Sahabat adalah perisai diri

Sunday, July 31, 2011

Di kebumi sebagai lelaki

Dikebumi sebagai seorang lelaki

Oleh MUSTAPA LAKAWA dan FAUZI MOHD.

ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

Gempa bumi lagi...


Salam,

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana teruknya wilayah Fukushima, Jepun dilanda tsunami atau ombak gila dengan begitu dahsyatnya selepas dikejutkan dengan gempa bumi kuat dan sekaligus merosakkan loji nuklear Jepun kat Fukushima tuh....

Ini hanya peringatan dari Allah s.w.t kat semua umat manusia, hamba hambaNya. Peringatan ini tentunya begitu terasa bagi orang orang yang melihat dan merasai kehadiran Allah s.w.t...

Hari ni kita dikejutkan lagi dengan berita gempa bumi yang berukuran 6.4 magnitud yang telah menggegarkan lagi wilayah Fukushima, Jepun. Tapi gempa bumi yang mengegarkan barat laut wilayah Fukushima Jepun awal pagi ini dilaporkan tiada risiko tsunami.

Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana kebangsaan negara itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3:54 pagi itu menyebabkan tujuh cedera tetapi tiada kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi plant yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 9.0 magnitud serta tsunami Mac lalu.

Di bandar Hitachinaka, seorang lelaki berusia 60 tahun patah pergelangan tangannya selepas terjatuh dari katil. Dua wanita warga emas masing-masing berusia 69 dan 90 pula cedera apabila cedera selepas terjatuh di kediaman mereka di Koriyama. - AFP

Saturday, July 30, 2011

Somalia...

Rintihan rakyat Somalia

Susunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata.

Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.

“Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir,” luah Sainab dalam nada bergetar.

Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.

“Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Menagih bantuan


CUACA kemarau mengakibatkan rakyat Somalia terpaksa berjalan kaki ke kem-kem pelarian untuk mendapatkan bantuan makanan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Hari ini, Somalia yang terletak di timur Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti terdesak memerlukan bantuan makanan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, krisis kemarau dan makanan di Somalia adalah antara yang paling teruk di dunia.

“Sukar diluahkan dengan kata-kata apabila menyaksikan banyak nyawa terkorban kerana musim kemarau dan panas terik. Saya tidak pernah melihat kem-kem pelarian sesak dengan orang ramai yang hadir dalam keadaan terdesak dan tidak bermaya.

“Paling menyedihkan adalah apabila melihat seorang ibu yang kehilangan tiga orang anak serentak ketika menuju ke kem pelarian,” jelas Antonio Guterres mengenai satu perempat daripada 7.5 juta orang Somalia yang membanjiri kem pelarian.

Masalah dalaman

RAKYAT Somalia menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan di kem pelarian.

Menurut Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, krisis kebuluran di wilayah Afrika tidak berkesudahan sekiranya masalah dalaman di negara itu tidak diselesaikan pada kadar segera.

Selagi isu rasuah, pergolakan politik dan perbalahan rakyat masih belum diatasi, maka secara tidak langsung ia menyebabkan ekonomi negara semakin merosot. Semua itu mengakibatkan Afrika kekal tersenarai sebagai negara mundur dan miskin.

“Selain kacau-bilau, kenaikan harga bahan api dan bahan mentah turut menyumbang pada krisis kebuluran di beberapa wilayah di Afrika.

“Disebabkan faktor itu, kebanyakan negara maju, badan korporat, individu dan agensi bantuan terpaksa mengehadkan perbelanjaan stok bekalan makanan yang ingin diagih-agihkan kepada rakyat Somalia.

“Kos pengangkutan dan penghantaran makanan ke negara itu juga dititikberatkan memandangkan ia melibatkan kos bahan api.

“Bagi rakyat Afrika pula, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan sumber makanan daripada hasil pertanian kerana faktor cuaca yang panas dan kedudukan geografi,” tambah Haim yang merujuk pada kawasan gurun dan tanah tandus di Afrika yang tidak sesuai dijadikan tapak pertanian.

Tambah Haim, isu kebuluran di setiap negara miskin dapat diatasi dengan baik sekiranya negara maju dan membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura atau negara sedang membangun seperti Malaysia bijak menguruskan sistem stok makanan dengan baik

“Pada pandangan saya, daripada stok makanan dibiarkan membazir begitu saja, lebih baik ia disalurkan pada negara-negara yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Kemarau berterusan

Cuaca panas dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan 12 juta rakyat di beberapa wilayah itu terpaksa berjalan kaki ke kem pelarian bagi mendapatkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, krisis kemarau tersebut turut mengakibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta terkorban. Jika musim kemarau lima tahun lepas hanya mengorbankan antara 20 hingga 30 ekor haiwan ternakan setiap bulan tetapi kemarau tahun ini angka haiwan yang mati hampir mencecah 50 ekor.

WANITA ini hanya mampu berserah mengenangkan kesihatan badan anaknya yang semakin kurus akibat kekurangan makanan.

Kehilangan jumlah haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung menyebabkan rakyat Somalia kehilangan sumber makanan.

Memetik ramalan saintis Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS), Chris Funk, menjangka musim kemarau di timur Afrika akan berterusan dalam tempoh yang sukar dipastikan. Lazimnya, bulan Mac hingga Jun merupakan musim hujan di Afrika.

“Namun sehingga ke hari ini, tidak menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun malah kadar purata hujan di Somalia mencatatkan di bawah paras paling rendah.

“Lebih memburukkan keadaan, isu pemanasan global dijangka meningkat dan faktor ini menyukarkan lagi usaha rakyat Afrika untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam kerana kekurangan sumber air serta tanah kering kontang,” jelas Funk.

Setakat ini bagi menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Somalia yang kebuluran, UNHCR dan kerajaan Habsyah mengambil inisiatif menyediakan kem di Dolo Ado, Habsyah. Dianggarkan kem berkenaan menerima hampir 2,000 pelarian baharu setiap hari.

Persekitaran di Somalia bukan saja mempamerkan gelagat kanak-kanak bermain tanpa menyarungkan seluar malah turut menyaksikan penghuni kem sentiasa bersesak merebut makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Keadaan yang sama turut berlaku di kem Dadaab, Kenya iaitu kem pelarian terbesar dunia yang kini dihuni kira-kira 382,000 orang sedangkan ia hanya mampu menampung 90,000 orang pada satu-satu masa.

Ahsraf yang gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Salam,
Terlebih dulu kak Ros nak ajak hampa semua sedekahkan Al-fatihah untuk hamba Allah ni, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Arwah ni yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu jam 5 pagi tadi.

Moga yang terbaik dari Allah subhanahu wataala pada setiap dari hamba hambaNya...

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Ikut kata bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama

Ramadhan

Jangan bertuhankan duit

Friday, July 22, 2011

Bangga ngan Aishah...

Salam,
Bukan saja Aishah yang rasa bangga tapi kak Ros yakin yang semua pompuan pun tentu berbangga ngan penyanyi terkenal dari Kelantan, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 45 nih...

Kak Ros berkenan dengan stetmennya... menyeru lebih ramai artis wanita negara yang ikut bertudung kerana rezeki Allah ni bertaburan di muka bumi Tuhan ni. Tak semestinya bertudung membuatkan rezeki kita makin berkurangan.

Beliau melahirkan rasa syukur berikutan imejnya yang bertudung, beliau diundang kali kedua oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu. Menurutnya, mungkin kerana memenuhi syarat yang telah ditetapkan beliau sekali lagi diundang untuk membuat persembahan tertutup di negeri itu.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya hanya beliau dan artis Nora sering dijemput, ini bererti masih belum ramai lagi artis (penyanyi) yang bertudung.

“Ini merugikan masyarakat, sebab setiap lagu-lagu yang didendangkan bukan hanya sekadar lagu, sebaliknya membawa mesej yang bermakna pada masyarakat,”ujarnya.- Harakah

Thursday, July 21, 2011

Lagu ni kes nak bunuh bini dah ni...

Salam,
Ngeri kak Ros dengaq, ada gak perangai laki nak bunuh bini ligan sampai ke tengah jalan... dah tu dera bini ngan renjatan elektrik pulak tu... Kalau tak suka pun hantaq balik la elok elok rumah mak bapak dia, dok siksa jiwa raga bini sendiri buat hapa... haprak punya jantan...

Sorang wanita mendakwa mengalami gangguan emosi setelah diserang suaminya dengan alat renjatan elektrik semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Si dari Air Putih di sini berkata dia diserang ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah ibadat kira-kira pukul 7 malam. Dia berkata keretanya telah dipintas oleh suaminya sebelum dia dipaksa keluar dan diserang dengan senjata berkenaan.

“Selepas terkena renjatan elektrik, saya berlari sekuat hati dan meminta tolong sebelum dia (suaminya) melarikan diri,” katanya dipetik Bernama Online.

Si yang kini tinggal bersama ibu bapanya mendakwa insiden tersebut merupakan kejadian terbaru yang dialaminya sejak mula didera tahun lalu. Dia yang mempunyai dua orang anak berkata suaminya merupakan seorang Ah Long.

Dia sebelum ini telah membuat 15 laporan polis dan turut mendapat Perintah Perlindungan Interim di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga daripada mahkamah tahun lepas.- TMI

Wednesday, July 20, 2011

Tak tau nak kata apa dah...

Salam,
Memacam dah ada dalam negara Malaysia yang tercinta nih.... Islam nak tukaq pi murtad, betina nak bertukaq jantan... jantan nak jadi betina.... hadoiihhh.... nak kata banyak banyak pun tak boleh, kononnya atas dasar hak individu...

MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina (Gambar myMetro)

Bukan rahsia lagi, kalau dah masuk dalam akhbar camni. Bukan sekampung dah, tapi satu dunia boleh tengok. Tak syok jugak dok cerita hal orang ni tapi rasanya menarik gak kisah si Mohd Ashraf Hafiz ni yang beria ia nak tukaq jantina dari jantan pi betina.

Bagaimanapun permohonan si Ashraf ni telah ditolak mahkamah dengan alasan... walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Mungkin ada hikmahnya bagi si Ashraf ni. Implikasi pada masyarakat pun Mahkamah nak kena jaga juga selain tiada laporan lengkap dari pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap si Ashraf ni. Lagipun tak dak sorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

Jangan dok kata apa la dah tak tau nak kata.... haha....

Zakat bawak berkat...

Salam,
Sat ja rasa masa berjalan, posa pun dah nak dekat dah... Besa la kan bulan posa ni, memasing kalut ngan persiapan diri dan keluarga, tapi jangan pulak dok lupa... Zakat fitrahnya....

Alhamdulillah, peringkat negeri Pulau Pinang... zakatnya telah pun ditetapkan sebanyak RM7.00... Ini telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengikut kadar segantang beras (2.8kg).

YDPnya Ellias Zakaria berkata kadar itu dikekalkan selama tiga tahun berturut-turut setelah mengambil kira kedudukan harga semasa beras ketika ini. Seramai 1,645 amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut sepanjang bulan puasa ni.

MAIPP mensasarkan sebanyak RM5 juta zakat fitrah bagi tahun ini berbanding RM4 juta tahun lepas. Bayaran zakat fitrah itu boleh dibuat di masjid dan surau negeri ini termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat.

Jom berzakat kerana zakat membawa berkat...

Kesian... parutnya makin teruk

PARUT pada wajah Fazlinda kini semakin teruk ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.

Parut pada wajah Lin makin teruk


Oleh MANIRAH OTHMAN
HULU TERENGGANU - Keengganan kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, untuk memakai topeng tekanan pada wajah telah menyebabkan parut pada mukanya kini menjadi semakin serius.

Pada awal tahun ini, Nurul Dahyatul telah menjalani pembedahan pertama untuk mengurangkan kesan parut pada wajahnya namun, kesan parut yang timbul pada wajahnya kian teruk.

Malah, perubahan itu turut menjejaskan peluang kanak-kanak itu untuk kembali memperoleh wajah seperti sedia kala.

Ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang turut bimbang dengan keadaan itu menjelaskan, dia sendiri seperti hilang ikhtiar untuk mendisiplinkan anak kedua dari empat beradik itu untuk memakai topeng tekanan.

"Lin (panggilan Nurul Dahyatul Fazlinda) cakap topeng itu menyebabkan muka dia rasa perit dan tidak selesa, sebab itu dia jarang pakai alat itu," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam.

Kanak-kanak tersebut cedera teruk pada wajah dan badan akibat terkena simbahan asid pada 15 Ogos tahun lalu di rumahnya yang turut mencederakan Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta nenek Lin, Minah Omar, 57.

Tuesday, July 19, 2011

Dalam mesej nih... haha...

Salam,
Kak Ros terjumpak masa buat blogwalking tadi nih, memang lucu betoi la gambaq kartun nih... haha... gimanapun ia bawak mesej yang cukup dalam dan tajam....

Banyak menggambarkan masyarakat sekarang yang kian songsang tata cara hidup mereka...

Sunday, July 17, 2011

Comei dan sedap taranum dia...

Saturday, July 16, 2011

Makin kerap dok dengaq mayat dikerat dan dibakaq...

Salam,
Kak Ros macam gak yang lain lain rakyat Marhaen dalam negara Malaysia yang tercinta ni, rasa gusar dan takut sesangat bila dok tengok makin banyak pulak jenayah bunuh yang mangsanya dikerat kerat dan dibakaq.

Dibunuh saja pun dah dengaq mengerikan, apatah lagi disiksa sebelum dibunuh dan dibakaq untuk hilangkan bukti. Tak dak cara lain ka untuk kita atasi jenayah ni? Bukankah penyakit ada ubatnya, apakah golongan Umarak negara kita yang cerdik pandai ni tak boleh nak pikiaq dah ka penyelesaian awai dari berlaku agar rakyat lebih aman. Para Umarak dan Ulamak sekelian, tolong lah kembalikan keamanan pada Ummah. Jangan dok syok berpolitik mempertahankan kuasa sedangkan rakyat merana.

Islam sebagai satu cara hidup, Islam agama Allah yang baik, kenapa kita tak gunakan Islam sebagai penyelesai masaalah kita? Terapkan ajaran Islam pada semua rakyat marhaen tanpa mengira agama dan bangsa. Bukan memaksa mereka itu Islam, tapi Islam adalah penyelesainya... wallahuaklam...


***********************************


'Tolonglah selamatkan saya'
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

Jaga ada 8 rekod jenayah disyaki kerat, bakar gadis rayu kepada isteri

JOHOR BAHRU: "Tolonglah selamatkan saya!" Itu rayuan pengawal keselamatan yang semalam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang gadis, Nurrahayu Qomarodin, 16 (atas), yang mayatnya dijumpai dikerat dan dibakar dalam kejadian di Masai, dekat sini 18 Jun lalu.

D Kalaiselvan, 46, didengar berkata demikian dalam bahasa Tamil kepada isterinya ketika dia yang dikawal anggota polis dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding.

Lelaki itu yang mempunyai lapan rekod jenayah dituduh membunuh Nurrahayu di ladang sawit Sungai Masai dekat Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Kalaiselvan bertugas di pos pengawal sebuah tapak binaan kira-kira 500 meter dari rumah kongsi dihuni bapa Nurrahayu, Qomarddin Bajuri, 50, yang selalu menghantar makanan kepada lelaki itu di tempat dia bertugas.

Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) dan laporan DNA dari Jabatan Kimia.

Tertuduh memakai kemeja warna biru muda serta berseluar pendek hitam paras lutut, tidak diwakili peguam manakala keluarga mangsa melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi pihak mereka. Isteri Kalaiselvan turut hadir sendirian di mahkamah.

Nurrahayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti hilang selepas dihantar pulang rakan lelakinya kira-kira jam 2 pagi pada 18 Jun lalu dan diturunkan di tapak pembinaan berhampiran kongsi tempat ibu bapanya mengusahakan warung.

Polis yang menerima laporan kehilangan gadis itu kemudian menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram pada 3 Julai lalu sebelum mengesahkan ia milik mangsa.- BH

Letih jahit baju kot... haha...

Hang menjahit baju raya ka hapa sampai letih sangat nih... sambil tangkap ikan, dok dalam sungai pulak tu, pun boleh terlena ka... haha...

Salam,
Syok gak, geli hati kak Ros tengok dia nih... senasib la kak Ros ngan dia, jahit baju raya sampai ke pagi... sambil suap nasik pun boleh terlena... haha...

Cari sakit...

Salam,
Sakit kepala boleh la dibantu...
Ada minyak angin boleh dok sapu...

Tapi sakit dihati berdarah tiada...
Sikit sikit lagi nak kena penjara...

Friday, July 15, 2011

Kes bunuh jutawan kosmetik

Bongkar kes di Ladang Gadong

AKHTAR TAHIR (tengah dan berkopiah) bersama barisan pendakwaan dan pembelaan melawat Ladang Gadong, Banting tempat Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh 30 Ogos tahun lalu.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu penahanan empat lelaki termasuk tiga yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini bermula daripada siasatan satu kes pembunuhan lain di Gombak.

Saksi pendakwaan ke-27, Pegawai Staf Unit Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Supritendan Dennis Leong Sung Kuai (gambar kecil) berkata, pasukannya menahan T. Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21; R. Khatavarayan, 31, dan U. Suresh, 27, selepas mengunjungi ladang itu pada 9 September tahun lalu.

Thilaiyagan, Matan dan Khatavarayan serta bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, merupakan tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Suresh, seorang pekerja ladang telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.

Sung Kuai berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Ketika menjawab pemeriksaan balas oleh peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Sung Kuai berkata, pada peringkat awal tangkapan itu dibuat berhubung kes bunuh di Gombak.

“Apabila saya pergi ke ladang itu, saya turut menjalankan siasatan dengan satu kes bunuh di Gombak. Pada masa sama, kami juga menyiasat kehilangan Sosilawati di situ,” katanya.

Sung Kuai berkata, sehubungan itu beliau tidak memberi butiran mengenai kes kehilangan Sosilawati dalam laporan polis yang dibuat ketika menahan Thilaiyagan, Matan, Khatavarayan serta Suresh.

Tak tau nak ulaih camana... kurang asam betoi...

Lelaki mengaku salah rakam wanita dalam tandas

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- HM

Haha... comei budak nih...

Thursday, July 14, 2011

Burung menari...


Lawak la pulak... hihi...

Salam,
Sib baik la ada gambaq... kalau tidak tak dak sapa nak percaya kapal terbang perang boleh mendarat tegak camni... hihi...

Sebuah pesawat Fokker Dreidekker mendarat dalam keadaan menegak di Muzium Perang Imperial di Duxford, Britain pada Ahad lalu. Kapal terbang yang pernah digunakan dalam pertempuran Perang Dunia Pertama mendarat dalam keadaan menegak kerana terdapat tiupan angin di bahagian muncung semasa ia membuat pendaratan pada Ahad lalu di sini.

Angin tersebut menyebabkan pesawat model Fokker Dreidekker itu hilang imbangan sekali gus menyebabkan ia mendarat secara menegak. - Agensi

Wednesday, July 13, 2011

Kita wajib risau gak nih...

Salam,
Kak Ros pun naik risau gak, hampa tak risau ka bila negara kita la ni dah jadi macam tempat orang ekspot benda benda yang tak elok ja...

Gambaq ataih tu adalah keadaan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang semakin serius kerana jerebu yang melanda sejak beberapa hari yang lalu. Gambar dirakam di Taman Bukit Permai, Ampang, hari ini. - Foto Chan Wai Yew...

Errr... sapa la yang rajin sangat ekspot jerebu ni mai kat kita haa? Dah la pendatang asing tanpa izin pun berlambak yang diekspot mai... jerebu pun termasuk dalam kategori ekspot berkualiti dari negara jiran gak ka?

Tuesday, July 12, 2011

Sori la, kak Ros minat Man U... hihi...

Salam,
Sori la, kak Ros tak teringin pun nak tengok para pemain Arsenal yang mengadakan sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi... hihi... Tapi biaq pi la kan, dah depa nak bertandang sini untuk menentang pasukan negara dalam perlawanan persahabatan Jelajah Asia. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Mesti kak Ros sokong pasukan negara, ganyang Arsenal kaw, kaw... kasi ajar itu Arsenal cara main bola... haha... errrr... boleh menang ka nih... :)

Monday, July 11, 2011

Resepi: Ayam masak merah

Salam,
Kelmarin kan ka Ahad, husband cuti... anak anak pun balik cuti minggu, jadi kak Ros nak gak la jamu diaorang ni masak merah hasil tangan kak Ros sendiri kan...

Kak Ros ni tak pandai sangat bab bab memasak nih, boleh la hodoh hodoh tu... haha... Haa, kat bawah ni kak Ros perturunkan sikit resepi masak merah ala mak pada kak Ros. Jadi ka? Hmmm... anak anak kata sedap laa... haha...


Sesuai dimakan dengan nasi tomato

Bahan-bahan (tuk 4 orang)
1/2 ekor ayam
sikit garam
kunyit
serai dalam dua batang (di ketuk)

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering (tambah kalau nak pedas)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
daun bawang
daun sup
bawang goreng (kalau suka)

Cara-cara
Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak

Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato serta serai yang ditumbuk. Masak sehingga naik minyak dengan api yang sederhana.

Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Sunday, July 10, 2011

Isteri solehah

Pengotoq... kak Ros sekeluarga dah lama boikot KFC

Salam,
Tindakan biadap dua tiga ekoq pekerja Melayu telah sekaligus menjatuhkan maruah kaum Melayu itu sendiri disamping tempat kerja depa yakni KFC...

Amacam lepaih hampa semua tengok video nih, lapaq lagi ka nak masuk kedai ayam goreng yang kononnya sedap hingga menjilat kaki tuh... EEeeeee.... bayangkan kita membayar harga premium untuk nikmati semua tuu....

Thursday, July 7, 2011

Kesian Wardina

Salam,
Kesian Wardina kan... dia tak tau apa apa pun tetiba meletup ditengah tengah kontroversi yang dia telah berpihak pada pembangkang. Artis pun manusia biasa jugak, masing masing ada pendirian dan pendapat tapi sampai selak habih kain dia pasai dia tak sehaluan dengan kita... itu sudah lebih. Melampau sangat la kan, artis wanita pulak tuhh...

Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, terjebak dalam kontroversi mengundang banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap selebriti itu selepas menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Desa Mentari di Petaling Jaya pada 26 Jun lalu. Wardina diundang sebagai penyampai motivasi keibubapaan, tapi disalah tafsir sebagai condong kearah parti pembangkang.

Ekoran kontroversi tu, Wardina kini mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara Malaysia Hari Ini kerana mahu menenangkan fikiran akan kembali menyambung semula tugasnya pada bulan Ramadan ini.

Tuesday, July 5, 2011

Kenyataan yang sukar disangkal

Salam,
Kak Ros suka sangat memetik kata kata sorang yang dulunya glamour dalam dunia hiburan tanahair. Aktor terkenal iaitu sdr Azmil Mustafa berkata disini, memang sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka masih bergelar sebgai artis.... ini kenyataan yang sukar disangkal.

Wajah Azmil sewaktu tahun 1994.

Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan.

"Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

"Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

"Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

"Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

"Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.

Monday, July 4, 2011

Kena tau pasai otak

OTAK & Perkembanganya
Oleh: kopi_o

Otak kanak2 berkembang sejak dari rahim ibu dan terus berkembang selepas mereka lahir.
Ketika peringkat trimester terakhir kitaran fetus dan dua tahun pertama usia kanak2, otak akan mengalami pertumbuhan yang sangat pesat.

Otak akan mengalami pertumbuhan yang sangat pantas, iaitu dianggarkan daripada 25% berat dan isipadu dewasa sehingga 90% berat dewasa ketika pada usia 5 tahun. Otak akan terus berkembang sehinggalah kanak2 itu berada diperingkat sekolah menengah.

Otak juga dibahagikan kepada empat lobus dengan setiap lobus mengawal fungsi yang tertentu. setiap bahagian otak berkembang pada kadar yang berbeza dan mencapai tahap matang pada usia yang berbeza.

Bahagian otak yang pertama matang adalah bahagian kawalan penglihatan, keseimbangan dan keupayaan saraf motor. perkembangan ini seterusnya diikuti dengan lobus temporal kiri dan hemisfera kanan.

Bahagian yang paling lambat berkembang sepenuhnya adalah lobus hadapan. Lobus hadapan berfungsi mengawal keupayaan kognitif seperti keupayaan menyelesaikan masalah, tumpuan, pembelajaran dan ingatan.

Secara keseluruhannya otak terdiri daripada lemak. Lobus hadapan terdiri daripada 40% DHA, iaitu sejenis lemak yang paling penting dalam otak.

DHA diperlukan untuk perkembangan lobus hadapan dan juga dikenali sebagai lemak baik.

Tubuh kanak2 tidak mampu untuk memprocess DHA yang cukup. Oleh itu, amat penting untuk menyediakan DHA kedalam diet pemakanan kanak2.

Bagi ibu-ibu atau bakal2 ibu, dapatkan nasihat doktor anda tentang DHA = lemak baik

Sunday, July 3, 2011

Luar biasa

Penemuan luar biasa di New Guinea

Litoria sauroni. Spesies katak baru.

MANILA: Seekor katak bertaring, ular buta dan dolfin berkepala bulat adalah antara lebih daripada 1,000 spesies baru yang ditemui baru-baru ini di kepulauan Melanesia di New Guinea.

Turut ditemui ialah yu sungai dan berdozen-dozen rama-rama.

Laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai habitat semula jadi pulau itu menyatakan saintis membuat penemuan menakjubkan itu pada kadar dua spesies seminggu dari 1998 hingga 2008.

“Laporan ini menunjukkan New Guinea mempunyai hutan dan sungai yang antara lain berbiodiversiti paling kaya di dunia,” kata wakil program Barat Melanesia WWF, Neil Stronach.

New Guinea yang terpisah antara Indonesia di barat dan Papua New Guinea di timur mempunyai salah satu ekosistem yang paling menarik dan tidak tercemar.

Hutan hujan tropikanya merupakan ketiga terbesar di dunia selepas Amazon dan Congo.

Walaupun pulau tersebut meliputi hanya 0.5 peratus daripada daratan bumi, WWF melaporkan ia menghimpunkan sehingga lapan peratus daripada spesies-spesies dunia.

Sebelum ini pun, umum mengetahui New Guinea sudah mempunyai biodiversiti yang amat menarik seperti rama-rama terbesar dunia yang memiliki sayap berukuran 30 sentimeter (12 inci) dan tikus gergasi yang boleh membesar sehingga satu meter panjang.

Para saintis, menurut WWF, percaya satu kilometer persegi (247 ekar) tanah rendah di hutan hujan tropika itu mempunyai sebanyak 150 spesies burung.

Sebanyak 1,060 spesies yang disahkan penemuan baru oleh saintis antara 1998 dan 2008 dipercayai hanya merupakan sebahagian kecil bilangan spesies di New Guinea.

“Begitulah hebatnya biodiversiti New Guinea kerana penemuan baru dikira perkara biasa hingga ke hari ini,” menurut laporan WWF yang bertajuk, “Final Frontier: Newly Discovered Species of New Guinea (Sempadan Akhir: Spesies Terbaru Ditemui di New Guinea)”.

Salah satu penemuan paling menarik yang direkodkan dalam laporan WWF itu ialah dolfin berkepala bulat, bersirip, pendek dan terjungkit.

Ikan istimewa tersebut berenang di perairan pantai yang terlindung dan cetek serta berdekatan sungai dan muara anak sungai kecil.

Ditemui pada 2005 di Papua New Guinea, ia adalah spesies pertama dolfin baru yang direkodkan di dunia dalam tempoh tiga dekad.

Spesies luar biasa ini menjadi gambar muka depan laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai penemuan haiwan luar biasa di New Guinea.

WWF berkata, ia juga ditemui di Australia.

Antara lain-lain 12 mamalia yang ditemui pada dekad ini ialah tenggiling yang diberi nama mengikut nama ahli alamiah Britain, Sir David Attenborough atau nama saintifiknya Zaglossus attenboroughi.

Salah seekor134 katak yang ditemui digelar sebagai Litoria sauroni kerana matanya berbintik merah dan hitam.

Ia mengingatkan kita kepada karakter jahat, Sauron dalam filem ‘Lord of the Rings’.

Seekor lagi katak baru amat menarik kerana saiznya yang kecil. Panjangnya hanya satu sentimeter, sementara seekor lagi mempunyai taring macam puntianak.

Sembilan spesies siput yang sangat berwarna-warni adalah antara 580 invertebrat baru yang ditemui.

Salah seekor siput berwarna kuning terang manakala seekor lagi hijau dan hijau.

Lain-lain invertebrat baru ditemui ialah udang krai berwarna aprikot yang terang.

Ia adalah sebahagian daripada famili haiwan bernama “yabbies” di Australia dan sesetengah tempat di dunia.

Ia berkepanjangan antara sembilan hingga 12 sentimeter.

Ikan baru yang ditemui berjumlah 71. Ia datang dalam pelbagai warna, termasuk sejenis ikan yang memancarkan kilauan warna biru.

Para saintis mengagumi ikan tersebut yang ditemui pada batu karang di Milne Bay, Papua New Guinea.

WWF berkata, penemuan paling luar biasa ialah seekor yu sungai berukuran 2.5 meter di Papua New Guinea.
Orcaella heinsohni.

Spesies ikan lumba-lumba baru.

Spesies itu kemudiannya turut dikesan di bahagian utara Australia.

Daripada 43 jenis reptilia yang ditemui, seseorang boleh mendakwa ular paling tidak berbahaya di dunia ialah seekor ular yang panjangnya hanya 12-14 sentimeter, matanya bersisik sehingga ia tidak boleh melihat, tidak boleh mematuk dan tidak mempunyai bisa.

WWF memberitahu, tindakan manusia memusnahkan habitat semula jadi New Guinea pada kadar yang cepat.

Antara ancaman yang disenaraikan dalam laporan itu ialah pembalakan haram dan tidak terancang, pembukaan hutan untuk tujuan perladangan, perlombongan, pembinaan jalan raya dan penangkapan ikan yang tidak terancang.
Related Posts with Thumbnails