkut menggunakan pesawat B747-400F yang berlepas dari Adelaide pada pukul 9.45 malam waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.05 pagi.

Perkhidmatan mengangkut haiwan hidup bukanlah sesuatu yang baru buat Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd. (MASkargo) tetapi kumpulan 26 ekor unta itu adalah perkhidmatan pertama seumpamanya.

Destinasi

Haiwan hidup yang telah diterbangkan oleh MASkargo meliputi haiwan liar iaitu singa dan harimau, haiwan ternakan seperti kuda, kambing dan lembu, hidupan air seperti ikan yu dan reptilia seperti ular.

Kebanyakan penghantaran haiwan itu adalah untuk tujuan pameran, pertandingan, serta ternakan di ladang dan zoo di Malaysia.

Pengurus Komunikasi Korporat MASkargo, Anita Khushairy berkata, penerbangan sewa khas dari Adelaide baru-baru ini membuktikan komitmen MASkargo untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

“Kami menawarkan khidmat penghantaran haiwan liar dan ternakan yang sukar dibawa melalui jalan darat dan laut.

“Selain itu, perkhidmatan ini bagi mewujudkan kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh MASkargo seterusnya menjadi syarikat kargo terkemuka di dunia,” ujar Anita.

Menurutnya lagi, sama seperti perkhidmatan yang lain, MASkargo menawarkan perkhidmatan menghantar haiwan hidup ke lebih 100 destinasi termasuk bandar-bandar utama dunia seperti Jakarta, Sydney, Dubai, Tokyo, Amsterdam, New York dan Tashkent.

Ujar beliau, caj perkhidmatan yang dikenakan bergantung kepada jenis barangan yang dihantar, ruang, jumlah berat keseluruhan dan jarak negara asal barangan tersebut.

Mengulas mengenai proses menghantar haiwan hidup, Anita berkata, setelah tempahan dilakukan, MASkargo akan merancang dan mengaturkan pasukan sokongan di stesen selain memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik.
HAIWAN yang hendak dihantar ke sesuatu destinasi diletakkan di dalam kandang khas sebelum dimuatkan ke dalam perut pesawat.

Setelah itu, haiwan yang tiba dari ladang atau pusat kuarantin akan menjalani proses kemasukan ke dalam kandang.

“Kebiasaannya, proses ini mengambil masa selama 10 jam sebelum pelepasan. Kandang ini kemudian dimuatkan ke dalam kabin kargo lebih kurang tiga jam sebelum pelepasan.

“Semasa aktiviti muatan dijalankan, kami akan mengawasi suhu bahagian kabin kargo supaya berada dalam keadaan yang sejuk untuk mengelakkan haiwan daripada mengalami tekanan.

“Semasa tempoh penerbangan, kami juga perlu mengawasi suhu kabin dengan mengawalnya kepada darjah tertentu,” ujarnya.

Jelas Anita lagi, anggaran muatan penerbangan sewa khas penuh seperti itu bergantung kepada saiz dan berat barangan.

Suhu

Sebagai contoh, katanya, untuk kambing dan biri-biri, dianggarkan sebanyak 2,200 ekor sekali muatan manakala kerbau, lembu dan unta 150 ekor sekali muatan.

Selain daripada penghantaran melalui udara, Anita berkata, MASkargo turut menyediakan kemudahan Animal Hotel bagi mengendalikan haiwan hidup.

Menurutnya, Animal Hotel adalah satu-satunya pusat hentian setempat di rantau ini yang mengendalikan proses transit sementara haiwan.

Bukan sekadar menjadi pusat rehat sementara bagi pengurusan penghantaran haiwan, pusat itu turut menyediakan pelbagai kemudahan lain bagi memastikan haiwan yang dihantar berada dalam keadaan baik.

Perkhidmatan itu disediakan melalui Pusat Kargo (ACC) di KLIA.

“Animal Hotel mempunyai kemudahan khas iaitu bilik sementara yang besar, lima buah kandang serta dua gelanggang kuda yang dikhaskan untuk memberikan kuda latihan sebelum dihantar kepada pemilik atau pihak yang bertanggungjawab.

“Bagi haiwan liar yang menggunakan khidmat ACC seperti harimau, beruang, gajah dan singa, haiwan berkenaan akan diiringi doktor haiwan. Ini bagi menjamin kesihatan dan keselamatannya.

“Sejak beroperasi kira-kira enam tahun lalu, pelbagai jenis haiwan telah menggunakan perkhidmatan Animal Hotel sama ada untuk dieksport, import atau sebagai tempat persinggahan sementara,” cerita Anita.

Kesiankan...?

Malang tak berbau, adik Arina Kirana Azrin, 5, yang patah tulang bahu dan kaki di bawa ke wad kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang di Georgetown, Selasa.

Adik Arina Kirana mengalami kecederaan tersebut akibat daripada rempuhan seekor kuda yang ditunggang laju di persisiran pantai Batu Feringghi dimana beliau sedang bermain.

Kalau sesapa yang biasa dengan pantai Batu Feringghi ni tau la, kadang kadang kita tengok seolah olah sepanjang panjang pantai tu dan ditawan oleh pelancong asing yang mencari keseronokan bercuti di Pulau Pinang dengan menunggang kuda ikut suka depa, jet ski membelah pantai dan lain lain permainan udara lagi. Bukan tak dak pihak berkuasa macam MPPP ka yang ronda kawasan tu tapi entah laa... macam ngan tak berkesan pun.

Mungkin pengusaha pengusaha hotel yang kaya lebih berkuasa dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh di pantai Batu Feringgihi nih...

Kesiankan kat adik kita tuh...
Kesian jugak la kan kat pelancong pelancong tempatan yang miskin macam terasing di pantai sendiri... haha...

Ooo... ni la dia lelaki 'Y' tuu...

Kak Ros ni jarang sangat ikuti dunia hiburan kita ni haa... kalau ada pun sikit sikit hinggakan lelaki 'Y' yang dikatakan rapat sangat ngan si Lisa tu pun kak Ros tak tau. Tapi bila tengok surat habaq kelmarin ni baru tau rupanya si lelaki 'Y' tu ialah Yusry... haha... memang padan la kan... kacak lawan cantik...

Pa pun kak Ros ucap tahniah laa kat pasangan artis nih, moga berpanjangan hendaknya dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Baguih nya pasangan ni tak main sorok sorok, terus ja pamer kat umum bahawa mereka sedang hangat mengenali hati budi memasing.

Dimaklumkan bahawa pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang. Baguih la lagu tu, monyet tu biaq ja la kat monyet monyet yang uruskan... haha... Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu. Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu. Ini yang pentingnya, restu ibu bapa yang mustahak. Jangan dok main sedap ikut hati sendiri ja... haha...

Sunday, June 5, 2011

Kejamnya... dalam negara kita nih...

'Penyembelih Bosnia' tidak insaf

SEPASUKAN pakar forensik memerika puluhan mayat yang ditanam selepas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

THE HAGUE, Belanda - Dia didakwa kerana membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica semasa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 tetapi bekas jeneral Serb Bosnia, Ratko Mladic dengan tenang dan angkuh menjawab: "Saya hanya mempertahankan bangsa saya."

Malah, dia menyatakan tuduhan terhadapnya adalah menjelikkan dan tidak munasabah ketika dia dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTY) di sini kelmarin.

Mladic, 69, yang dilabel 'Penyembelih Bosnia' kerana didakwa mendalangi pembunuhan 100,000 orang dalam jenayah paling kejam sejak Perang Dunia Kedua sebelum ini mendakwa dirinya sakit tenat.

Namun, bekas pemimpin tentera Serb-Bosnia itu nampak bersemangat semasa dia mengejek ibu-ibu yang kehilangan anak mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

Dia tampil di mahkamah ICTY dengan memakai sut gaya tentera yang dipadankan dengan tali leher hitam.

Seorang wanita yang berada di kamar mahkamah memandang ke arah Mladic dan membuat isyarat bahawa dia akan dihukum mati.

Mladic bagaimanapun tersenyum sinis kepada wanita tersebut yang kehilangan anak lelakinya ditangan tentera pemimpin Serb-Bosnia itu pada Julai 1995.

"Seluruh dunia kenal siapa saya. Saya ialah Ratko Mladic. Saya mempertahankan bangsa saya, negara saya kini mempertahankan diri saya. Saya mahu hidup untuk melihat diri saya bebas," katanya.

Tiada sebarang pengakuan dibuat oleh Mladic dan dia memberitahu hakim bahawa dia tidak mahu mendengar tuduhan terhadapnya dibacakan.

Selain pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Mladic turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan semasa kepungan 44 bulan ke atas bandar Sarajevo yang menyebabkan 12,000 orang mati dibunuh tentera Serb Bosnia.

Mladic kemudian berkata, dia memerlukan masa sekitar dua bulan untuk meneliti segala tuduhan terhadapnya

Ketika dia meninggalkan kamar perbicaraan ICTY, Mladic sempat berpaling kepada keluarga dan saudara-mara mangsa pembunuhannya dan memberikan tabik hormat kepada mereka sambil tersenyum.

Dia kemudian diiringi ke penjara.

"Dia (Mladic) langsung tidak menyesal malah, dia masih boleh mengejek mahkamah," kata Ramiza Gurdic yang kehilangan suami dan dua anak lelakinya di tangan tentera Mladic.

"Dia mengambil masa cuma tiga hari untuk membunuh beribu-ribu penduduk Bosnia tetapi kini dia menyatakan dia memerlukan dua bulan untuk membaca tuduhan terhadapnya," tambah wanita itu.

Hakim menetapkan perbicaraan kes tersebut disambung semula pada 4 Julai depan.

Mladic yang ditangkap di sebuah perkampungan di Serbia selepas diburu selama 16 tahun, diekstradisi ke ICTY pada Selasa lalu. - Agensi

Saturday, June 4, 2011

Sean Kingston kritikal

Kemalangan Jet Ski, Sean Kingston Kritikal

SETALAH mengalami kemalangan Jet Ski minggu lalu, penyanyi Sean Kingston dilaporkan berada dalam keadaan kritikal namun stabil.

Dia dikatakan pulih sepenuhnya dalam masa enam minggu kerana mengalami kecederaan patah rahang, retak di pergelangan tangan dan paru-paru dimasuki air.

Beberapa saksi memberitahu bahawa jaket pelampung Sean terlepas sehingga menyebabkan dia hampir tenggelam ketika kejadian tersebut.

"Mereka memanggil kami dan menjerit bahawa penyanyi itu tenggelam. Saya menariknya naik. Dia muntah dan berdarah," kata salah seorang penyelamat, Carmen Rivera.

Thursday, June 2, 2011

Sempena hari TUDM... haha...

Related Posts with Thumbnails